Monday, September 17, 2012

..beginilah caranya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..



"..Aku tahu di mana nak cari cinta-Mu..

..di sini tak mungkin mengalah..

..dengan apa yang mendatang.."

"..dan ku tahu..ku cuba terbaik dariku..

..yang indah jadikan kenangan..

..yang duka perbetulkan.."

::editted from song: beginilah caranya by shahiziey sam n yana::

~aku tahu di mana nak cari cinta-Mu?~

ya..

dalam solat..

tapi tak mudah untuk mujahadah ke arah itu..

nak awalkan solat 5 waktu

apatah lagi nak lazimkan solat sunat

tapi

jangan sekali ingin mengalah

walau apa ujian dan halangan yang datang

berlindunglah dengan-Nya dari syaitan yang direjam!

~yang indah jadikan kenangan, yang duka perbetulkan~

Allah dah tetapkan coretan sejarah hidup kita

itu yang terbaik untuk kita

aku pernah bayangkan

andai masa berputar kembali

dan aku mengelak untuk semua ini terjadi

subhanallah!

rupa2nya..

segalanya tak akan terjadi dalam keadaan terbaik juga

kerana itu perancangan kita

sebab,

hanya dengan ujian ini,

kita akan merasa nikmat2 segala rasa sekarang

bersyukur dan bersabarlah!

^^

yang indah sematlah dalam kenangan

yang duka jangan dilupakan dan diikat kemas 

dalam lipatan kononnya bila diingat mengundang air mata

sebaliknya duka itu

marilah kita selak kembali dan perbetulkannya

kerana

duka yang ingin dilupakan itu

bimbang masih ada hati yang belum cukup redha

dengan rencana-Nya

insyaAllah..

mari kawan2, kita perbetul dan perbaiki diri

dengan solat kita kepada-Nya..

p/s: aku juga masih mengesot..
Dia mengilham
aku menulis
kau membaca
kita berkongsi

wa na'uzubillah..jom kita berusaha!
~wallahu'alam~