Sunday, January 22, 2012

..dengarkanlah..

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W..
ahlinya dan para sahabat..

Hari ini..ku kuatkan juga hati utk menulis coretan ini buatmu..
coretan yang xseberapa cuma..


''demi kebahagiaannya disana..akanku diamkan semua..''
''demi kebahagiaan semua..aku diamkan segala yang tersirat..''
''dan sampai ke saat perpisahan itu..insyaAllah masihku diamkan segala..
..sehingga takdir-Nya berbicara.."
"moga bertemu di sana dalam keadaan yang baik2..=]"

..mgkin yang tinggal antara kita hanya bayangan dosa semalam..
..namun xku sesali apa yang terjadi..kerana masing2 punya jalan cerita yg telah
  Dia tetapkan..
..aku redha..alhamdulillah..mungkin juga tanpa aku sedar..
  kebahagiaan mula hadir pada sisa2 luka..
..xmengapa..mogaku jadi hambaNya yg bersyukur..

Malam baru2 ni..aku hantar insan2 yg telah Allah takdirkan hadir dalam hidupku
utk pulang ke kampung masing2..
Alhamdulillah..takdir Allah..aku bertemu dgn sahabat lama di matrik dahulu..
kami bersalaman dan berpelukan..
Ya..aku masih ingat namanya..tapi nampaknya sahabatku itu kurang ingat namaku..
alhamdulillah kat jaket course ni ada namaku..hehe..kl x..
hmm..xtau nak sambung ape..hehe..

Asyik kami bersembang..tiba2 sahabatku ini bertanya.."enti masih di jalan dakwah?"..
Gulp!
tersentak hati dengan soalan itu. Dengan tersenyum..ku menjawab..
"insyaAllah..masih di jalan dakwah.."
walau jawapanku terasa kepahitannya..aku cuba telan sedaya hati..

Ya..masihku ingat jalan dakwah di matrik..kami punya jalan berbeza..
tapi matlamat yg sama..namun,seingat aku kami sentiasa terbuka jika bercakap
tentang Islam..dan tidak fokus pada jalan yg berbeza itu..

Tapi saat yang aku lalui kini sudah sgt berbeza dgn kehidupan di matrik dulu..
Entah kenapa hati jadi pilu bila teringat soalan sahabatku tadi dan beberapa perkara lain..

"mereka sudah sibuk mencari cinta Tuhannya..sedang aku masih di medan ukhwah.."
"mereka sibuk memperjuangkan Islam di jalan dakwah..tapi aku masih di medan ukhwah.."

cukuplah persoalan itu yg ku coret yg terlintas d hati..

Ya..seingat aku..terasa sangat lama aku di medan ukhwah ini..
hingga terkadang rs sgt keletihan..
Sehingga mungkin aku makin 'heartless' dgn apa yang hadir sekarang..
'heartless pada wajah mungkin..tp bukan pd hati yang merasa..andai kau ingin tahu..
ini jawapanku..

Maafkan aku andai diamku banyak mengecewakanmu..
Andai kataku yang berselang seli dgn soalan itu banyak melukakanmu..
Sedang mungkin tika itu..kau mahu aku jawab semua persoalan
yg ku tinggalkan difikiranmu..
Maaf..mungkin aku mampu menjawabnya disini..
Kerna kdg2 aku rasa lidahku sudah sgt kelu bila kita bicara tentang ini..

Ya..tidak pernah aku terlintas utk merasa utk kedua kalinya..
Walau pada mulanya aku sudah mula agak pada pertemuaan kita di awal dulu..

Lamaku fikir..apa jawapan yg terbaik harus ku beri padamu..
Dan aku masih mencari jawapannya utk kita..

Janganlah kau rasa terluka dengan apa yg terjadi..
Tidak perlu pula utk merasa terhina sekiranya aku seolah tidak sudi menjawab
semua yg terbuku..

Aku juga manusia..sentiasa melakukan dosa..pada manusia..apatah lagi padaNya..
Andai kau tahu..jawapan yg kau inginkan itu bukan hanya jawapan..
Tapi satu jawapan sudah cukup utk merubah segala..
Tidak mengapa kalau dari buruk kearah yg baik..
Tapi bagaimana kiranya yg sudah baik2 bertukar menjadi buruk??
Sanggupkah kau terluka lagi??..
Maaf..aku tidak sanggup..

Maafkan aku sekali lagi..
Andai bicaraku seolah mencantas tunas rasamu yang baru bercambah..
Pada hematku..ada kalanya diamku itu baik utk kita..
Biar sakit sekarang..jangan tersiksa dikemudan hari..
Kerana aku tidak mahu kita menjadi musuh di akhirat kelak..

Cukuplah pada kerinduaan itu kita pasakkan dlm hati kita..kita ingin berjumpa disana..
Biar biasa2 di dunia..kita tidak tahu rahsia Allah utk kita di sana kelak..

InsyaAllah..aku tetap disisimu..akan terus memegangmu semampuku..
Moga ianya hanya kerana Dia..
InsyaAllah..pasti ada jalan utk kita baiki semua tanpa aku buka cerita semalam..
InsyaAllah..pasti ada jalannya utk kita terus berjalan bersama dlm kesederhanaan rasa
tanpa diimbau kembali apa yg pernah terjadi dlm hidupku dulu..
InsyaAllah..aku yakin..pasti ada jalannya..

Aku selalu doakan kau kuat..redha hadapi apa2 sahaja yang mendatang..
dan aku juga begitu..insyaAllah..

~terkadang aku takut..apakah Dia kan terima perjuanganku di medan ukhwah ini..
sedangkan yang lain telah jauh meninggalkanku dan berjuang di medan dakwah..
ampuni aku Ya Allah..~

#sekali lagi maafkan aku andai luka itu masih berdarah..
moga kita sentiasa kembali kepadaNya..=]