Thursday, November 22, 2012

..ukhwah tasbihan cinta-Nya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli`alasayyidina muhammad wa`ala aalihi wasohbihi wasallam..


*
*
*


subhanallah3..

Alhamdulillah3..

Allahuakbar3..

menaip2 sambil ditemani instrumental 'when the love falls+rainy mood',
'kiss the rain + rainy mood' and 'love me + rainy mood'..

subhanallah.. terasa diri benar2 dalam hujan..
mendengar rintik2 air yang jatuh ke bumi..
umpama mengerti bahasa hati tika ini..
Allahu..

entah kenapa mengupdate post sebegini..
in syaa Allah, cuma berharap yang baik2 sahaja..

aku, sudah jauh di sini

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur aku sudah di daerah ini..

kadang2 hati sedih, kenapa Allah izinkan mereka di daerah itu?

jawabnya, pasti ada jalan cerita dari-Nya..

yang pasti, baik2 saja dipandangan-Nya.

aku penat berfikir,

penat dan sedih melihat keadaan hati saatku menatapnya dari jauh

tanpa menjelmakan diri..

masihkah yang ada tersisa?

atau pandanganku hanya seperti buaian yang melantun mereka

jauh dari pandangan?

Allah..

beginikah patut resamnya seorang sahabat yang katanya mahu sampai syurga?

Alhamdulillah, lately..

Allah benar2 kembalikan aku ke tanah dulu..

untuk menghargai seorang sahabat yang pernah terabai..

menyayangi mereka yang xpernah berhenti menyayangiku..

kerana satu peristiwa terjadi, Allah ajarkan aku..

EGO mesti dibuang jauh2..

apa2 sahaja tindakan kita, yang kita suka ataupun tidak,

kita mesti jaga hati orang sekeliling..

jaga hati mereka kerana Allah..

walau bagi kita xpenting dan tiada rasa,

tapi mereka tetap punya hati..

terutamanya keluarga kita..

niat utk membahagiakan dan membuat orang lain gembira walau kita tidak,

jika kita buat hanya kerana Allah,

Allahu Allah..pasti sangat manis rasanya..

kita dapat merasa darah mengalir dari hati,

namun puas kerana Dia redha..

biar kita tak dapat apa yang kita nak..

biar terpaksa tinggalkan orang yang kita sayang

hanya untuk berlaku adil kepada semua manusia

terutamanya keluarga

sangat nikmat bila dibuat hanya kerana Dia..

~aku menulis kerana aku merasa, mendengar dan melihat

walau semuanya dalam terkedu dan masih terkedu..~

***

mungkin dulu ujian buat diriku kerana Allah ingin kembalikan aku

ke tanah ini..

sekarang, mungkin dia pula di uji untuk dia Allah kembalikan

ke tanah yang Dia redha pula..

andai benar berkata kita mahu bersahabat sampai syurga,

mahu bertepuk tangankah kita apabila dia diuji?

aku semakin terkedu atas monolog hati yang makin rancak..

kta pernah bercakap hebat tentang ukhwah dahulu,

dan kini di tanah berpijak ini kita diuji pula 

dengan setiap bait yang pernah kita lontarkan dahulu..

[  "ukhwah untuk dikongsi, bukan untuk dimiliki"

"berukhwah pada samarata"

"berlaku adil"

"ukhwah jangan sampai mengundang fitnah"

"bersederhana dalam menyayangi"  ]

ini semua kata2 yang pernah ku ungkapkan dan nasihat mereka dahulu

=basah lagi hati ini dengan hujan=

masih terpaku dan berfikir, mencari ruang yang diredhaiNya

sebagai sahabat dekat, sebagai sahabat jauh,

apa tindak ku?

-hanya terpana dengan kata-kata sang kakak-
aku berfikir dan terus berfikir

sudah sampaikah aku ke tahap sahabat seperti ini?

''kerana Allah dan Rasul''

sudah sampaikah?

T_T

hati basah menadah rintik hujan..

aku menulis dengan bahasa hati yang masih mencari..

mencari tiap ruang yang Dia redha

:aku diuji dulu, dia diuji sekarang, mereka akan diuji akan datang:

bukankah asbab semua ujian hanyalah untuk kita kembali

kepada-Nya?

terjawab.

jangan masuk campur urusan Allah.

Dia tahu apa yang Dia buat.

berdoa lagi.

untuk hati

untuk dia

untuk mereka



Alhamdulillah,

"even you can't love me the way that I want,
I knew that you have loved me with all you have..

even I can't love you with the way you want,
but I have loved you with all I have.."

and In syaa Allah..still loving you in that way..

be grateful to everything that He gave..

falling in love with Him.. <3

Wallahu`alam..