Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

..mohon dengan sangat..

Bismillah..

Ya Allah
Aku ini insan yang kalah..
Balutlah hatiku yang terbelah..
Juga terpisah-pisah..

Ya Allah
Hanya pada Mu aku meminta..
Dan hanya pada Mu ku memohon..
Mohon dengan sangat..

Ya Tuhanku..
Apa lagi yang salah dariku..
(tunjukkanlah salahku Ya Allah)
Bersujudku mohon kepada Mu..
Ampuni dosaku..

Ya Tuhanku..
Hanya engkau yang dapat mengerti..
Kesepian yang merobek diri..
Ku tak tahan lagi..

Ya Allah..
Jangan biarkan aku terpisah..
Terjerat dalam pusara rindu..
Rahasia kasih Mu..

Ya Allah..
Kepada Mu aku menyeru..
Ku mohon jangan pisahkan aku..
Mohon dengan sangat..

atau sebenarnya aku lah yang selalu menjauhkan diri dari-Nya..
seolah2 aku tidak mencintai-Nya..T_T
''berfikirlah bila waktu yang awak rasa Allah jaga sangat awak,
insyaAllah, kalau awak berfikir, awak akan tahu..kita tak kan sedar
Allah jaga kita kalau kita tak berfikir..penjagaan Dia melebihi dari 
penjagaan seorang ayah.."
-Good Things-

Wallahu`alam..

Saturday, December 15, 2012

..Lagu untuk AB..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli`ala sayyidina muhammad wa `ala aalihi wasohbihi wasallam..

Ditakdirkan Allah..

terbinanya AB pada 08/10/2009

sempena sambutan hari lahir Nanat (bukan nama sebenar)

AB ada 14 orang termasuk aku..

Alhamdulillah..

AB, nah lagu untuk kamoo..

"Pertama kali kita berjumpa,

tidak kepastiannya ternyata,
diriku dipenuhi soalan,
ku tiada teman..



aku terlihat insan yang keliru,
air yang deras mencermin wajahku,
engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…



Sempena hari mulia Ini,
aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
semua yang kerap kita mengadukan,
kini jadi bahan rindu yang ku simpan…



detik masa kini kedengaran,
aku mengucap selamat jalan,
kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…

bagaikan anak yang baru dilahir,
titisan mata pun mula mengalir,
di simpang jalan kita menyebut kata terakhir..



Sempena hari mulia ini,
aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
semua yang kerap kita mengadukan,
kini jadi bahan rindu yang ku simpan…



ku hargai semua yang terjadi,
memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
semoga kita dapat  bertemu semula,
kerana aku yakin engkau akan sentiasa
di hatiku…..''

Maaf, ini gambar yang sempat di ambil tika dulu,
jadi susunannya pun berkisar dgn kisah dulu..

Kadang2..to be honest, nak je cakap, byk post dalam blog ni..

untuk AB..sebab kte xtau nak sampaikan macam mana kepada setiap

13 orang kamoo apa yg benar2 ingin disampaikan..

lagipun, blog ni xfemes pon..xde org baca sgt..blog org kampung je..

but i'm happy with it..^^

terpulang bagaimana AB nak terima isi kandungan blog NP ni,

kite tawakkal kat Allah..
(walau takut, betol ke aku dah cukup tawakkal kat Allah atas ukhwah ni..)

~atas apa yang dah berlaku, hati kita semua dah banyak terluka,

tapi sejauh mana kita semua mencari solusinya..~

untuk semua yang dah dan sedang berlaku, aku masih ingin bertahan..

T_T

dan aku tahu..kamoo semua pon begitu.

AB, inginku katakan di sini..

dari dulu, kita saling menyayangi..
saling mempertahan antara satu sama lain..
andai kita ingin mempertahan dan terus mempertahankan sesuatu..
kita tetap AB selamanya,
mempertahankanlah seperti kita adalah sebahagian dari kita,
kerana orang yang AB sayang, akan selalu menjadi sebahagian AB..
(entah korang faham ke tidak.hmm)

Aku,
minta maaf..pada insan kesayangan semua AB..
maaf untuk semua..
maaf pada yang lebih banyak melukakan dari membahagiakan..
untuk AB juga..
(speechless nok oyak banyok2 pom..)

aku mungkin bukan aku yg dulu,
aku adalah aku yg sekarang,
Alhamdulillah..
tapi AB,
aku tetap AB mu..
yg dulu, kini, insyaAllah semoga hingga sana..

#bercakap banyak tentang soal hati dan ukhwah,
 rupanya dah terlupa Allah lah menyatukan hati2 kami..

T_T

Wallahu`alam..

Monday, November 26, 2012

..epilog ukhwah A & B..

Bismillahirrahmanirrahim..Allahummasolli'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

#episod ukhwah

dalam berukhwah yang sudah di declare utk diperjuangkan, Allah menguji kita..

kita sama2 terluka tanpa masing2 tahu..



A, kau sangat terluka dgn apa yg berlaku,
tapi boleh jadi si B pun sangat terluka denganmu..



B, kau sangat terluka dgn apa yang berlaku,
tapi boleh jadi si A pun sangat terluka denganmu..

sama melukai dan terluka..

kata inginkan ukhwah fillah? Allah sedang menguji..

A menjauhkan diri kerana kecil hati dengan apa yang berlaku..seolah dia dilupakan..hatinya sedih..B menjarakkan diri kerana tidak mahu menggangu A, hormat pilihan dan cara A..hatinya sedih..
seolah tidak mampu menggapai tangan A..

rupa2nya A dan B saling penting dalam hati masing2..tapi masing2 terluka dgn cara masing2..

