Tuesday, December 27, 2011

..hukum dalam mencintai..

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam ke atas junjungan baginda S.A.W,
ahlinya dan para sahabat..

Mana ada cinta jika tidak ada pengorbanan. Segala bentuk cinta pasti ada pengorbanan
bagi orang atau sesuatu yang dicintainya. Ali bin Abi Talib mengatakan ''Cinta adalah
penderitaan tetapi penderitaan yang membawa kebahagiaan.'' Seseorang tidak akan
bangun malam untuk meletakkan dahinya ke lantai (solat) jika bukan kerana cinta dan
para ibu tidak akan sanggup melahirkan anaknya jika bukan kerana cinta. Solat tahajjud
dan melahirkan anak adalah penderitaan yang membawa kebahagiaan.

Seorang kekasih tidak akan berlengah membiarkan dirinya asyik mencipta sajak-sajak
cinta yang akan dipersembahkan pada buah hatinya, jika tidak dilamun cinta. Mencipta
puisi-puisi indah adalah penderitaan tetapi penderitaan yang membawa kebahagiaan.

**
Merupakan satu kesalahan jika kita mencintai seseorang, misalnya anak dan isteri tetapi
cinta itu boleh melemahkan cinta kita pada Allah. Cinta kita tidak menambah ketaatan.
Tetapi sebaliknya, cinta itu malah semakin menjadikan kita melupakanNya atau malah
kita menyekutukan Allah.

Sewaktu masih kecil, Husain,cucu kesayangan Rasulullah bertanya pada ayahnya,
"adakah kamu mencintai Allah?" Ali r.a menjawab, "Ya."
Lalu, Husain bertanya lagi, " Adakah kamu mencintai datuk dari ibu?"
Ali r.a kembali menjawab, "Ya."
Husain bertanya lagi, " Adakah kamu mencintai ibuku?"
Lagi Ali menjawab, "Ya."
Husain bertanya lagi, "Adakah kamu mencintaiku?"
Ali menjawab, "Ya."
Terakhir, Husain yang masih budak itu bertanya, "Ayahku, bagaimana kamu menyatukan
begitu banyak cinta di hatimu?"
Ali menjelaskan, "Anakku, pertanyaanmu hebat! Cintaku pada datuk dari ibumu
(Nabi s.a.w), ibumu (Fatimah r.a) dan pada kamu sendiri adalah kerana cinta kepada
Allah. Sebabnya, semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta pada Allah S.W.T."
Setelah mendengar jawapan dari ayahnya, Husain tersenyum memahami.

Dari keterangan ringkas di atas, kita dapat ambil suatu kesimpulan bahawa ada dua
hukum dalam mencintai :
cinta harus disertai pengorbanan yang tulus dan cinta tidak boleh dikongsi.

~Petikan dari buku Ya Allah! aku tidak layak untuk ke syurga-Mu,
namun aku juga takut azab neraka-Mu~

Alhamdulillah..

Akhirnya terluah juga semuanya semalam. Terkedu juga bila aku fikirkan kembali
semua yang berlaku semalam.
Yang pasti semuanya telah tercatat dalam takdirMu Ya Allah..
Dan pasti juga semuanya adalah dariMu Ya Allah.
Tiada dari hambaMu yang hina dan lemah ini.
Aku juga dapat sesuatu. Alhamdulillah. Biarkan ianya berbicara jauh dalam sudut hati. =]
Aku pernah berkata dengan diri sendiri, insyaAllah aku tidak mahu ianya berulang lagi.
tidak kusangka Ya Allah, Kau datangkan yang serupa tapi mungkin tak sama.
Moga apa yang aku lepaskan semua semalam membantunya. amin.
Moga 'separation dalam column kehidupanku terus bergerak ke bawah untuk
mengeluarkan compound hikmah yang berharga dan menjadikan aku hamba yang
bersyukur Ya Allah. amin Ya Allah.


Yang penting juga, masa lalu tak kan pernah kembali. 
dan jangan biarkan ianya berulang lagi.
Andai benar cinta Allah yang di cari.

#kredit to pemilik danbo yang sudi membenarkan cik danbo amik gambar dgn 
jam s**a..hehe..

Fullstop.