Thursday, September 27, 2012

..kemaafan yang tertangguh??lagi?

..Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..

simple post i thougth..

hari konvo dah nak dekat

mereka serius ingin menjemput dia ke majlis kami

aku masih terdiam di hujung rasa

yang mereka tak tahu..

***

''Nantilah dulu.."

ungkapan yang sering menjadi jawapan tiap kali

aku memikirkan tentang dia..

sedar tak sedar..

sudah hampir 2 tahun sejak akhir semester 2 pengajianku..

aku tangguhkan masa

sama ada untuk memaafkan..

ataupun tidak mahu berfikir dulu

tentangnya..

aku pun tak tau

***

kata kakak..

''Allah panjangkan umur dia untuk kita minta ampun kat dia..
sudah2 lah bergaduh dgn dia..''

aku?

terdiam lagi..

hari konvo makin dekat

tak tahu rasa ape yang patut ku letak

untuk dia

tapi..

yang aku tau

insyaAllah

aku punya masa sebulan lagi

untuk memaafkan dan melupakan semua 

tentang dia dan kisah hidup dulu bersama dia

mungkin

hah?

jadi, 2 tahun yg lepas,

apa yang kau dah buat?

::maafkanku ayahanda::

..abah,aku hanya ingin lupakan semua dan aku masih cuba..

p/s: kemaafan itu mesti diusahakan bukan utk ditangguh hanya kerana tidak mahu
      sakit menahan luka bersangka baik kepada dia..

..ehem..
tak simple plak post ni..
huhu..^^

-ambil yang baik2 je-



Monday, September 17, 2012

..beginilah caranya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..



"..Aku tahu di mana nak cari cinta-Mu..

..di sini tak mungkin mengalah..

..dengan apa yang mendatang.."

"..dan ku tahu..ku cuba terbaik dariku..

..yang indah jadikan kenangan..

..yang duka perbetulkan.."

::editted from song: beginilah caranya by shahiziey sam n yana::

~aku tahu di mana nak cari cinta-Mu?~

ya..

dalam solat..

tapi tak mudah untuk mujahadah ke arah itu..

nak awalkan solat 5 waktu

apatah lagi nak lazimkan solat sunat

tapi

jangan sekali ingin mengalah

walau apa ujian dan halangan yang datang

berlindunglah dengan-Nya dari syaitan yang direjam!

~yang indah jadikan kenangan, yang duka perbetulkan~

Allah dah tetapkan coretan sejarah hidup kita

itu yang terbaik untuk kita

aku pernah bayangkan

andai masa berputar kembali

dan aku mengelak untuk semua ini terjadi

subhanallah!

rupa2nya..

segalanya tak akan terjadi dalam keadaan terbaik juga

kerana itu perancangan kita

sebab,

hanya dengan ujian ini,

kita akan merasa nikmat2 segala rasa sekarang

bersyukur dan bersabarlah!

^^

yang indah sematlah dalam kenangan

yang duka jangan dilupakan dan diikat kemas 

dalam lipatan kononnya bila diingat mengundang air mata

sebaliknya duka itu

marilah kita selak kembali dan perbetulkannya

kerana

duka yang ingin dilupakan itu

bimbang masih ada hati yang belum cukup redha

dengan rencana-Nya

insyaAllah..

mari kawan2, kita perbetul dan perbaiki diri

dengan solat kita kepada-Nya..

p/s: aku juga masih mengesot..
Dia mengilham
aku menulis
kau membaca
kita berkongsi

wa na'uzubillah..jom kita berusaha!
~wallahu'alam~

Saturday, September 15, 2012

..teringat-terubat..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasollia'ala sayyidina muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..

