Tuesday, February 21, 2012

..Inginku mensyukuri lebih dari itu..

Hatinya tersentap seketika tatkala membaca mesej dari seseorang yang sudah lama dia
rindui.

"Saya tak cemerlang. T_T. Tak balik dah. tak sambung." hatinya terdiam.
Dia terus menekan butang hijau pada handset Sony Ericsson J108i kepunyaannya itu.
Tak berjawab. Hatinya bertambah tak keruan.

"Eh, Dahlia, awak jangan main-main..angkat call akak cepat." pintanya cuba menganggap
semua itu hanya gurauan.

Seketika mesej masuk. Hampa. Dahlia melarang dia untuk menghubunginya.
Pinta Dahlia cukuplah ianya rahsia antara mereka. Tak siapa tahu.

Tiba-tiba dadanya sebak. Hatinya berdebar. Baru beberapa saat yang berlalu hatinya
sedang merindui insan itu.

"Ahh..bila la budak tu nak balik..siksa jiwa pulak tunggu..aw snap..hehe.." ngomel hatinya
sendirian sambil mengenang kembali trademark mereka berdua, berceloteh di ruang
hadapan Baitul Sakinah.

Tapi itu beberapa minit yang lalu. Kini jawapan yang diterimanya hampir sahaja
membuatnya rebah. Bukan badan tapi hati.

"Dik..jangan buat akak macam ni..angkat call akak..tolong Dahlia.." mesejnya berbaur
rayuan. Hatinya meronta meminta penjelasan.

"Tak nak..maaf.." sekali lagi hatinya direnggut.

Baru ingin merasa bahagia hadir, sekelip mata kebahagiaan itu diragut kasar dari hati
lemah itu tanpa diketuk dan diberi salam.

Azfa sudah tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Dikuatkan hatinya terus menaip mesej
meminta penjelasan dari Dahlia.

"Ya Allah..perlukah aku merasa perpisahan ini..aku belum bersedia untuk berpisah
dengannya.." rintih hatinya. Tak semena-mena air laju membasahi pipinya dan
mungkin lantai.

"Akak sentiasa dekat dengan Dahlia. dekat dengan doa. dah2. tak nak nangis.
Saya tak nak nangis dah. Letih. Kat BS pun dah banyak nangis. Em. K Jom tido.
Jangan bagitau sape-sape k. Tolong kak. ok. Assalam. Selamat malam."
mesej terakhir Dahlia pada malam itu. Azfa membacanya dengan hati yang mula akur
dengan ketentuan itu.

"Ya Allah..aku redha dengan ketentuanmu ini.." hatinya cuba melakar redha.
Sesekali terimbau semua kenangan mereka bersama. Walau hanya teman serumah,
tanpa dia sedar insan itu punya tempat istimewa dalam hatinya.

Sony ericsson J108i masih dipegang erat di tangannya. Tak semena-semena hatinya
makin sebak dengan berita beberapa saat yang baru sahaja berlalu. Entah mengapa,
hatinya sakit dan terlalu tidak bersedia untuk menerima perpisahan itu.

"Ya Allah..aku tidak bersedia lagi untuk berpisah dengannya..izinkan aku bersamanya
lagi Ya Allah.." Azfa terus memohon kepada Pemberi dugaan Yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Sakit, tapi dia terus berdoa. Dalam diam,
dia tahu dia mesti menerima keputusan Dia Yang Maha Agung, tapi apakan daya dia
hanyalah hamba lemah yang tak lepas dari sedih apabila ujian datang. Dalam tahunya
itu, Azfa tetap meluah pada Allah apa sahaja yang ada dalam hatinya tika itu kerana
dia yakin Allah Maha Mendengar dan Maha Memahami hatinya.

"Ya Allah..aku masih ingin bersamanya.." masih, Azfa masih memohon yang sama,
yakin Allah Maha Mendengar. Dia hanya mampu menanti keajaiban untuk berlaku walau
dia sendiri tidak pasti.

Tika dia 'rancak' melayan hati dan air mata yang tak dapat di tahan, Azfa sedar ada insan
duduk di sebelahnya sejak awal tadi tangisannya berbunyi. Azfa tahu dia gagal
menyembunyikan bunyi tangisnya, lantas dia hanya membiarkan segalanya terluah
dalam linangan. Sesekali dia menjeling ke lantai yang sudah agak basah.

