Saturday, October 30, 2010

Kepergian ini..insyaAllah..

Salam..hari ini insyaAllah..aku akan pergi..menghilang buat seketika..andai takdir untuk selamanya..moga akhir hayatku..husnulkhatimah..amin..aku pergi..untuk perbaiki sesuatu..lagi..yang perlu berfikir itu ialah aku..mereka tetap di situ..dalam jagaan Allah..subhanallah..aku mesti..moga kembara ini mengajarku sesuatu..alam yg berbicara denganku..berkata2 dgn ku..bhw aku tidak boleh putus asa..kerana Allah sentiasa di sisiku..di setiap rasaku..subhanallah..alhamdulillah..aku belajar sesuatu..semalam mungkin..dari seseorg..jadilah pencinta,hatimu akan bahagia..maka jadilah pencinta.belajar berkorban..biar Allah sahaja yang membalas cintamu itu. 

Gelap..moga kau benar meninggalkan tubuh ini..beban hidupku bersamamu..aku tidak mahu dan tidak putus asa meski di depanku samar..insyaAllah..buat mereka yang tinggal..mgkin masih tak mengerti hati ini..atau reaksi yang tidak mengerti..tapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu..ku doakan mereka kuat menghadapi kesulitan diri di sebalik senyuman dan tawa yang setia..subhanallah..aku masih ingin mengerti diri..mereka..dan semua yang terjadi..sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mengerti..segala-galanya..ku pergi untuk membuka kembali lembaran ikhlas yang kian reput..ku pergi untuk kembali memutar mesin minda akan kelemahan diri..moga kembali berguna roda muhasabah untuk meneruskan perjalanan hidup dalam menuju Tuhanku..Allah yang Maha Satu..subhanallah..

Wahai insan yang ku sayangi..maafkan diri ini..andai aku belum cukup arif untuk mengerti hati mu..menafsir senyum dan tawamu..bahawa kau juga ada duka di balik diri..aku yang masih mengerti diri masih menuntut di sekolah kehidupan..masih berusaha untuk cemerlang dalam matapelajaran redha, syukur, sabar dan banyak lagi..juga..masih membaca novel kehidupanku sendiri. Setiap episod yang ku baca..seakan2 tidak pernah terfikir untuk menjadi seperti itu. Rupa2nya..ada yang perlu hadir dlm hidupku walau tanpa mahuku..subhanallah..tidak mahu menulis panjang lagi..akhir kata..yang mesti datang tetap hadir..di fikiran ini pahit untuk menerima..tetapi di sisi Allah..baik2 belaka..kerana itu adalah takdirNya..insyaAllah..amin ya rabbal 'alamin..

zahratul abyadh..tenang dan tetap putih..dalam redha Allah..
subhanallah..