Allah..alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..Kau masih sayangkan ukhwah ini..sebab itu Kau uji A dan B..

lalu apakah penyelesaiannya?

A dan B, andai sayangkan ukhwah ini, sila buang jauh2 ego anda..=')

tak penting sape yg terlebih dahulu terluka or siapa dahulu yang datang menegur..

kita pernah tegar laungkan memperjuangkan ukhwah ini..

setelah sekian lama, baru kita di uji begini, bergembiralah kerana Allah 
masih sayangkan kita dan ukhwah ini..

Dia ingin kita kembali kepadaNya..

A dan B, rupa2nya anda terluka kerana menyayangi antara satu sama lain..

relevankah trade mark ''jom jaga hati masing2?''

secara peribadi, saya masih rasa ''jom jaga hati orang sekeliling'' 
yang lebih relevan..

inginkan redha Allah, pasti hati sendiri mesti dibelakangkan..bahagiakan orang lain pasti Allah redha..

~aku hanya murid di sekolah kehidupan, dan aku sedar kita sedang belajar silibus 'ukhwah fillah'..bukan ukhwah fi jahiliyyah..~

buat renungan diriku dan semua..

p/s: hargai mereka yang menyayangi kita, tp yang kelihatan tidak, 
belum tentu lagi tidak menyayangi..hargai dan syukuri smua..
=')-posting on facebook-
kat bawah ni nk tambah sikit,

tapi nak tak nak, Allah jua lah yang Maha Mengetahui 

apa yang ada dalam hati A dan B..

terluka mereka hanya ada Allah untuk mengadu..

Allah sayang A, Allah sayang B

jadi Allah uji..

jadi bukankah kita mesti berusaha untuk jadi sahabat yang Dia redha?
terluka macam mana pun, jgn lah lepaskan ukhwah ini,
demi Dia..

=')

tak dapat tidak,

A mesti tahu yang B dah sangat banyak berkorban untuk A

tak dapat tidak,


B mesti lagi tahu A juga dah sangat banyak berkorban untuk menjaga B

jadi pasti ada hikmah ukhwah ini diuji..

mungkin juga hati A sudah letih dan banyak terluka

mungkin juga hati B telah lama pasrah dan kian pasrah

Allah..

Kau peliharalah ukhwah ini Ya Allah..

sesungguhnya Kau lah Yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya terjadi..

di pandangan Mu pasti yang baik2 belaka..

Allahuma aamiinn..

=')

subhanallah..=')

wallahu`alam..

Wednesday, October 24, 2012

..berfikir sejenak..

Bismillah

bukan mudah sebenarnya.
belajar untuk mesra dengan orang setelah sekian lama memilih untuk meminggirkan diri.
dan bukan mudah juga sebenarnya,
belajar untuk rapat dan peduli dengan orang,
setelah lama memilih untuk menyendiri dan tak mahu peduli.
susahkan?
belajar untuk percaya pada orang,
setelah pernah dikhinati.
belajar untuk rapat dengan orang setelah ditinggal sendiri,
belajar untuk hargai orang,
setelah pernah disia-siakan.
ya.
memang susah.
dan kadang-kadang,
menyepi dan menjauhi, dilakukan bukan kerana membenci,
tapi cuma melindungi diri.

ambil kata2 ni dari moga dapat jadi sahabatnya..keke

entah, mungkin banyak kata2 dari tumblr saudari ini buat aku ingin berfikir banyak dan 'bercerita' lagi..

yang mana berkaitan la tapi.. 'tapi cuma melindungi diri'..yeaaahhh..heavy task  4 me!

alhamdulillah..terima kasih wak.. eh... jazakillahukhairan kathira..



wallahu'alam

Saturday, September 15, 2012

..teringat-terubat..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasollia'ala sayyidina muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..

"Yakin dengan Allah..percaya dengan dia yang kita sayang.."

teringat
lalu
terubat

Alhamdulillah

Allah jualah yang mendatangkan ingatan ini

membelek2 diari hidup dari hari tu

yep!

review..

what for?

come on dear..

cari hikmah =)

Alhamdulillah

dalam kita menasihati

kerana tidak mahu salah yang sama berulang kpd sesiapa sahaja

~memberi komen di satu blog novel tentang 'cinta' tadi..~

"be trust to the one that you love Insyirah..satu perkara kena ingat..syaitan salu
nak robohkan masjid yang kita bina tanpa putus asa melalui sangkaan hati kita..=)..
yakin dengan Allah, percaya pada orang yang kita sayang..InsyaAllah..
everything will be ok..tanpa yakin kepada Dia, dan percaya kepada dia..
bimbang cinta itu bukan kerana-Nya..
walau dalam hubungan 
yang halal.."

wait..(posting nih bukan untuk cintan2 punye jiwang okeh..)

speak of  'cinta'..pendapat peribadi..konsepnya tetap sama..
cinta lain jantina ke
even sayang dalam ukhwah
rite?

maksudnya..

konsepnya still sama..

cinta yang sederhana, yang di alam sedar

yang masih ingat akan Dia pemberi cinta

insyaAllah

kita akan jadi orang yang sedar diri

memohon ampun kepada-Nya bila sudah terlebih had

sentiasa muhasabah

sedar dia bukan kita punya

dan tidak menggunakan alasan

"tapi rasa ni dah ada dalam hati aku..aku xdapat nak tolak"

=.='

juz bayangkan

kalau cinta sederhana tu gagal dipraktikkan dalam 
rumah tangga??

hubungan halal beroleh pahala
tapi
andai terlebih mencintai dari cinta kepada-Nya?
jawapan ada pada hatimu..

konklusi: Yakin dengan Allah, percaya pada dia!