"Kenapa ni?" sapa sahabatnya sambil air matanya diseka.

"Tak ada apa-apa.." balas azfa cuba mengukir senyum. Dia tahu itu bukan lah jawapan
yang terbaik sedangkan matanya jelas makin sembab, merah dan membasah.

Azfa terpaksa diam untuk semua soalan yang diajukan sahabatnya, dia belum kuat untuk
berbicara tentang itu tambahan pula ianya terpaksa menjadi satu rahsia yang
menyakitkan hanya kerana permintaan Dahlia.

Dalam lemah, Azfa sempat membaca semula mesej-mesej Dahlia sebentar tadi,
sesekali hatinya sebak. Dia masih menunggu insan itu.

"Saya perlukan waktu untuk redakan hati. Nanti dah clear semua, saya cerita
satu-satu ye..akak jangan nangis..nanti saya balik jgk. Ambil barang. Tunggu je k.
Please kak.." mesej Dahlia diulangnya baca berkali-kali. Dalam diam, dia masih menanti.
Dia masih mengharapkan penjelasan. Dia tidak mahu fikir yang bukan-bukan.
Sakit tapi dia ingin menunggu.

*****

"Click!". J108i berbunyi tanda ada mesej masuk. Dari siapa?. Entah. Dia membukanya
dengan bersahaja.

"Assalam. akak. Free tak sabtu ni?" hatinya sedikit tersentak dengan mesej itu.
Dahlia, dia yang menghantar mesej itu.

"Wa'alaikumussalam insyaAllah.. Dahlia nak balik?" tekanya seolah tahu tujuan adik
kesayangan bertanya.

"Aah. Boleh tak ambil saya?.. aw snap. hehe.." mesejnya terus berbalas.

"InsyaAllah nanti akak amik.." balasnya ringkas.

"Hehe..okay kak. Thank you. Ingat tak? aw snap..hehe.." sempat Dahlia bergurau
mengimbau lagi kenangan indah bersama dulu.

"Sama-sama sayang..insyaAllah akak tak pernah lupa. Akak tunggu aw snap
akak balik..hehe" hatinya pedih, tapi hanya itu yang mampu dibalas. Dia masih cuba
untuk berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku.

*****

Hari Sabtu akhirnya membuka tirai seolah memberitahu Azfa penantiannya
akan berakhir. Dia tetap sabar menunggu.

Rancangannya, Azfa sengaja tidak mahu sesiapa ikut bersama untuk pergi mengambil
Dahlia di stesen bas. Memang sengaja dirahsiakan kepulangan Dahlia dari
pengetahuan semua. Baginya, biarlah Dahlia terus muncul di muka pintu Baitul Sakinah
tanpa tahu maksud sebenar kepulangan Dahlia. Kepulangan sementara.
Dia terdiam sendiri.

"Azfa, Azfa nak keluar ye malam ni?" tanya Kak Zaidah untuk kepastian. Sesekali ianya
punya niat tersendiri.

"A'ah, nak pergi ambil kawan saya kat stesen bas. kenapa Kak Zai?" balas Azfa
bersahaja tanpa diragui.

"Emm..kalau akak nak ikut boleh? Azfa pergi dengan kereta kan? akak nak tumpang
balik rumah akak jap, nak ambil barang." terang Kak Zai. Sesaat hati Azfa kaku.
Dia mula mencari jawapan terbaik tanpa mengecewakan Kak Zaidah,
juga insan kesayangannya.

"Haa? maksudnya Kak Zai ikut saya sekali pergi stesen bas ye?"
Azfa meminta kepastian.

"Aah la, sekali lah kan ambil kawan Azfa. boleh tak?" nada suara Kak Zai agak
meruntun hati Azfa.

"Haa?..errmmmm...boleh..tak de masalah.." balas Azfa, tidak mahu menghampakan
sesiapa.

*****

Kereta kancil terus meluncur laju menuju ke destinasi yang dituju. Sesekali Kak Zaidah
sempat berleter kepada Azfa lantaran sikapnya yang suka memandu laju dan 'malas'
menekan brek. Azfa hanya menerimanya dengan ketawa kecil tapi akur dengan
kelemahan dirinya itu.

