Thursday, June 7, 2012

..saat pudar cinta-Nya dihatiku..T_T..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina muhammad wa'ala aalii wasohbihi wasallam..


-tersentak bila terbaca kata2 Saidina Umar ni, 
lutut dan urat saraf kembali lemah dan xupaya untuk bangun-

''Azfa..Azfa..bangun..jom solat asar..''

Azfa menoleh ke atas saat dia terbaring lesu..melihat kelibat putih..
Kak Diana lengkap dalam telekung solat..

dalam urat saraf yang masih melemah..dia kuatkan diri bangun utk 
mengadap Dia Yang Maha Tahu punca lemahnya petang itu..

#Ibu bapa selalu menginginkan kejayaan dari anak2 mereka..
tapi tidak lain tidak bukan untuk anak2 mereka sendiri bukan untuk diri mereka..tapi..kebanyakannya..anak2 tetap meneruskan perjalanan 
mengejar kejayaan itu hanya kerana Tuhannya dan harapan ibu bapanya..
banyaknya,bukan lagi kerana diri mereka sendiri..#
~lintasan hati azfa ketika membonceng motor bersama sahabatnya lewat petang itu..~

Malam itu, dia memikirkan kembali kata2 tadi..masih teringat petang tadi, 
terpecah juga empangan apabila bercakap dengan ibunya yang tercinta di telefon..

saat ini juga hatinya masih sayu memikirkan..hala tuju hidupnya selepas ini..

"Aku masih di sini, hanya kerana kekuatan yang Allah bagi..hanya kerana harapan ma..''
hati masih sebak sambil terkenang projek tahun akhirnya..dia baru sahaja menghantar 
tesis beberapa hari yang lalu..kenapa sebaknya..
biarlah hanya Allah yang benar2 maha Tahu cerita sebenar..

"tanpa aku sedar, aku telah putus asa dalam diam..subhanallah..
kenapa dengan aku ni Ya Allah..'' 
azfa masih cuba mencari titik sedar kenapa semangatnya begitu menjunam 
sejak selepas hantar tesis pagi itu..

dia menaip di sini pun..masih lagi memikirkan hikmah semua ujian yang dia tempuhi 
sepanjang menyiapkan tesis..jauh disudut hati..sangat perit untuk ditelan..
apatah lagi bila teringat wajah insan kesayangan ma..

sehingga lah dia melewati laman facebook petang itu..azfa terbaca kata2 Saidina Umar..
menyentap ke segenap urat saraf yang ada dibadan..lemah..hatinya berbisik..''inikah aku?''

''sebanyak mana pun rasa bersalah aku takkan dapat mengubah masa lalu..
sebanyak mana pun kebimbanganku takkan dapat mengubah masa depan ku..''

~sebenarnya aku lupa..aku lupa untuk benar2 yakin pada Allah..lupa Dialah yang 
sengaja memberi aku semua ujian lewat FYPku..Dialah yang menjadikan semua 
serba tak kena..aku terlalu risau..akan masa depan ku yang masih belum tercorak..
demi utk membahagiakan sekeping hati seorang ibu..aku terlalu dihantui rasa bersalah 
lantaran sikap2ku yang tidak melambangkan kesungguhanku utk bagi yang terbaik
utk ma...sehingga aku..tak dapat terima mungkin..aku telah lalui semua ini dengan
keadaan yang terburuk..rupa2nya aku belum redha dan tawakkal semuanya
pada Allah..bukankah aku sendiri yang cakap..Allah lah supervisorku..
masih terasa rasa itu saat aku buntu menulis tesis..menganalisis data..
Dia lah yang menenangkan aku..memberi aku ilham untuk terus menulis..
bukankan Dia juga yang memberi yakin aku bahawa aku akan 
berjaya menyiapkan tesis dan menghantarnya???..tapi..apa yang aku buat selepas 
hantar tesis hanyalah berputus asa..sedangkan Rasulullah s.a.w ada bersabda dalam
 riwayat Tirmidzi:


''Azfa..bersyukurlah..Allah mengizinkan kau hantar tesis..
Allah bagi kau ilham untuk menulis..Allah bagi kau keyakinan untuk teruskan 
walau Dia tahu kau sudah tak berdaya..Allah Maha Tahu remuknya hati kau sekarang..
dan jangan lupa..Dia juga Maha Tahu akan rezekimu..masa depanmu..salah dan silapmu 
juga tak terlepas dari pandangan Dia..jadi..mengapa kau tidak meletakkan redha 
dan tawakkal mu pada-Nya..jangan azfa..jangan begitu..jangan terus menjunam ke 
bawah..seolah kau sudah tidak tahu untuk nersyukur..jangan..jangan bahayakan 
aqidahmu..serahkanlah masa depanmu kepada Allah..serahkan urusan FYPmu pada 
Dia..bukankah Dia supervisormu??..ingat..tanda datangnya semua sakit dan susah 
yang kau rasa hanya kerana kasih sayangNya..jangan pernah kau lupa..
Allah Maha Tahu hati mu..jangan kau larikan diri dariNya seolah 
Dia tidak mengenalimu sedangkan Dialah yang mencipta 
engkau..aku adalah suara hatimu yang juga 
sayangkanmu kerana Dia..aku juga ingin 
kita sama2 kembali kepadaNya..
aku rindu pada Dia..aku ingin 
bercakap denganNya..
kau kembalilah..
Dia ada 
untuk
mu..''

Alhamdulillah..Azfa meluah untuk mencari hikmah yang masih belum terjelmakan..
masih dia teringat nasihatnya kepada seorang sahabat yang juga menghadapi tekanan FYP..
"kalau perasan, fyp..matrik..semuanya benda dunia..tapi tarbiyah Allah ada didalamnya.."
Terkena, kata2nya Allah uji pada diri dia..sehinggan dia lupa tarbiyah Allah dalam ujian dunia ini...

Allah..aku menulis..kerna masih mencari ilham hikmah ujianya yang Kau datangkan..
ku juga berharap agar mereka yang membaca tambah dekat denganMu..T_T..
wassalam..mg Allah redha..=')