(siapa dia?..sape2 je lah..sahabat ke..suami ke..
terpulang situasi anda ok..janji yang halal2 sahaja!^^)

insyaAllah..salu valid!

when love for the sake of Allah, it doesn't die ^^

=kembara mencari cinta..cinta Ilahi..di dalam hati..^^=

Wednesday, September 12, 2012

..dan bila esok..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina wasohbihi wasallam..

"insyaAllah..aku berdoa dan menanti suatu masa..saat aku bertemu

denganmu..moga tiada lagi rasa 'kebiasaan' itu denganmu..

dan saat itu..telah aku mengerti tujuan sebenar aku di uji sebegini.."

=)

'tiada lagi rasa kebiasaan'

itu..

bukan aku tidak menyayangi dan melupakan

insyaAllah tidak sama sekali

tapi

sayangku padamu adalah 

sebuah sebuah sayang yang sederhana

seperti mereka juga..

insyaAllah

sedangku rasakan sekarang

dengan redha 'kebiasaan' itu pergi

bermakna..insyaAllah..

aku semakin mengerti hikmah aku di uji

matlamatku..

kamu,

terima kasih untuk kenangan kita semalam

insyaAllah ianya sentiasa tersemat

dalam senyumanku

~dan bila esok, saat aku bertemu dengannya, aku redha dan sederhana
dengan ukhwah ini, insyaAllah..aku telah bertemu tujuan aku di uji"

Terima Kasih Tuhan!

p/s:dan sebenarnya rasa 'kebiasaan' itu hanyalah biasa dan istimewa!


Tuesday, September 11, 2012

..refresh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

" Cinta bukan hanya sekadar kenangan tetapi penyesalan dosa
kerana telah melampaui batas"

Alhamdulillah..
Allah masih izinkan aku berkongsi sesuatu di sini.

Alhamdulillah..
segar kembali
hijau putih
menyejuk mata!

mungkin sahaja tolehan aku ke masa silam

hanya menampakkan aku bayang dosa semalam

yang telah ku lakar dalam cerita cinta ukhwah ini

***
terpenting,

mengajar hati

memandang cinta

pada erti kata sebenar

***

diri terlalu mencintai dulu,

secinta mana pun hati,

tetap hanya Dia yang akan membalas segala..

bukan dia yang dicintai

Ya!

formula cinta yang Dia ilhamkan..

bertahun mana mencintai dulu,

bukankah Dia yang tetap setia di sisimu?

p/s: kata ini mungkin biasa tapi hakikatnya kita tidak pernah
berusaha untuk memahami dan menghayati..
apatah lagi mengenal Dia..
=(

Dia memberi, aku menulis, kau membaca, kita berkongsi
moga Allah redha


Tuesday, August 14, 2012

..'aulawiyat cinta??..

Bismilallhirrahmanirrahim..
Allahummasolli'alasayyidinamuhammadin wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

..setiap yang datang adalah ujian dari-Nya..

entah..
rasa nak post tentang ni..
mungkin sebab masih terkesima dengan apa yang terjadi..
insyaAllah..tiap bicara yang hadir..
ianya adalah ilham dan jawapan dari-Nya..
sesuai dengan doa yang pernah kita pohonkan..
mohon yang terbaik dari-Nya..
dan redha andai bukan dia yang terbaik..

''Pada satu saat kebuntuan..kembalilah kepada Allah..
serahkan segala kepada Dia pembuat keputusan.."

..jadi..
.manusia itu perlu tahu cinta siapa yang mesti di aulakan..
pastinya Cinta Allah dan Rasul..

pada persimpangan ujian cinta manusia..

INGATLAH WAHAI DIRI..
taubatmu belum mencukupi..

kembali lah kepada Dia..
mohon ampunanNya..
mohon cinta-Nya..

entah..rasa itu hanya Allah yang tahu..

bila cinta manusia yang terlebih dahulu difikir..
rasa itu datang..
seolah dan sememangnya masih ada
'unfinished business'..

apa tu?

Cinta Allah dan Rasul..

::pada aliran cinta Umar Abdul Aziz..
tak kalah cinta itu menurut nafsu..
tapi menangnya hanya kerana-Mu!::

::pada aliran cinta Rabi'atul Adawiyah..
cinta dunia sudah lama terenggut dari jiwa..
kerana cinta Tuhan telah lama bertakhta..::


..maka bertaubatlah..

dan terus bertaubat..

..Wallahu'alam..

Monday, July 30, 2012

..memories..

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas baginda Nabi S.A.W serta ahli dan para sahabat

"Memories are meant to be missed kan?"-kata2 seseorg-

..emm..

Tapi bila kembali menoleh ke belakang..
macam terlalu banyak memories yang menyakitkan..
sehingga kadang2 terasa sangat fobia utk mengingatinya kembali..
mengingatinya..
apatah lagi kembali ke tapak ianya pernah berlaku..
atau bertemu dgn sesiapa sahaja yang pernah terlibat..
haha..
kejam plak..
durhhhh..
^^

dush3..