Azfa merasa jaket yang dipakainya bergegar seketika, mesej masuk. Hatinya dapat
mengagak bahawa Dahlia sudah sampai. Sesampainya di stesen bas, Azfa terus
mengambil parking yang telah disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya untuk
memudahkannya menjemput Dahlia.

Dari jauh, dia kenal benar dengan susuk tubuh itu. Dahlia. Hatinya gembira tapi
bercampur dengan perasaan lain. Tak sabar, sedih, sayu, berlagak cool, semuanya ada
dalam hati kecilnya itu.

Azfa menghulurkan tangannya isyarat untuk bersalaman dengan Dahlia, tangan
disambut tapi pelukannya ditolak.

"Akak, saya ada ulser, sakit.." terang Dahlia menolak untuk bertemu pipi apabila
bersalaman dengan insan kesayangannya itu.

Mereka gelak-gelak kecil di luar kereta sambil Azfa memasukkan beg Dahlia ke
dalam boot kereta.

Dari dalam kereta, kelihatan Kak Zaidah masih belum tahu bahawa insan yang dijemput
Azfa itu ialah Dahlia, dia bereaksi seperti baru bertemu dengan orang yang baru
dikenalinya setelah Dahlia masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang. Seketika
Kak Zaidah menoleh ke belakang dan melemparkan kembali pandangannya ke arah
Azfa di tempat duduk pemandu. Wajahnya ada riak terkejut tapi tidak ketara.

"Eh, ni Dahlia kan?" tanya Kak Zaidah meminta kepastian walau dia tahu jawapannya.

"Kak Zai, kenalkan..Dahlia. Dahlia, Kak Zai..". jawab Azfa selamba sambil senyuman
sinis terukir di bibirnya. Dalam hati dia tahu dia sudah berjaya mengenakan Kak Zaidah
kesayangannya. Itulah Azfa kalau dengan Kak Zaidah, dia sangat suka mengusik dan
menyakat Kak Zaidah. Hatinya puas tapi dia tahu, ukhwah mereka akan lebih erat
dengan begitu.

Seperti biasa, Kak Zaidah menyambung leterannya sepanjang perjalanan pulang ke
Baitul Sakinah lantaran pemanduan Azfa yang masih kurang selamat. Azfa akur,
tapi jauh di sudut hatinya, dia tidak terlalu menumpukan perhatiaannya pada Kak Zaidah
sebaliknya menahan resahnya bila memikirkan Dahlia yang senyap di tempat duduk
belakang.

Sesampai mereka di Baitul Sakinah, penghuni rumah kelihatan terkejut melihat Dahlia
yang sudah berada di pintu rumah. Mereka semua bersalaman dan berpelukan tanda
rindu yang sudah lama tersimpan rapi dalam hati masing-masing. Seketika, suasana
Baitul Sakinah agak riuh menerima insan-insan yang lama tidak bersua berikutan cuti
semester selama sebulan.

Pada malam itu, semua hati di Baitul Sakinah gembira atas pertemuan sebentar tadi tetapi
tidak bagi Azfa yang masih menyembunyikan rasa hatinya. Dia masih berlagak biasa
tatkala melihat Dahlia masih banyak diam.

Perutnya sudah mula bernyanyi. Azfa terus meluru ke dapur sambil menyakat
insan-insan terpilih sepanjang perjalanannya ke dapur. Dia tidak mahu terlalu
memikirkan hatinya yang resah. Dahlia. Nama itu masih bermain di fikirannya.

*****
Dari dalam bilik, Azfa mendengar satu suara yang dirinduinya.

"Jom makan.." jerit Dahlia pada seisi rumah. Malangnya, semua penghuni Baitul Sakinah
sudah bersenang-lenang di sudut-sudut tertentu di dalam rumah. Ada yang menonton
movie, ada yang asyik bermain 'zombie vs plant', tak kurang juga yang menidurkan diri
sambil headphone di telinga.

Dahlia memasamkan wajahnya sebagai isyarat mahu merajuk dengan seisi rumah.

"Jom makan..." sahut Azfa. Lambat. Baginya, dia mahu meluangkan masa dengan
Dahlia walau perutnya sudah agak penuh.

Di dapur, suasana agak lengang. Azfa sedikit kekok. Dia tidak tahu hendak mula
dari mana.

