Saturday, December 15, 2012

..Lagu untuk AB..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli`ala sayyidina muhammad wa `ala aalihi wasohbihi wasallam..

Ditakdirkan Allah..

terbinanya AB pada 08/10/2009

sempena sambutan hari lahir Nanat (bukan nama sebenar)

AB ada 14 orang termasuk aku..

Alhamdulillah..

AB, nah lagu untuk kamoo..

"Pertama kali kita berjumpa,

tidak kepastiannya ternyata,
diriku dipenuhi soalan,
ku tiada teman..



aku terlihat insan yang keliru,
air yang deras mencermin wajahku,
engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…



Sempena hari mulia Ini,
aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
semua yang kerap kita mengadukan,
kini jadi bahan rindu yang ku simpan…



detik masa kini kedengaran,
aku mengucap selamat jalan,
kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…

bagaikan anak yang baru dilahir,
titisan mata pun mula mengalir,
di simpang jalan kita menyebut kata terakhir..



Sempena hari mulia ini,
aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
semua yang kerap kita mengadukan,
kini jadi bahan rindu yang ku simpan…



ku hargai semua yang terjadi,
memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
semoga kita dapat  bertemu semula,
kerana aku yakin engkau akan sentiasa
di hatiku…..''

Maaf, ini gambar yang sempat di ambil tika dulu,
jadi susunannya pun berkisar dgn kisah dulu..

Kadang2..to be honest, nak je cakap, byk post dalam blog ni..

untuk AB..sebab kte xtau nak sampaikan macam mana kepada setiap

13 orang kamoo apa yg benar2 ingin disampaikan..

lagipun, blog ni xfemes pon..xde org baca sgt..blog org kampung je..

but i'm happy with it..^^

terpulang bagaimana AB nak terima isi kandungan blog NP ni,

kite tawakkal kat Allah..
(walau takut, betol ke aku dah cukup tawakkal kat Allah atas ukhwah ni..)

~atas apa yang dah berlaku, hati kita semua dah banyak terluka,

tapi sejauh mana kita semua mencari solusinya..~

untuk semua yang dah dan sedang berlaku, aku masih ingin bertahan..

T_T

dan aku tahu..kamoo semua pon begitu.

AB, inginku katakan di sini..

dari dulu, kita saling menyayangi..
saling mempertahan antara satu sama lain..
andai kita ingin mempertahan dan terus mempertahankan sesuatu..
kita tetap AB selamanya,
mempertahankanlah seperti kita adalah sebahagian dari kita,
kerana orang yang AB sayang, akan selalu menjadi sebahagian AB..
(entah korang faham ke tidak.hmm)

Aku,
minta maaf..pada insan kesayangan semua AB..
maaf untuk semua..
maaf pada yang lebih banyak melukakan dari membahagiakan..
untuk AB juga..
(speechless nok oyak banyok2 pom..)

aku mungkin bukan aku yg dulu,
aku adalah aku yg sekarang,
Alhamdulillah..
tapi AB,
aku tetap AB mu..
yg dulu, kini, insyaAllah semoga hingga sana..

#bercakap banyak tentang soal hati dan ukhwah,
 rupanya dah terlupa Allah lah menyatukan hati2 kami..

T_T

Wallahu`alam..