Astaghfirullahal'azim..

bukan ini tujuannya..
menulis utk berkongsi kebaikan bukan??^^

"Bukankah masa lalu yang terjadi hanya berlaku dgn izin Allah??

Ya!

~Jadi ambil lah ia sebagai hadiah dari Tuhanmu~

..hadiah yang sangat berharga..

redha atas semua kehendakNya..

insyaAllah aku, kau, dia dan mereka akan kembali

berani menghadapinya utk ke berapa kali pun..=')

::Buat pembaca, saya hadiahkan lagu ini::

Segalanya Milik-Mu
by Mestica

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semua yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyebut namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan



Alhamdulillah..
lagu ni bermakna dalam hidupku..
dengar lagu ni..
teringat kenangan first time masuk UMT..
especially kt Pulau Bedong..
kenangan dgn ex-roomate masa first year..
ain,zira n nad..T_T
(salu dengar lagu ni dgn dorg..
1 bilik kemaruk lagu ni time tu..^^)
kenangan first time bertemu dia..
kenangan susah senang selama ukhwah itu..

dengar lagu ni..
Alhamdulillah..dapat rasa..
telah terselit redha di relung hati atas semua yang berlaku..

Alhamdulillah akhirnya..selepas 3 tahun..
baru dapat hadam lagu neh..
=.="
jadi, nak hadiah buat semua..hehehe..



..Wallahu'alam..

Tuesday, July 10, 2012

..kemaafan yang tertangguh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasoli'alamuhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..

ada masanya ketika ribut cabaran
melanda menerjah diri
pada sekeping hati, teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti

ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani

terusik persaudaraan
tergurislah perasaan

walau itu bukan maksud dan tujuan
sampai masanya Ramadhan akan bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula

terciptalah kemaafan, terukir keampunan
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hati

pada nur Sya'ban yang terus membara
sinar kemeriahan Ramadhan pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan

yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada fitrah
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada Allah
berkah di bawah rahmat-Nya


maafkan saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga ukhuwwah terjalin selamanya

Song : edited Kemaafan di Alidilfitri

..semoga kemaafan yang tertangguh tanpa sedar berakhir jua..

#subhanallah..subhanallah...subhanallah..entah kenapa hati rasa sayu  dengar lagu ni..
  ..bagai mengubat sesuatu yang terbuku di hati..
  InsyaAllah..bakal meninggalkan tanah ini..mungkin tak kembali lagi..
  kembali merawat hati di tempat asal..membaiki charge2 positive yang telah 
  rosak dengan teruknya..akibat kelalaian diri..kesalahan diri..kekhilafan diri..T_T..

#InsyaAllah..kita pasti akan berjumpa lagi..kita..tak pernah terpisah..
  ''Saya tak kan pernah tinggalkan awak, sebab kita masing2 di hati masing2..lillah!"

~Semoga kita bertemu dengan hati yang baru..~

Sunday, July 1, 2012

..Cinta Umar Abdul Aziz..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wa sallam..


"Ya Allah..alirkanlah cinta Umar Abdul Aziz dalam aliran cintaku kepada manusia..
tidak kalah cinta itu pada nafsu..tapi menangnya kerana-Mu!"

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada cinta hatinya yang dinikahkan dengan pemuda lain:

"Cinta itu masih tetap ada..bahkan kini rasanya lebih mendalam.."

..cintanya Umar Abdul Aziz, tidak memiliki..tetapi cintanya dia memberi..
Allah..demi namaMu yang Maha Mulia..
luarbiasa benar cinta yang Kau alirkan ini..
aku pun ingin begitu..
moga aliran cinta ini membawa aku sampai kepada cintaMu dan KekasihMu..
benar!..sampaikan aku Ya Allah..T_T..


#posting kali ini..aku hadiahkan kepada setiap hati yang 
membaca dan turut merasa cintaNya..=')#

~aneh bukan..tegarnya hati mencintai..tegarnya cinta tidak menurut nafsu..
saat hati bimbang..benar2kah cinta ini keranaNya??
berilah jawapan pasti pada hati..

"Saat aku tidak mahu lagi mengikut bisikan syaitan..
cinta mendalam ini moga Allah gantikan dengan yang lebih baik..
moga sampai aku kepada cintaNya dan Rasul..matlamatku!"

..bercakap-cakaplah denganNya saat cinta memuncak dan merudum..
Allah Maha Mendengar..

Wallahu'alam..

Saturday, April 7, 2012

..at last..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

Alhamdulillah..Allah masih beriku nyawa utk bernafas..

sejak hari itu..hingga ke hari ini..rupa2nya sudah dua minggu aku
menjauh..(rasa macam lama..tp alhamdulillah baru dua minggu..hehe)

saat ini, bila aku fikir2 balik..apa lah punca ku jadi begini..atau jadi sebegini rupa..
aku diam berfikir sejenak..
masih buntu mungkin..sudah lupa barangkali..kenapakah semua ini terjadi..
tapi aku masih yakin ada sebabnya..

Alhamdulillah..dua minggu juga rupanya aku melalui hidup dalam suasana menjauh..
subhanallah..tak mudah juga rupanya ye..huhu..

Tapi..alhamdulillah..dan alhamdulillah lagi dan lagi..banyak rupanya yg Allah ajar
dalam masa dua minggu ni..
alhamdulillah..untuk satu ukhwah yg terpaut erat insyaAllah dengan si dia yang
mungkin tak pernah terlintas di hati..^^..siap dapat khidmat nasihat free lagi..hehe..
Belajar mengenai sahabat vs 'family'..sungguh aku tidak terfikir..
bersahabat dengan seseorg..dan meletakkannya sebagai 'my own flesh blood'
masih terkesan di hatiku utk merungkai maksud itu yang sebenar..