"Dahlia, akak keluar kejap tau..ada hal sikit. kejap lagi akak balik ye.."
Azfa memulakan bicara.

"Kalau saya cakap tak boleh?" jawapan Dahlia menduga hati Azfa.

"Kejap je..insyaAllah akak balik..jangan risau.." dia tahu Dahlia sengaja mengujinya.
 Memang selalu Dahlia memberikan jawapan seperti itu bila Azfa seolah meminta izin
ingin keluar rumah.

"Hehe..gurau je la kak..pergilah.." Dahlia berterus terang. Dia tidak mahu membuat
kakaknya itu serba salah.

"Emm..Dahlia..kita cakap-cakap esok ye.." balas Azfa jujur. Dia tahu memang itu yang
sedang bermain di fikiran mereka berdua. Masih, dia menantikan penjelasan dari Dahlia
akan apa yang telah terjadi. Dahlia memilih diam sebagai jawapan. Raut wajahnya
sedikit berubah.

*****

Pagi itu suasana di dalam Baitul Sakinah kembali riuh. Gelak dan senda tawa silih
berganti. Ada yang sudah bersemangat mahu ke kampus untuk mendaftar di fakulti
masing-masing dan mengambil slip keputusan peperiksaan semester lepas. Di bahagian
depan, kelihatan seseorang masih lagi kaku tidak bergerak. Azfa memang berniat untuk
tidak melangkah ke kampus lagi pada hari itu. Ada banyak benda yang dia perlu
selesaikan di rumah.

"Dahlia..cepat la cerita..akak tunggu ni.." pinta Azfa dalam nada sedikit manja untuk
meraih perhatian Dahlia. Azfa setia menunggu sambil tangannya melipat baju yang
telah kering dan earphone yang setia di telinga membisikkan 'lagu tema'nya sejak
beberapa hari yang lalu, lagu 'perpisahan ini' dendangan 1st Edition featuring Aizat.

"Emm..tak de pape lah kak.." jawab dahlia, seolah malas untuk menjawab soalan Azfa.

"Cerita la Dahlia..hari tu Dahlia cakap nak bagi tahu akak satu-satu..apa yang terjadi
sebenarnya?" soal Azfa. Kali ini lebih berani. Dia tekad untuk mencungkil sesuatu yang
terbuku di hati Dahlia.

Lama juga adegan ini berterusan. Dahlia masih tetap berdalih untuk menjawab soalan
Azfa yang agak bertubi-tubi. Tambahan pula, Fazliana kerap datang duduk-duduk
dengan mereka. Kejap pergi, kemudian datang balik. Azfa cuba bersabar walau agak
geram dengan keletah Fazliana, tapi Azfa tahu Fazliana tidak bersalah kerana dia tidak
tahu apa-apa. Dahlia yang memang berdalih dari menjawab soalan Azfa sejak tadi
bertambah mati ayat dengan gelagat Fazliana.

Azfa memandang kiri, kanan dan menjenguk-jenguk ke ruang tengah Baitul Sakinah
mencari kelibat Fazliana. Tiada. Hatinya lega. Dia teruskan dengan niat hatinya yang
tekad.

"Cakap la Dahlia..akak tunggu ni..." Azfa terus merayu.

"Emmm..dari mana saya nak mula ye.." balas Dahlia mula memberi jawapan positif.
Azfa mula memasang telinga. Diam, tidak mahu menyampuk, bimbang Dahlia
membatalkan niatnya untuk memberi penjelasan.

"Kak..sebenarnyakan..emmm..saya main-main je..saya nak uji akak.." mata Dahlia
terkebil-kebil memandang Azfa takut Azfa marah. Dahlia tahu dia bersalah
mempermainkan hati Azfa.

"Hah?..emmm.." Azfa terkedu. Tiada kata yang mampu dia ungkap. Dia masih berdoa
apa yang didengarinya itu benar-benar terjadi.

"Awak dapat pointer berapa?" sambung Azfa cuba berlagak biasa. Dalam hatinya,
hanya Allah yang Maha Tahu apa yang sebenarnya sedang bergolak.

"Alhamdulillah..ok je kak..tapi semester 3 ni memang susah sikit kan?" jawab Dahlia
cuba membuka topik baru.

