Tuesday, November 29, 2011

..r.A.n.C.a.K..

Bismillahirrahmanirrahim..selawat serta salam ke atas Nabi junjungan mulia Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat..amin..

Alhamdulillah..jejak juga ke sini setelah lama buntu utk berkongsi ape..

tetibe post pasal rancak..ape tu rancak??huhu..

Alhamdulillah..ilham semuanya dari Allah dan dgn izinNya jugalah jari jemari melompat-lompat atas key board utk mencoret sesuatu..moga bererti..

Tadi petang..sedang buat sesuatu urusan..terlintas di fikiran..manusia sekarang makin rancak..sambil tersenyum sendiri..

Manusia sekarang makin rancak dakwahnya..rancaknya dalam menyeru..
Manusia sekarang makin rancak diuji..rancaknya pada pertarungan hati..
Manusia sekarang makin rancak menyayangi..rancaknya pada meraih redha Ilahi..
Manusia sekarang makin rancak berhijrah..rancaknya pada keinsafan diri..
Manusia sekarang makin rancak memberi..rancaknya pada usaha menggembirakan hati..mengharap kasih Ilahi..

Manusia yang rancak pada menyeru..hatinya itu berbunga bila dapat memberi utk Islam..
Manusia yang rancak  pada pertarungan bila diuji..hatinya itu degil dan enggan kalah pada nafsu jahat..walau kerap jua tersungkur..
Manusia yang rancak pada jalan menuju Allah..hatinya itu sedang belajar menyayangi,bersyukur dan menghargai perhatian Allah yang selama ini disepikan..
Manusia yang rancak pada keinsafan diri..hatinya tekad untuk berangkat ke daerah ini..

Manusia itu ingin rancak pada memberi..kerana damba dan harapkan kegembiraan hati pada jalan yang Allah redhai..
rancak pada memberi..kerana hati itu rindukan ikhlas berputik dan berbunga di dalam hati..
rancak dalam bersabar..kerana hati itu rindu utk bersama dengan TuhanNya yang mengurniakan ilham..
rancak untuk tidak membenci walau di sakiti..kerana hati itu akur akan banyaknya luka pernah dihadiahkan pada mereka..
subhanallah..makin belajar tidak membenci..makin hati itu merindu pada dia-dia yang pernah mustahil..
Alhamdulillah..hati yang itu Allah izinkan jua pada bertatih utk tiada hasad dan sangka buruk pada saudara semuslimnya..
moga hati itu makin rancak jua menuju sebuah kematangan dihujung jalan...yang sudah lama setia menanti..
matang itu ialah ukuran imannya memandang sesuatu dengan pandangan Allah bukan?

InsyaAllah..InsyaAllah..InsyaAllah..amin..amin..amin..Ya Rabbal 'Alamin..Ya Arhamarrahimin...=)

Moga semuanya baik2 belaka..dan tidak pernah lupa pada hati yang rindu dan mengharapkan keampunan Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..timbul lah padamu hati khauf pada murkaNya..terbang lah sejauh2nya ujub.ria',takabbur dan sum'ah yang mendiam di hati..amin..amin..amin..Ya Ghafur Ya Rahim..Astaghfirullahal'azim..

#hanya kata hati yang moga dapat dikongsi seizin Nya..InsyaAllah..

..manusia itu semakin rancak ke arah sana..tanda pengakhiran sudah hampir tiba...astaghfirullahal'azim..

..pada hati..jangan pernah berasa lega..kerana masih banyak dosa dibalik tabir itu..=.=..

Wallahu'alam..

**post yang mungkin berbelit2..maaf kepada matanya yang tertacap pada tulisan ini..yang baik diambil..yang buruk tinggalkan sebagai tulisan..moga angin hidayah bertiup kepada dia yang menulis dan membaca..amin..