Ujian dengan si dia yg di sana pada malam tersebut ketika membeli belah di Mydin..
ditakdirkan Allah tersadai di situ sampai dini hari..hanya utk mengajar aku..
apa itu ukhwah..apa itu cintakan dunia..yang paling terkesan..
bagaimana sifat seorang sahabat yang baik..(subhanallah..masih tak tercapai..=.=..)

Ujian dengan dia yang seorang..masih dan masih juga rupanya..tapi..alhamdulillah
aku belajar something tentang ukhwah kami..mg ku tetap kuat utk selamatkan
ukhwah ini..

selama bersendirian dan menjauh..Allah ajar aku..Dia bisikkan kepadaku..
sejauh mana aku mengertikan 'HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL'..
masyaAllah..kuatkan aku Ya Allah..aku hanya cukup dengan-Mu sebenarnya..
tapi aku manusia hina..masih lemah utk meletakkanya benar2 pada hati..T_T..

Pada kegusaran hati bagaimana ingin kembali kepada-Nya, ku temui kunci
syurga,neraka,langit dan bumi sebagai penenang..iaitu..
kalimah 'LA ILAAHA ILLALLAH'..
marilah kita selalu menyebutnya..insyaAllah..moga hati kuat utk menundukkan nafsu..

Untuk kesekian kalinya..
mengapa dua minggu??
ada apa dengan dua minggu yg ku bicarakan sebentar tadi..

Ya..dua minggu untuk sebab entry ini di post..
dua minggu yang aku sengaja menjauh dari dia..
walau ku masih tak pasti betul atau salah tindakanku..
tapi aku harap dua minggu ini banyak mengajar sesuatu..
lagi2 kembali kepada-Nya..
kerana itulah tujuannya bukan?
untuk tidak kembali mengulang kisah lama..
untuk tidak hanyut pada rasa sayang dan rindu semata..
untuk merasa rasa sakit..
Ya..kerana aku juga merasakannya..
tapi mungkin bukan pada sebab sakit yang sama..
yang penting..aku dan dia..ada belajar sesuatu..
sesuatu yang sangat berharga..
InsyaAllah..

#Tapi..aku juga ingin memohon maaf padamu..insan bernama sahabat..
(my starfish years ago..)..andai ruang ini mungkin ada hati yang terluka kerna
tingkahku..Ya..aku hanya boleh meneka..tapi hanya Allah Yang Maha Tahu..
moga kau tetap kuat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..amin..

Buat dia yang mengajarku sahabat vs 'family'..masih inginku mengertikan maksudmu..
apa sebenar yang kau rasa tentang ini..pada pengalaman yang mungkin lebih kurang..
aku cuba untuk mengerti pemikiranmu..untukku kongsi rasa yang baik itu..
alhamdulillah..terima kasih..
kau tau..Alhamdulillah..sejenak ku terfikir tentang ini..Allah hadirkan rasa itu kembali..
kata2 yang pernah ku ungkap dulu tapi gagal melaksanakannya..
''ukhwah itu untuk dikongsi,bukan untuk dimiliki.."
seingat aku..selepas kata2 itu ku ungkap..masyaAllah..bertalu ujian berkaitannya
ku dpt..Alhamdulillah..sahabat..terima kasih..

kalau ku ingat setiap hari dalam dua minggu ni..banyak yg ku ingin kongsi di sini..
tapi..biarlah sekadar ini dahulu..insyaAllah lain masa akan ku sambung..

Buat awak peneman ukhwah kita di bumi Khusus..insyaAllah masih saya ingat
saat ukhwah mengutuh tanpa sedar..pada bukit yang kita redah bersama selepas
subuh..pada jalan ke C5 yang mengundang tawa..dan insyaAllah..masih awak ingat
bukan, pada tangki air yang pernah kita tawan?..Alhamdulillah..semuanya kembali
segar dalam ingatan saya dalam dua minggu ini juga..

akhir kalam..berjalan2 di blog sahabat blogger akh akhyar..ku pinjam kata2 ini..

"The reason people find it so hard to be happy is that they always see the past better
than it was and the present better then it is."
~mode..subahanallah..makan dalam bai..hehe..~

..boleh kita mula balik?wahai hati?..^^

Saturday, March 31, 2012

..finding nemo..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

Lama xupdate..huhu..

 Lately..mungkin banyak yang telah terjadi dan berubah..terlalu banyak utk episod

hidupku..

Alhamdulillah..lately, hobi lama datang balik..meluahkan rasa dengan melukis..

Seingatku sudah lama agaknya ku tinggalkan hobi ni..hampir 3 tahun kalau tak silap..

Alhamdulillah..tanda kebesaran Allah..Dia kurniakan ilham kepada hamba2-Nya..

Moga tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur..Allahumma amin..

memang sengaja ambil masa yang lama utk tak mengupate post..

gembira melukis agaknya..

tak semua boleh di post di blog beginikan..di sini bukan diari..

tapi tempat perkongsian, tempat luahan tanpa suara kepada mereka yang tak tercapai

daya utk meluah di depan..

InsyaAllah..di sinilah..moga ada yang dapat dikongsi hari ini..

jadi melukis itu bukan pada luahan yang boleh ketahui umum..

biar dengan Dia dan diri sendiri..

