Wednesday, August 21, 2013

..kembali..

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dah ahlinya.

Assalam semua.
(walau xlah ramai yang baca blog usang ni)

setelah lama menyepi.
Alhamdulillah nukilan putih kembali tercoret.
buntu mahu berkongsi apa.

insyaAllah.
kita cuba.
Bismillah.

episod 1:
buku log coretan sebulan di USM, Penang telah Allah izinkan
untuk hilang seketika dan masih belum ketemu.

Hati: merancang untuk pulang ke Kedah utk cari sendiri di rumah. 
Mungkin misplaced somewhere?

Situasi sebenar yang Allah izin: adik abang ipar (kak wan sukainah wan omar)
berada dalam agak kritikal di hospital. Mereka terpaksa bergegas ke sana.

Mode: siapkan poster utk conference. (tolong skit2)
tak dapat ikut menziarahi.

Kesimpulan awal: tak dapat pulang ke Kedah utk mencari buku log tersebut.

Usaha: minta tolong ma cari dan pos. Kalau xde, nanti nak ke USM balik,
aku cari balik.

Keputusan awal: ma tak jumpa. Ma minta aku cari lagi di sini. tp ternyata tiada lagi.

Monolog: Ya Allah, kat mana buku tu..?

TANGGGGG!!!
(frying pan entah dari mana terbang lempang kepala aku laju2: ilusi)

Kenyataan sebenar: AKU LUPA BERDOA KEPADA ALLAH.

terdiam.

...

Ya Allah..

hanya itu yang keluar.

aku..

tangguhkan doa itu.

bukan sombong tidak mahu berdoa.

tapi teringat dosa menggunung.

BODOHH!!!

masa kau bermaksiat lalai lupa kepadaNya, ada kau ingat Dia ada bersama?
(hatiku menyumpah)

bila benda dunia hilang dan urusan hidup tergendala walau sedikit,

baru terkedek2 mahu meminta doa ditemukan buku tu!

kau hanya berdoa utk jumpa balik buku tu,

bukan bersungguh2 pun nak berdoa.

tiada keinsafan!

Aku: Ya Allah, aku banyak dosa, aku tidak ikhlas dalam berdoa. aku tidak bersungguh
untuk bertaubat. Aku lupa mati. Aku lupa akhirat.

macam mana aku nak betol2 berdoa dan bertawakkal moga dipertemukan dgn buku tu balik?
Ya Allah..

berdoa dgn rasa tawakkal..
yakin akan sengajanya Engkau menghilangkan buku itu
kerana Kau ingin aku kembali kepadaMu.
ianya hanya buku hijau.

namun mungkin kebutuhan aku kepadanya
hanyalah duniawi semata sekalipun ianya ilmu.

T___T

Hikmah: Allah Maha Teliti. Tak kan diizinkan sesuatu terjadi tanpa hikmah.
beruntunglah mereka yang berfikir dan kembali kepadaNya dalam keadaan
taat atau lalai.

Allah Maha Pengampun. Terlalu dan Maha Penyayang.
Astaghfirullahal'azim..

''Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas kepada diri sendiri. 
Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun,
Maha Penyayang.'' [Az-Zumar: 53]

Nota: maaf, tulisan yang mengalir dari rasa, ambil yang baik,
buang yang tak baik. Mari kembali kepadaNya.

Mohon doakan Wan Sukainah Wan Omar moga diberi kekuatan dan kesembuhan.
InsyaAllah. Sebarkan doa, kerana kita tidak tahu doa siapa yang diterima Allah.

Wallahu'alam.

Wahai Tuhan kami, tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau redha.



No comments:

Post a Comment