"Akak marah ke?" sambung Dahlia masih mencari jawapan sebenar di sebalik riak
wajah Azfa yang seperti tidak berperasaan itu.

"Ha?..kenapa nak marah pulak?" dalih Azfa. Dia tidak mahu Dahlia tahu apa yang dia
rasa tika itu.

"Akak..saya minta maaf tau..saya saje je nak uji akak..mak saya tau.." Azfa tersentak
mendengar penjelasan Dahlia.

Azfa diam. Dia menfokuskan dirinya untuk melipat baju walau gerak tangannya makin
perlahan. Lagu 'perpisahan ini' terus berbisik ke telinganya. Satu persatu kisah malam itu
datang menerjah di benaknya. Azfa terus memandang baju yang dilipatnya. Tanpa sedar,
hatinya tiba-tiba sebak. Dia cuba menahan mutiara jernih jatuh dari kelopak matanya.
Kebetulan Fazliana sedang mengemas barangnya di sebelah Azfa. Dahlia hanya mampu
diam sambil membaca majalah di depannya. Mungkin sahaja dia sedang membaca
majalah itu, boleh jadi hatinya tidak di situ kerana bimbangkan Azfa akan marah.

Tersedar empangan sudah mula penuh, Azfa terus bangun meninggalkan Dahlia
berseorang di situ. Ke mana lagi dia mampu pergi kalau tidak ke Tandas Orkid. Hanya
itu satu-satunya 'bilik kosong' yang tak punya penghuni di dalamnya. Di dalam tandas,
Azfa melepaskan segala yang terbuku dihati dengan linangan air mata dan doa
kepada-Nya.

"Ya Allah..terima kasih Ya Allah..kau masih izinkan dia  disisiku..terima kasih Ya Allah.."
rintih syukur Azfa tanpa bibirnya berbicara. Hanya linangan. Hanya itu yang mampu
terluah.

Azfa masih berlagak biasa setelah keluar dari 'bilik orkid' sebentar tadi. Kelihatan ruang
depan tempat dia melipat baju tadi lengang. Dahlia tiada di situ. Pantas matanya tertumpu
pada pintu bilik dahlia yang tertutup rapat.

"Takut aku marah agaknya.." getus hati Azfa sendiri.

Azfa duduk di depan komputer riba kesayangannya. Masih cuba menenangkan hatinya
yang belum stabil sepenuhnya. Antara percaya atau tidak. Dia masih berharap ianya
benar-benar gurauan. Biarlah dia diuji oleh Dahlia, asalkan Dahlia tetap disisinya. Dia
mungkin terluka, tapi luka yang berbunga.

Dia mengenakan headphone ke telinganya, masih melayan lagu yang sama. Azfa
membuka wall facebooknya yang pernah punya coretan dan perkongsian lagu yang
ditujukan untuk Dahlia tanpa orang lain tahu.

Tiba-tiba hatinya kembali sebak. Kali ini lebih teruk, teresak-esak. Azfa segera
menutupkepalanya dengan tuala kecil, risau tangisannya disedari oleh Fazliana yang
sedang asyik membaca buku. Fazliana sampai ke ruang depan setelah beberapa saat
Azfa menghadap laptop.

"Azfa..Azfa..nangis ke?eh..kenapa ni?" tanya Fazliana bertubi-tubi setelah menyedari
Azfa tiba-tiba menangis.

"Tak de pape la Faz.." Azfa menjawab dengan jelingan sesaat ke arah Fazliana yang
kelihatan runsing. Azfa benar-benar tidak mahu menjelaskan apa-apa kepada Fazliana.
Untung dia rajin untuk menoleh ke arah Fazliana yang sibuk bertanya. Bukan apa, dia
tidak mahu Fazliana kecil hati andai dia tidak memberi sebarang respon.

Azfa masih menatap skrin laptopnya yang tertulis 'Dahlia Suriani Adam'. Dia tergerak
untuk melawat wall facebook Dahlia. Azfa sendiri tidak tahu mengapa. Hanya ingin
mengimbau sesuatu. Sedih dan sayu masih terasa. Merasa matanya yang mula sembab
kerana menangis, Azfa cuba tenangkan kembali hatinya. Hakikatnya, dia sendiri tidak
tahu apa yang sebenar bermain di hatinya.