Izin-Nya..adalah yang dapat dikongsi dengan sesetengah mereka..

Lately, aku merasa lain..aku merasa agak 'free'..alhamdulillah pada perkara yang baik..

terfikir..apakah yang sebenarnya terjadi..aku juga mencari punca..

tapi..yang pasti..aku sedang mencari..ya..sesuatu mungkin..seseorang mungkin..

sese ape2 yang berkaitan..yang pasti ianya satu..

atau satu punca yang memberi jawapan kepada semua..

entah..nafas yang terhela..ku masih temui jawpan buntu..

Pada malam itu, Allah ilhamkan sesuatu..aku melukis..lagi..

jadi di sini ku kongsi dengan kalian apa yang terilham..subhanallah..

"Entah mengapa..hati makin menolak merindu..
hati cuba bersederhana dalam menyayangi..
bukan takut untuk terluka lagi..
bukan juga untuk terlalu banyak kecewa..
Tapi hati masih tercari-cari..
apa sebenarnya yang ku cari selama ini??
Apabila tiada insan disisi, hati terasa kosong..
di situ..
Apakah telah memaknai sebenar-benarnya..

"wa kafa billahi wakiilaa"?? (dan cukuplah Allah sebagai penjaga)

..aku menjauh..bukan untuk terpisah..
..aku menjauh agar bisa ku tahu apa yang sebenarnya harus ku temu..
 ~lukisan rasa, bicara hati, Ilham dari-Nya..~

aku masih mencari..mencari diri mungkin..dan paling ku harap..
aku ingin mencari Dia dalam diri..
terlalu banyak teguran-Nya..
tak tercari hikmah dalam semak dosa hati ini..
Allah..

mungkin dulu..aku pernah kata, mahu buka buku semalam..mungkin juga semua ini
terjadi selepas ku buka buku semalam..mungkin jelek bagi mereka..tapi perlu bagiku..
di situ aku mula ingin menjauh sebentar..walau tak pasti berapa lama sebentarku itu..
aku..masih belajar..maaf..

Lately juga, rasa itu hadir kembali..kurniaan Allah padaku..
biar dia jauh..aku tahu dan ingin yakin..hati kami masih bertaut..
rindu harum aroma ukhwah di bumi Khusus dengannya..
Ahh..sekali lagi..biar jelek bagi mereka..
aku tak mahu lari lagi dari rasa ini..

Pada rindu yang hadir..mungkin dia jauh di sana tak mengetahui..
pada sangkaan rindu di sini, maaf..mungkin aku tiada di dalamnya..
maaf, aku terpaksa mengatakan..insyaAllah sampai masa akanku bicarakan..
baruku tahu berbezanya 'ingat' dan 'rindu'..
insyaAllah..kau ku ingat..selalu di ingatan..

aku hanya manusia..maaf andai terluka dan sakit keranaku..
mungkin aku ujian yang Allah hantar untukmu..
kuatlah berusaha..
kerna ku tahu kau kuat kerana Dia..

mode sekarang suka dengar 'bunga2 cinta n dalam mihrab cinta' ost filem
dalam mihrab cinta..^^..

#maaf, aku sudah penat menaiki dan menuruni tangga..izinkan aku mencari 'my bridge'
in friendship..aku sedang mengerti semua rasa..ku tahu..ada yang betul..
ada yang perlu diperbetul..aku doa..kau dapat keluar darinya..

Wallahu'alam..

~andai sahaja kau tahu mengapa aku menjauh, jangan kau sakit terlalu lama..~

..aku menulis..ilham dari Allah..moga Allah memandu penulisanku..
masih sangat banyak yang perlu diperbetul..pada rasa yang salah,
moga Allah tunjuki kita jalan-Nya yang Dia redha..
amin..

*It's just just a different view of my sight about friendship or else right now..
so no worries, Allah knows everything..^^*

..aku sedang belajar untuk ini..

..aku..rindu seorang rafiq..dia yang tercipta untuk ku..mungkinkah dia??..wallahu'alam..

..'aku'..moga kau terus kuat..

~Wallahu'alam..~

Monday, March 12, 2012

..aku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli 'ala sayyidina muhammad wa'ala aalihi wa sohbihi wasallam..

Aku..
Bila berjauhan ku ingat..bila ku ingat ku rindu..
tapi, bila berdepan ku kaku..kaku yang membuat ku kelu..
aku tau aku sedang diuji..
moga aku kuat kembali mencari Yang Maha Satu..
Seperti pernah ku katakan dulu..
akanku diamkan semua rasa..demi kebahagiaan semua..
moga hanya kerana Allah..
walau hingga ke saat berpisah..
akanku diamkan segala..
hingga Takdir-Nya berbicara..

Aku..
perlu kembali membuka buku semalam..
perlu kembali menelaah bab-bab yang belum ku hadam..
supaya aku tidak kembali mengulanginya..
perlu juga ku tahu..
ku tak punya masa yang banyak..
untuk bersiap-siap untuk berjumpa dengan-Nya..

