Thursday, October 18, 2012

..Ku Serah Cinta..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'alasayyidinamuhammad wa a`la aalihi wasohbihi wasallam..

Ku serah segala ketentuan 
Biarlah masa yang berbicara 
Dipangku wajah yang layu 
Dan aku telah jemu 

Aku tidak mahu berpaling 
Pada yang mengganggu dan menggugat 
Sapanya meletihkan diri 
Hadirnya mengundang penat 

Akan ku serah cinta ini 
Bukan lagi pada manusia 
Kerana cinta martabat itu 
Bersalut segunung kepalsuan 
Dan kepuraan 

Aku semakin tidak peduli 
Apa yang mungkin akan terjadi 
Kerana gerak dan tindakanku 
Mahu bebas dari masalah 

Ku serahkan cinta ini 
Hanya padaMu, oh Tuhan 

Aku adalah aku sekarang 
Biar terbuang tetap berjuang
 
Akan ku serahkan jiwa ini 
Sepenuh hati dengan keikhlasan 

Aku adalah aku yang sekarang 
Ku serahkan cinta ini

~Astaghfirullahal`azim..3x~

menaip bersama penat yang belum habis di dalam dada

na`uzubillah ingin meluah di sini semata2..

insyaAllah moga yang pertama yang mendengar rasa hati

biarlah hanya Dia Yang Maha Mendengar..

[Alhamdulillah..bersama usaha, kita akan dapat merasa kemanisannya 
walau dalam kalut dosa..

#kita manusia takkan terlepas dari berbuat dosa dan silap kepada
manusia apatah lagi kepada Allah `azza wajalla#

tapi, tidak dapat tidak kita MESTI kembali kepada Allah yang memberi luka ini

pasti, kerana kezaliman diri kita sendiri lah yang membawa kita ke dalam luka ini.

ada kala bila ditimpa ujian, hati yang lemah ini terasa ingin pecah,

lalu, mengadulah kepadaNya..

bagaimana untuk mengadu?

bagi diriku, aku mengaku pada Dia, aku hanya manusia penuh dosa,
tak mampu simpan semua ni sorang, aku mengaku padaNya, 
biarlah Dia yang mendengar segala luahan hatiku..
biar satu dunia tak tahu, biarlah aku luah hanya kepada-Nya..
banyak kalanya, perkataan 'kenapa' kerap keluar ketika meluah..
bukan untuk mempersoalkan takdirNya,
tetapi untuk mengadu kepadaNya..
andai tika aku meluah, pelbagai rasa ada dalam hati, aku luahkan saja kepada-Nya, 
biarlah luahan itu berbaur kemarahan, berbaur dendam, berbaur keegoaan, 
berbaur emosi, negatif sekalipun buntu..
aku cuba sedaya upaya untuk meluah segala kepada-Nya, 
kerana keyakinanku Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui 
segala isi hatiku dan realiti sebenar yang aku tahu apatah lagi yang tidak aku ketahui..
di setiap hujung luahanku..aku merayu kepada-Nya, aku memohon kepada-Nya..
aku mengadu kepada-Nya..

"Ya Allah..dalam hatiku punya segala rasa yang tidak ku ketahui dan buntu..
aku luahkan semua kepada-Mu..
kepada siapa lagi aku harus mengadu selain kepada-Mu Ya Allah??"

Ya. Alhamdulillah walau hati dan dada masih sakit dan sesak, 
aku dapat rasakan kemanisan itu..rasa ada tempat bersandar..
jadi ia membuatkan aku setiap masa ingin mengadu kepada-Nya..

Ya, aku manusia..manusia yang selalu khilaf. yang tak pernah berhenti khilafnya. 
mungkin asal penulisan ini utk posting tanpa tujuan, 
tapi Allah jualah yang menggerakkan hatiku untuk berkongsi ini dengan kalian..

Aku berkongsi dengan kalian, moga kita sama2 dapat belajar mengadu kepada-Nya..
setiap masa, setiap rasa, setiap masalah dan kegembiraan. 

Ya! setiap kegembiraan, biarlah Dia juga menjadi Yang Pertama kita bercerita.. 
insyaAllah moga semakin manis akan kita rasa..=]

#aku tahu ianya sukar, aku tahu tak mudah ingin memulakannya teman..
akan ada rasa takut, ada rasa segala macam perasaan,
tapi, marilah kita berlatih untuk meluah dan mengadu kepada-Nya..

***

pernah merasa dada semakin sakit selepas membaca Al-Quran?
sedangkan sepatutnya hati menjadi tenang bukan?

bersangka baiklah padaNya..
Al-Quran itu suci, ia memasuki relung hati kita yang kotor,
yang penuh dosa..lalu ia menolak keluar
noda2 dari yang terselit setelah sekian lama..
lalu hati kita sakit,
dada kita sesak dan sempit..
lantas akal mula memikirkan dosa apakah yang telah diri perbuat..
jiwa menjadi risau dan hati terus memohon doa kepada-Nya..
bibir lalu beristighfar dalam payah, berzikir dalam susah..
akhirnya diri sedar, dia adalah hamba hina..
di hadapan Tuhannya..


~Wallahu`alam~