Wednesday, June 20, 2012

..cinta itu tidak mati di sini..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'alsayyidina muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..

''Cinta itu tidak mati di sini..cinta itu tetap ada..
bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam.."
~Allah..~

Alhamdulillah..Allah izin utk kata2 ini sentiasa berlegar2 
dalam fikiranku sejak kebelakangan ni..
kenapa?
..subhanallah..kerana terlalu banyaknya yang Allah datangkan 
dalam hidupku lately..
..Allah..aku sangat3 bersyukur..T_T..

..mungkin sahaja kerana seorang demi seorang insan 
kesayangan melangkah pergi dari pandangan..
memasuki alam hidup mereka yang sebenar..
Alhamdulillah..Allah izinkan aku menyaksikan kepergian mereka..
insyaAllah..sampai masa..aku juga akan pergi..
dan aku redha..aku yang terakhir mengatur langkah tanpa lambaian 
mereka yang setia di sisi selama 3 tahun di bumi ungu ini..
Alhamdulillah..akhirnya..aku akan kembali ke pangkuan wanita syurgaku..
..mungkin sahaja tidak kembali lagi di tanah ini..
biarlah hanya Allah yang menentukannya..

Tanggal 16hb June 2012

''..Assalam ma, afa keluar gi asrama ni..nak gi makan n tolong kawan afa kemas 
barang dia..dia naik bas malam ni..ma, afa drive kereta malam ni gi hantar kawan 
afa gi MBKT ye ma.. Kak Diana teman afa..doakan afa ye ma..'' 
pantas Azfa menaip mesej untuk ibunya tercinta sebelum keluar rumah..

"Ya insyaAllah" balas ma, ringkas tapi cukup menenangkan hati seorang anak
bernama Azfa..menerima mesej dari ibunya cukup membuatkan hatinya 
berbunga-bunga seperti mendapat mesej dari kekasih walau dalam hatinya 
masih banyak galau yang mengacau..

Alhamdulillah..petang itu, Azfa keluar rumah dengan gembira..dengan redha ibunya..
walau masih ada sesuatu yang bermain dalam hatinya..tapi dia sendiri tidak tahu apakah ia..

berjanji dengan sahabatnya, Kak Atiya untuk membantu mengangkut barang sekaligus
 menghantar beliau malam itu, Azfa laluinya dengan senyuman..sempat mereka makan 
bersama pada petang itu dalam riang walau Azfa tahu malamnya dia bakal melepaskan 
insan kesayangan yang selalu menjadi pendengar setia tatkala mereka bertemu..

Alhamdulillah..malam itu, Kak Diana dan Sofea turut bersamanya menghantar Kak Atiya 
ke stesen bas..kalau empat orang ni berjumpa, memang riuhlah kereta jawabnya..
kebetulan, semua yang ada dalam kereta pada malam itu, Azfa, Kak Diana, Kak Atiya dan 
Sofea masing2 bakal menamatkan pengajian pada semester ini..tunggu untuk
menyelesaikanprojek tahun akhir masing2 sahaja sebelum masing berangkat pulang..

Jam menunjukkan lebih dari pukul 9.30 malam..selesai meletakkan semua barang di 
perut bas..hati masing2 bermonolog sayu..semuanya diterjemah dalam pelukan..sukar 
juga berpisah dalam senyuman ni..insyaAllah..happy ending bak kata Sofea..tiada
tangisan pada perpisahan..sebelum berpisah, Azfa sempat bersalaman dan 
berpelukan dengan Kak Atiya..lebih dari sekali..sukar untuk melepaskan barangkali..
terasa tidak mahu melepaskan pelukannya..Alhamdulillah..dalam senyuman, 
dia terasa ukhwah lillah di situ..

Azfa..punya sesuatu yang belum dapat di rungkai di hatinya pada malam itu..

Tanggal 20hb June 2012

Sejak semalam lagi Azfa menghabiskan masa dengan Kak Diana, seorang lagi insan 
kesayangannya yang juga ingin menurut jejak langkah Kak Atiya pada keesokkan harinya..
hatinya tidak mahu melepaskan peluang saat2 terakhir bersama..

Alhamdulillah..sepanjang hari..mereka gembira meluangkan masa bersama..seolah tidak 
mahu berpisah..bergurau senda seperti hari2 biasa..tapi mungkin lebih luarbiasa dari 
hari2 lain..

makin mendekati malam..makin lain macam hati Azfa..hatinya tahu sebentar lagi
keluarga Kak Diana sampai dan Kak Diana akan pulang..dia juga buntu rasa 
apakah itu..hanya rasa mahu berada di tepi Kak Diana hingga Kak Diana pulang..

Sampai masanya, Azfa tak melepaskan peluang untuk menolong Kak Diana mengangkat 
barang ke luar rumah..subhanallah..aneh..rasa tidak mahu berenggang dengan
Kak Diana..disamping dia juga turut merasa kesedihan seseorang yang jauh di mata 
tapi dekat di hati atas kepulangan Kak Diana yang agak awal..

Sama seperti Kak Atiya, Azfa menghantar Kak Diana dengan pelukan kasih sayang dan 
rindu sebagai sahabat dan adik..dia redha Kak Diana pergi..dan..bak kata Sofea lagi..
happy ending..dan bak kata Kak Diana sendiri..tidak boleh ada penumpahan air mata 
pada malam ini..ya..Azfa melepaskan Kak Diana dengan senyuman..dan tenang dalam 
hatinya..sama seperti hari yang lalu..

"..Allah..cinta itu tidak mati di sini..cinta tetap ada..bahkan kini rasanya jauh lebih 
mendalam.."bisik hati Azfa kepada Dia Yang Maha Mendengar..

******
Ya, alhamdulillah..bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam rasa cinta itu kepada 
semua insan kesayangan hatiku!..walau kita berpisah jasad..

~Azfa tahu..Azfa sedar..semuanya dia rasa tenang dan senang kerana 
ada doa ibunya mengiringi..~

..cinta itu Allah redha untuk tetap ada..kerana ada doa ibu..
perpisahan yang tenang itu masih wujud kerana Allah masih mengizinkan hati 
seorang anak sedar bahawa redha ibu itu adalah redha Allah..
bahkan cinta itu kini rasanya jauh lebih mendalam kerana 
insyaAllah kerana ada redha ibu yang senantiasa memeluk anaknya yang jauh..
mudah-mudahan Ya Allah..

di balik tabir malam..Azfa sempat mendengar lagu..untuk ma..=')

hanya rindu dan doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu


menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunan
azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam


di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yang terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
pilihan terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku..
..ma..


rupa-rupanya ini jawapan dari Allah..(di tag gambar ni pd suatu petang di FB)

#besar bukan pengaruh redha ibu dalam kehidupan seharian seorang anak??
kerana bersamanya ada redha Allah..
..Allah..T_T..