Aku..
maafkan aku atas semua luka..
luka yang diluah pada malam-malam yang telah ditakdirkan-Nya..
luka yang ditekadkan untuk disimpan kemas di hati mereka..
subhanallah..
juga pada luka yang tanpa sedar telah sengaja ku beri..

never assume. ask. perkongsian N.A.N.I dari Contengan Jalanan, Hlovate..
tapi maafkan aku..
andai aku juga tidak kuat untuk menjawab..

kisah hidupku masih seperti air bandung cincau..
terlalu banyak cincau di dalam bandung itu..
sehingga mungkin sudah tidak ternampak merah jambunya bandung..
pada 'cincau dosa' yang terlalu banyak menutupi..

pada dia..
InsyaAllah..sehingga ke saat ini.. Allah jualah yang mengizinkan rasa itu masih di situ..
InsyaAllah..moga lebih baik rasa ini padamu..
moga kita bertemu di syurga-Nya..
walau ku takut aku tidak sampai ke sana..
na'uzubillahiminzalik..Ya Allah..ampuni kami..
sayangku padanya masih sperti dulu..
moga lebih baik dan diredhai-Nya..
tiada ganti..

pada awak..
moga sama-sama kuat menghadapi semua yang telah Allah takdirkan untuk kita..
saya pasti akan pergi..
awak kuat kerana Dia..
bukan saya..
jadi saya tak bimbang andai kebersamaan kita tak lama..
InsyaAllah..moga bertemu di sana..Allahumma amin..


pada awak seorang..
InsyaAllah saya tak lupa awak..
walau diam bahasa kita..
InsyaAllah sayang dan doa sentiasa berlagu di dalam hati..
maafkan saya untuk semua..
saya tahu awak juga telah banyak mencuba..
moga kita dapat jadi sahabat baik di syurga-Nya..
Allahumma amin..


~rindu bersama..insyaAllah..saya ingin dan akan ingat malam itu..
   ..pada ukhwah yang bertaut seperti yang saya impikan selama ini..
   ..Allah jualah yang Maha Pemurah memberi nikmat itu..
   ..pada masa itu..seolah saya tidak percaya..ianya akhirnya terjadi jua..
   ..alhamdulillah..~
..aku..

#..kembali mencari Yang Maha Satu..

Tuesday, February 21, 2012

..Inginku mensyukuri lebih dari itu..

Hatinya tersentap seketika tatkala membaca mesej dari seseorang yang sudah lama dia
rindui.

"Saya tak cemerlang. T_T. Tak balik dah. tak sambung." hatinya terdiam.
Dia terus menekan butang hijau pada handset Sony Ericsson J108i kepunyaannya itu.
Tak berjawab. Hatinya bertambah tak keruan.

"Eh, Dahlia, awak jangan main-main..angkat call akak cepat." pintanya cuba menganggap
semua itu hanya gurauan.

Seketika mesej masuk. Hampa. Dahlia melarang dia untuk menghubunginya.
Pinta Dahlia cukuplah ianya rahsia antara mereka. Tak siapa tahu.

Tiba-tiba dadanya sebak. Hatinya berdebar. Baru beberapa saat yang berlalu hatinya
sedang merindui insan itu.

"Ahh..bila la budak tu nak balik..siksa jiwa pulak tunggu..aw snap..hehe.." ngomel hatinya
sendirian sambil mengenang kembali trademark mereka berdua, berceloteh di ruang
hadapan Baitul Sakinah.

Tapi itu beberapa minit yang lalu. Kini jawapan yang diterimanya hampir sahaja
membuatnya rebah. Bukan badan tapi hati.

"Dik..jangan buat akak macam ni..angkat call akak..tolong Dahlia.." mesejnya berbaur
rayuan. Hatinya meronta meminta penjelasan.

"Tak nak..maaf.." sekali lagi hatinya direnggut.

Baru ingin merasa bahagia hadir, sekelip mata kebahagiaan itu diragut kasar dari hati
lemah itu tanpa diketuk dan diberi salam.

Azfa sudah tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Dikuatkan hatinya terus menaip mesej
meminta penjelasan dari Dahlia.

"Ya Allah..perlukah aku merasa perpisahan ini..aku belum bersedia untuk berpisah
dengannya.." rintih hatinya. Tak semena-mena air laju membasahi pipinya dan
mungkin lantai.

"Akak sentiasa dekat dengan Dahlia. dekat dengan doa. dah2. tak nak nangis.
Saya tak nak nangis dah. Letih. Kat BS pun dah banyak nangis. Em. K Jom tido.
Jangan bagitau sape-sape k. Tolong kak. ok. Assalam. Selamat malam."
mesej terakhir Dahlia pada malam itu. Azfa membacanya dengan hati yang mula akur
dengan ketentuan itu.

"Ya Allah..aku redha dengan ketentuanmu ini.." hatinya cuba melakar redha.
Sesekali terimbau semua kenangan mereka bersama. Walau hanya teman serumah,
tanpa dia sedar insan itu punya tempat istimewa dalam hatinya.

Sony ericsson J108i masih dipegang erat di tangannya. Tak semena-semena hatinya
makin sebak dengan berita beberapa saat yang baru sahaja berlalu. Entah mengapa,
hatinya sakit dan terlalu tidak bersedia untuk menerima perpisahan itu.

"Ya Allah..aku tidak bersedia lagi untuk berpisah dengannya..izinkan aku bersamanya
lagi Ya Allah.." Azfa terus memohon kepada Pemberi dugaan Yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Sakit, tapi dia terus berdoa. Dalam diam,
dia tahu dia mesti menerima keputusan Dia Yang Maha Agung, tapi apakan daya dia
hanyalah hamba lemah yang tak lepas dari sedih apabila ujian datang. Dalam tahunya
itu, Azfa tetap meluah pada Allah apa sahaja yang ada dalam hatinya tika itu kerana
dia yakin Allah Maha Mendengar dan Maha Memahami hatinya.