"Eh, baju aku.." azfa bingkas bangun setelah dia teringat baju-bajunya yang belum siap
dibilas di dalam mesin basuh.

Berdebar. Bahasa hatinya ketika itu. Manakan tidak, mesin basuh sememangnya terletak
dalam bilik Dahlia. Berbanding bilik lain, bilik Dahlia dan dua lagi sahabat sememangnya
agak luas dan mempunyai tandas sendiri, Tandas Mawar. Mereka memang sengaja
menamakan tandas di dalam rumah itu supaya semua penghuni rumah lebih
bersemangat untuk menjaga kebersihan tandas.

"Masuk je la..". ngomel azfa di dalam hati. Tiba-tiba dia merasa kekok untuk berdepan
dengan Dahlia setelah tahu cerita sebenar.

Azfa terus masuk ke bilik Dahlia dengan bersahaja untuk menyiapkan urusannya pagi itu.

"Akak masih marahkan saya?" tanya Dahlia tiba-tiba.

"Eh, tak la..mana ada marah..tahniah la boleh uji orang.." jawab Azfa sambil
menguntumkan senyuman, cuba untuk meleraikan kekekokan yang masih menebal di
dalam hatinya.

"Yeay!!!..akak saya minta maaf tau.." Dahlia gembira dengan respon Azfa walau
masih tersemat rasa bersalah di hatinya tapi ingin lekas dilupakan.

Azfa terus melayan 'kerenah' baju-bajunya sambil hatinya berbisik.

"Ya Allah..alhamdulillah..terima kasih kerana pilih aku untuk merasa semua ini.."
hatinya tersenyum, dia seolah mula nampak hikmah dari yang terjadi. Walau tak banyak,
dia masih memikirkan hikmah sebenar.

"Dahlia, terima kasih untuk pengalaman ini.." Azfa menyapa Dahlia tiba-tiba yang
sedang khusyuk berfacebook. Hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Bersyukur dan
masih ingin bersyukur dengan apa yang baru sahaja dilaluinya. Hatinya berbunga.

"hanya doa yang menjadi ingatan..
hanya lagu menjadi kenangan..
seandainya masa itu kembali semula..
inginku syukuri lebih dari itu.."

Bait-bait lagu 'perpisahan ini' yang diubahsuai itu terngiang-ngiang di telinga Azfa.

"Seandainya masa itu kembali semula..inginku syukuri lebih dari itu.." Azfa mengulang
bait lagu itu, masih cuba untuk memahami sesuatu.

"Ya Allah..tiba-tiba aku rasa masa itu telah kembali semula..kuatkahku untuk
mensyukuri lebih dari itu?" Azfa berbicara dengan Kekasih Hatinya. Dia masih mentafsir
hikmah. Tanpa sedar, dia seakan merasa masa-masa yang dilalui bersama Dahlia dulu
seolah kembali semula. Hatinya terkedu bercampur bimbang. Bimbang dia gagal
mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Biarlah pengalaman itu bukan apa-apa bagi
Dahlia. Tapi ianya sangat bermakna bagi Azfa. Dia tidak mahu melupakan detik itu
dalam diari hidupnya.

Selesai membasuh baju, Azfa merehatkan diri di ruang depan, tempat biasa dia dan
Dahlia lepak. Tiba-tiba hatinya terdetik.

"Ya Allah..izinkan aku mengabadikan pengalaman ini di dalam tulisan.." pinta Azfa
dalam doa. Dia yakin Allah Maha Mendengar. Hanya redha Allah yang dia harapkan
mengiringi penulisannya.

Azfa bingkas bangun dan mencapai laptop. Tangannya mula menari-nari di atas
keyboard. Azfa tersenyum sendirian. Dia harap dapat memberi sesuatu. insyaAllah..

~Susu Coklat, 12.06 PM, 22 Februari 2012~

..syukuri,sayangi, dan hargai setiap saat bersama insan tersayang, ketika itu hati dapat 
                                 merasa..dia..punya tempat istimewa dihati..

~alhamdulillah..~

Friday, February 17, 2012

..ketentuan ini..(versi lagu perpisahan ini..hehe)

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

Di sini..
Bermulanya..
Pertemuan yang terakhir..
Kehilangan..
Amat terasa di hati..

Memanglah ini yang tertulis di tangan takdir..
Ku terima..
Ketentuan ini..