"Yakin dengan Allah..percaya dengan dia yang kita sayang.."

teringat
lalu
terubat

Alhamdulillah

Allah jualah yang mendatangkan ingatan ini

membelek2 diari hidup dari hari tu

yep!

review..

what for?

come on dear..

cari hikmah =)

Alhamdulillah

dalam kita menasihati

kerana tidak mahu salah yang sama berulang kpd sesiapa sahaja

~memberi komen di satu blog novel tentang 'cinta' tadi..~

"be trust to the one that you love Insyirah..satu perkara kena ingat..syaitan salu
nak robohkan masjid yang kita bina tanpa putus asa melalui sangkaan hati kita..=)..
yakin dengan Allah, percaya pada orang yang kita sayang..InsyaAllah..
everything will be ok..tanpa yakin kepada Dia, dan percaya kepada dia..
bimbang cinta itu bukan kerana-Nya..
walau dalam hubungan 
yang halal.."

wait..(posting nih bukan untuk cintan2 punye jiwang okeh..)

speak of  'cinta'..pendapat peribadi..konsepnya tetap sama..
cinta lain jantina ke
even sayang dalam ukhwah
rite?

maksudnya..

konsepnya still sama..

cinta yang sederhana, yang di alam sedar

yang masih ingat akan Dia pemberi cinta

insyaAllah

kita akan jadi orang yang sedar diri

memohon ampun kepada-Nya bila sudah terlebih had

sentiasa muhasabah

sedar dia bukan kita punya

dan tidak menggunakan alasan

"tapi rasa ni dah ada dalam hati aku..aku xdapat nak tolak"

=.='

juz bayangkan

kalau cinta sederhana tu gagal dipraktikkan dalam 
rumah tangga??

hubungan halal beroleh pahala
tapi
andai terlebih mencintai dari cinta kepada-Nya?
jawapan ada pada hatimu..

konklusi: Yakin dengan Allah, percaya pada dia!

(siapa dia?..sape2 je lah..sahabat ke..suami ke..
terpulang situasi anda ok..janji yang halal2 sahaja!^^)

insyaAllah..salu valid!

when love for the sake of Allah, it doesn't die ^^

=kembara mencari cinta..cinta Ilahi..di dalam hati..^^=

Wednesday, September 12, 2012

..dan bila esok..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina wasohbihi wasallam..

"insyaAllah..aku berdoa dan menanti suatu masa..saat aku bertemu

denganmu..moga tiada lagi rasa 'kebiasaan' itu denganmu..

dan saat itu..telah aku mengerti tujuan sebenar aku di uji sebegini.."

=)

'tiada lagi rasa kebiasaan'

itu..

bukan aku tidak menyayangi dan melupakan

insyaAllah tidak sama sekali

tapi

sayangku padamu adalah 

sebuah sebuah sayang yang sederhana

seperti mereka juga..

insyaAllah

sedangku rasakan sekarang

dengan redha 'kebiasaan' itu pergi

bermakna..insyaAllah..

aku semakin mengerti hikmah aku di uji

matlamatku..

kamu,

terima kasih untuk kenangan kita semalam

insyaAllah ianya sentiasa tersemat

dalam senyumanku

~dan bila esok, saat aku bertemu dengannya, aku redha dan sederhana
dengan ukhwah ini, insyaAllah..aku telah bertemu tujuan aku di uji"

Terima Kasih Tuhan!

p/s:dan sebenarnya rasa 'kebiasaan' itu hanyalah biasa dan istimewa!


Tuesday, September 11, 2012

..refresh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

" Cinta bukan hanya sekadar kenangan tetapi penyesalan dosa
kerana telah melampaui batas"

Alhamdulillah..
Allah masih izinkan aku berkongsi sesuatu di sini.

Alhamdulillah..
segar kembali
hijau putih
menyejuk mata!

mungkin sahaja tolehan aku ke masa silam

hanya menampakkan aku bayang dosa semalam

yang telah ku lakar dalam cerita cinta ukhwah ini

***
terpenting,

mengajar hati

memandang cinta

pada erti kata sebenar

***

diri terlalu mencintai dulu,

secinta mana pun hati,

tetap hanya Dia yang akan membalas segala..

bukan dia yang dicintai

Ya!

formula cinta yang Dia ilhamkan..

bertahun mana mencintai dulu,

bukankah Dia yang tetap setia di sisimu?

p/s: kata ini mungkin biasa tapi hakikatnya kita tidak pernah
berusaha untuk memahami dan menghayati..
apatah lagi mengenal Dia..
=(

Dia memberi, aku menulis, kau membaca, kita berkongsi
moga Allah redha