Tuesday, December 27, 2011

..hukum dalam mencintai..

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam ke atas junjungan baginda S.A.W,
ahlinya dan para sahabat..

Mana ada cinta jika tidak ada pengorbanan. Segala bentuk cinta pasti ada pengorbanan
bagi orang atau sesuatu yang dicintainya. Ali bin Abi Talib mengatakan ''Cinta adalah
penderitaan tetapi penderitaan yang membawa kebahagiaan.'' Seseorang tidak akan
bangun malam untuk meletakkan dahinya ke lantai (solat) jika bukan kerana cinta dan
para ibu tidak akan sanggup melahirkan anaknya jika bukan kerana cinta. Solat tahajjud
dan melahirkan anak adalah penderitaan yang membawa kebahagiaan.

Seorang kekasih tidak akan berlengah membiarkan dirinya asyik mencipta sajak-sajak
cinta yang akan dipersembahkan pada buah hatinya, jika tidak dilamun cinta. Mencipta
puisi-puisi indah adalah penderitaan tetapi penderitaan yang membawa kebahagiaan.

**
Merupakan satu kesalahan jika kita mencintai seseorang, misalnya anak dan isteri tetapi
cinta itu boleh melemahkan cinta kita pada Allah. Cinta kita tidak menambah ketaatan.
Tetapi sebaliknya, cinta itu malah semakin menjadikan kita melupakanNya atau malah
kita menyekutukan Allah.

Sewaktu masih kecil, Husain,cucu kesayangan Rasulullah bertanya pada ayahnya,
"adakah kamu mencintai Allah?" Ali r.a menjawab, "Ya."
Lalu, Husain bertanya lagi, " Adakah kamu mencintai datuk dari ibu?"
Ali r.a kembali menjawab, "Ya."
Husain bertanya lagi, " Adakah kamu mencintai ibuku?"
Lagi Ali menjawab, "Ya."
Husain bertanya lagi, "Adakah kamu mencintaiku?"
Ali menjawab, "Ya."
Terakhir, Husain yang masih budak itu bertanya, "Ayahku, bagaimana kamu menyatukan
begitu banyak cinta di hatimu?"
Ali menjelaskan, "Anakku, pertanyaanmu hebat! Cintaku pada datuk dari ibumu
(Nabi s.a.w), ibumu (Fatimah r.a) dan pada kamu sendiri adalah kerana cinta kepada
Allah. Sebabnya, semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta pada Allah S.W.T."
Setelah mendengar jawapan dari ayahnya, Husain tersenyum memahami.

Dari keterangan ringkas di atas, kita dapat ambil suatu kesimpulan bahawa ada dua
hukum dalam mencintai :
cinta harus disertai pengorbanan yang tulus dan cinta tidak boleh dikongsi.

~Petikan dari buku Ya Allah! aku tidak layak untuk ke syurga-Mu,
namun aku juga takut azab neraka-Mu~

Alhamdulillah..

Akhirnya terluah juga semuanya semalam. Terkedu juga bila aku fikirkan kembali
semua yang berlaku semalam.
Yang pasti semuanya telah tercatat dalam takdirMu Ya Allah..
Dan pasti juga semuanya adalah dariMu Ya Allah.
Tiada dari hambaMu yang hina dan lemah ini.
Aku juga dapat sesuatu. Alhamdulillah. Biarkan ianya berbicara jauh dalam sudut hati. =]
Aku pernah berkata dengan diri sendiri, insyaAllah aku tidak mahu ianya berulang lagi.
tidak kusangka Ya Allah, Kau datangkan yang serupa tapi mungkin tak sama.
Moga apa yang aku lepaskan semua semalam membantunya. amin.
Moga 'separation dalam column kehidupanku terus bergerak ke bawah untuk
mengeluarkan compound hikmah yang berharga dan menjadikan aku hamba yang
bersyukur Ya Allah. amin Ya Allah.


Yang penting juga, masa lalu tak kan pernah kembali. 
dan jangan biarkan ianya berulang lagi.
Andai benar cinta Allah yang di cari.

#kredit to pemilik danbo yang sudi membenarkan cik danbo amik gambar dgn 
jam s**a..hehe..

Fullstop.

Thursday, December 8, 2011

..winter in autumn..

Bismillahirahmanirrahim..selawat dan salam ke atas Nabi s.a.w,ahlinya,dan para sahabat..

Subhanallah..entah knape hati bagai berlagu riang..alhamdulillah..bila difikir kembali, rupanya teringat pada bunga2 kecil yang jatuh menyapa sebuah ukhwah yang telah lama ku rindu..alhamdulillah..

Berjalan menghantar dia ke kelas, terserempak pula dengan si gadis ayu..huhu..istiqomah dengan gelak tawanya bila bertemu..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..pertemukan aku dengan mereka yang membahagiakan hati..subhanallah..malu atas dosa2 yang aku lakukan..tp nikmatMu  tak pernah berhenti..

Ya Allah..hatiku merindu..rindukan mereka..terlalu rindu..pd ukhwah yg telah lama terjalin..Ya Allah..jadikanlah rindu ini membawa hati kami dekat denganMu Ya Allah..jadikan lah rindu ini hanya keranaMu Ya Allah..Allahumma Amin..

                                        tiba2 terngiang lagu ni semasa menulis..winter in autumn..
                                        p/s : abaikan gambar dlm video ni ea..^^

**hati pada segembira2..utk ukhwah pada kali ini..hati pada sesedih2 dari ukhwah ini jua..kerana masih belum memberi dan menjadi yang terbaik..bak kata Ust.Ismail, ''Orang yang memberi itu akan merasa gembira..jadi dlm kelas ni ust la yang paling gembira kerana ust memberi..''..tersenyum aku teringat senyuman gembira ust..subhanallah..ape yg ust bgtau tu dr hadis nabi s.a.w..''tangan yang memberi lebih gembira dari tangan yang menerima..''..kl salah tlg comment ea..huhu..**

rindu utk duduk2 lg di bawah pokok menggugurkan bunga2 kecil..


p/s :   - ucu     : cu..ada lg ke bunga kecil itu di tudung mu?..^^..
                             terlekat lagi ckit di beg ack td..^^
         - adik 1 : pergi kelas elok2 ye dik..^^
         - adik 2 : rindu itu sentiasa mengalir dalam salur darah..bukan hanya
                              dalam mesej..moga Allah redha rindu itu..^^
         - adik 3 : 3 minggu masih x g klinik??moga kau cepat sembuh dik..
                              (jgn takut g klinik..hehe)

~Oh bunga  kecil..mahukah kau gugur lagi pada ukhwah ini dan menceriakan kami lagi?~

..Allah memberi ilham..aku menulis..moga Allah redha..amin..