Dulu kita satu jiwa..
Satu impian..
Susah dan senang kita bersama..
Walau sementara..tak kan ku lupa..

Hanya doa yang menjadi ingatan..
hanya lagu yang menjadi kenangan..
seandai masa itu kembali semula..
inginku mensyukuri lebih dari itu..

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi..
namun ku redha dengan semua ini..

#..bertabahlah..Allah sentiasa bersamaku dan kamu..

=')

Monday, February 13, 2012

..kerna hati bicara..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

mengharungi samudera mahligai nan suci..
penuh gelombang silih berganti..
semua adalah ujian penguat cinta..
bila hati bicara..

terkadang tak perlu terucap kata-kata..
utk selami dalamnya hatimu..
susah senangmu kau jadi bahgian hidupku..
kerna hati bicara..

kata menjelmakanmu..
kisahkan berjuta cerita..
hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna..
karunia Ilahi mempersatukan dua hati..
ku rasa yang kau rasa..
kerna hati bicara..

~semoga post ini diredhai Allah~
mode baru2 ni..memang suka dgr lagu ni n lagu Aku Hamba by Mawaddah..alhamdulillah..
..kadang2..saya terfikir..ape yg sedang terjadi kat saya sekarang ni..
ya..terasa agak lain di situ sebenarnya selepas Allah berikan rasa ini..
rasa yg datang selepas mimpi itu..subhanallah..
Maha Hebat Kuasa Allah..didatangkan rasa sayang dan rindu ini hanya dengan
sebuah mimpi..ya..mimpi tentang dia..

mungkin..awak takkan baca post ni..xmengapa..saya post pun utk berkongsi sesuatu..
mungkin..saya bukan sape2 dalam hidup awak..mungkin tiada dalam senarai pun..
kadang2 terfikir..andai mereka tahu rasaku ini..mesti mereka akan ketawa..mungkin..

tapi..saya bersyukur sangat2 atas rasa yang Allah bagi ni..saya pn makin buntu bila
memikirkan sejak mula rasa sayang dan rindu ni datang..saya hanya yakin..Allah lah
yang memberikan izin rasa ini di hati..

kekhilafan masa lalu..saya tak berjaya utk beri yang terbaik dalam ukhwah saya
with my Gary(haha..)

dan saya tak harap n tak nak kekhilafan tu berulang lagi..jadi alhamdulillah..saya sangat
bersyukur Allah berikan rasa ini kepada awk..

maaf atas semua khilaf saya kt awk selama ni..saya doa awk selalu bahagia..
saya da tak risaukan awk..awk ada sahabat yang baik yang dapat teman awak selalu..
saya sayangkan kalian..

dengar lagu "kerna hati bicara"..teringat awk..haha..jiwang pulok doh..
tapi mcm yg awk pernah post dlm fb..manakan mungkin kita sayangkan manusia..
andai kita belum dapat cinta Allah lebih dari segala..
insyaAllah..moga kita sama2 kuat utk meraih cintaNya..amin Ya Rabb..
dan..terima kasih atas lagu 'Aku Hamba' by Mawaddah..xpernah dengar pun lagu tu..
mendalam sekali maksud lagu tu..memang pengubat rindu..pada Dia..subhanallah..

last..Alhamdulillah..terima kasih sebab hadir dlm hidup saya..terima kasih jd sahabat saya..
walau mungkin bg awk dan mereka..ianya biasa2..tapi Allah berikan ianya bermakna
dalam hidup saya..

..dan marilah kita belajar menghargai semua yang Allah bagi..walau sekelumit rasa..
..walau sesaat bersama..atau mungkin walau jarak yg sgt jauh antara kita..mengajarkan
kita utk tidak memandang rendah pada doa..mengajarkan kita utk yakin..ukhwah
itu pada doa..semoga saya,awk,dia dan mereka kuat utk terus melangkah di dalam
jalan yang diredhai Allah..

Ya..kita sering memohon ditunjukkan jalan yang Allah redha..berdoalah juga agar
dikuatkan utk terus melangkah di jalan yang Allah redha..andai kita tahu bukan..
jalan yang Allah redha pasti sangat berliku..kerana jalan ke syurga itu memang pahit..

~semoga Allah redha rasa2 ini..moga jadi hambaNya yang bersyukur..amin..~


...