Sunday, October 28, 2012

..Gerimis..

Bismillahirahmanirrahim
Allahumma solli `ala sayyidina muhammad wa `ala aalihi wasobihi wasallam


tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

ku harap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
ku sangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyeka gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba di hujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita di dunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba
Innalillahiwainnailaihiraaji`un
Norhaliza hashim, moga kau sentiasa dalam redha Allah sehingga pertemuan dengan-Nya
ada masa aku kaku, ada masa aku buntu apa sebenarnya yang terjadi
pemergian arwah, moga memberi aku dekat dengan kematian
Allah..
kali ni, waktunya pulang ke pangkuanMu, entah bila waktuku pula..
subhanallah..
Arwah kak liza seorang yang sangat baik, masih terngiang derai ketawanya 
yang unik dan menghiburkan..
dalam 3 tahun kita bersama satu batch, tak sangka kau mendahului
selepas ini giliran aku kah??
~bercakap soal kematian dan sombong yang bersarang di hati~
sesungguhnya mati itu dekat..tapi kita masih liat dengan solat
masih teringat beberapa jam sebelum pemergian arwah,
ibuku mengajak aku untuk menghadiahkan yasin buat arwah sebagai
penawar agar beliau sembuh semula..
berita keadaan kak liza telah aku ceritakan kpd keluargaku..
ma berhenti di setiap 'mubin' lalu mendoakan kesejahteraan kak liza,
aku mengikutnya di dalam hati.. ada sebak di situ..
aku berjaga malam itu ekoran banyak kerja yang aku perlu siapkan
sebelum pulang ke Selayang.
setiap SMS yang masuk sentiasa mendebarkan hati
menunggu berita kak liza, moga ada keajaiban yang berlaku..
Ma terjaga pukul 1 pagi, lebih kurang 20 minit lebih kemudian
aku terima berita pemergiannya..
hatiku kala itu kosong namun disambut kata2 penenang dari ma..
aku tertidur dalam buntu,sedih dan kaku yg bercampur baur..
keesokkannya, aku bertanya pada ma:
"Ma, boleh tak kita doa biar kita yang pergi dulu dari orang lain?"
"Kenapa adik cakap macam tu?" tanya ma.
aku menjawab, "sebab adik tak nak tengok orang lain pergi dulu.."
kemudian dengan lembut ma membalas,
"tak baik doa macam tu dik, mati itu semua orang kena hadapi, 
nak tak nak pun. ma selalu doa ma dipanjangkan
umur supaya ma boleh laksanakan tanggungjawab ma kat dunia, kat mak ayah.."
terkedu.
aku belajar sesuatu dari jawapan ma.
aku harap kalian yang membaca juga belajar sesuatu.
moga ujian ini, mendekatkan lagi kematian dengan diri kita..
rupa2nya, terlalu banyak kesombongan dalam diri yang bersarang.
Memetik daripada buku karangan Sulaiman Al-Kumayi,
hadis kudsi yang bermaksud:
"Sifat kibriya' (kebesaran) itu adalah selendangKu sementara `azhomah (keagungan)
itu adalah sarungKu. Barangsiapa mencabutnya daripadaKu, 
nescaya Aku memberikan balasan (buruk) kepadanya" 
-Hadis riwayat Ibnu Majjah daripada Ibnu Abbas.
juga koleksi Doa yang berbunyi:
"Wahai Allah yang memiliki kebesaran, aku sedar, tidak wajar bagiku
berasa lebih daripada sesiapa pun. Dengan itu, jadikanlah aku bersikap
rendah hati sehingga tidak ada kesombongan dalam hatiku"
~Jadi, dari soal kematian, kita mesti memaksa akal memikirkannya kerana
ianya sangat dekat, dari situ mungkin tersedar, banyaknya sombong
di dalam hati yang tak patut ada sekalipun merasa lebih daripada orang lain~
Al-Fatihah buat sahabat terbaik Norhaliza Hashim, moga Allah mengampuni
segala dosamu, meredhai ruhmu sehingga pertemuan dengan-Nya dan
moga kau di tempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman.
Aku pasti akan menyusul.
Wallahu`alam
..satu hari, bunga putih pasti akan gugur..
~Sahabat2 yang mengenaliku, ku mohon maafkan aku, ampunkan segala dosaku
kepada kalian, benar2..maafkan aku..
SKP, MMP, MMAS, PLKN Langkawi, KMNS-F2p8, Soff, UMT-AB, SK n KAP, 
Surau Irfan, sahabat2, kakak2 n adik2 kesayangan dan terbaik 'SAYA', 
adik2 kesayangan hati, Ramlah, Haedah, Aliaa, Soleha, Jannah, Qist & Wani..
juga buat seorang insan, adik MN-UNIMAP, maafkan kak selama ukhwah ni.
=.=