"Ya Allah..aku masih ingin bersamanya.." masih, Azfa masih memohon yang sama,
yakin Allah Maha Mendengar. Dia hanya mampu menanti keajaiban untuk berlaku walau
dia sendiri tidak pasti.

Tika dia 'rancak' melayan hati dan air mata yang tak dapat di tahan, Azfa sedar ada insan
duduk di sebelahnya sejak awal tadi tangisannya berbunyi. Azfa tahu dia gagal
menyembunyikan bunyi tangisnya, lantas dia hanya membiarkan segalanya terluah
dalam linangan. Sesekali dia menjeling ke lantai yang sudah agak basah.

"Kenapa ni?" sapa sahabatnya sambil air matanya diseka.

"Tak ada apa-apa.." balas azfa cuba mengukir senyum. Dia tahu itu bukan lah jawapan
yang terbaik sedangkan matanya jelas makin sembab, merah dan membasah.

Azfa terpaksa diam untuk semua soalan yang diajukan sahabatnya, dia belum kuat untuk
berbicara tentang itu tambahan pula ianya terpaksa menjadi satu rahsia yang
menyakitkan hanya kerana permintaan Dahlia.

Dalam lemah, Azfa sempat membaca semula mesej-mesej Dahlia sebentar tadi,
sesekali hatinya sebak. Dia masih menunggu insan itu.

"Saya perlukan waktu untuk redakan hati. Nanti dah clear semua, saya cerita
satu-satu ye..akak jangan nangis..nanti saya balik jgk. Ambil barang. Tunggu je k.
Please kak.." mesej Dahlia diulangnya baca berkali-kali. Dalam diam, dia masih menanti.
Dia masih mengharapkan penjelasan. Dia tidak mahu fikir yang bukan-bukan.
Sakit tapi dia ingin menunggu.

*****

"Click!". J108i berbunyi tanda ada mesej masuk. Dari siapa?. Entah. Dia membukanya
dengan bersahaja.

"Assalam. akak. Free tak sabtu ni?" hatinya sedikit tersentak dengan mesej itu.
Dahlia, dia yang menghantar mesej itu.

"Wa'alaikumussalam insyaAllah.. Dahlia nak balik?" tekanya seolah tahu tujuan adik
kesayangan bertanya.

"Aah. Boleh tak ambil saya?.. aw snap. hehe.." mesejnya terus berbalas.

"InsyaAllah nanti akak amik.." balasnya ringkas.

"Hehe..okay kak. Thank you. Ingat tak? aw snap..hehe.." sempat Dahlia bergurau
mengimbau lagi kenangan indah bersama dulu.

"Sama-sama sayang..insyaAllah akak tak pernah lupa. Akak tunggu aw snap
akak balik..hehe" hatinya pedih, tapi hanya itu yang mampu dibalas. Dia masih cuba
untuk berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku.

*****

Hari Sabtu akhirnya membuka tirai seolah memberitahu Azfa penantiannya
akan berakhir. Dia tetap sabar menunggu.

Rancangannya, Azfa sengaja tidak mahu sesiapa ikut bersama untuk pergi mengambil
Dahlia di stesen bas. Memang sengaja dirahsiakan kepulangan Dahlia dari
pengetahuan semua. Baginya, biarlah Dahlia terus muncul di muka pintu Baitul Sakinah
tanpa tahu maksud sebenar kepulangan Dahlia. Kepulangan sementara.
Dia terdiam sendiri.

"Azfa, Azfa nak keluar ye malam ni?" tanya Kak Zaidah untuk kepastian. Sesekali ianya
punya niat tersendiri.

"A'ah, nak pergi ambil kawan saya kat stesen bas. kenapa Kak Zai?" balas Azfa
bersahaja tanpa diragui.

"Emm..kalau akak nak ikut boleh? Azfa pergi dengan kereta kan? akak nak tumpang
balik rumah akak jap, nak ambil barang." terang Kak Zai. Sesaat hati Azfa kaku.
Dia mula mencari jawapan terbaik tanpa mengecewakan Kak Zaidah,
juga insan kesayangannya.

"Haa? maksudnya Kak Zai ikut saya sekali pergi stesen bas ye?"
Azfa meminta kepastian.

"Aah la, sekali lah kan ambil kawan Azfa. boleh tak?" nada suara Kak Zai agak
meruntun hati Azfa.

"Haa?..errmmmm...boleh..tak de masalah.." balas Azfa, tidak mahu menghampakan
sesiapa.

*****

Kereta kancil terus meluncur laju menuju ke destinasi yang dituju. Sesekali Kak Zaidah
sempat berleter kepada Azfa lantaran sikapnya yang suka memandu laju dan 'malas'
menekan brek. Azfa hanya menerimanya dengan ketawa kecil tapi akur dengan
kelemahan dirinya itu.

Azfa merasa jaket yang dipakainya bergegar seketika, mesej masuk. Hatinya dapat
mengagak bahawa Dahlia sudah sampai. Sesampainya di stesen bas, Azfa terus
mengambil parking yang telah disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya untuk
memudahkannya menjemput Dahlia.

Dari jauh, dia kenal benar dengan susuk tubuh itu. Dahlia. Hatinya gembira tapi
bercampur dengan perasaan lain. Tak sabar, sedih, sayu, berlagak cool, semuanya ada
dalam hati kecilnya itu.

Azfa menghulurkan tangannya isyarat untuk bersalaman dengan Dahlia, tangan
disambut tapi pelukannya ditolak.

"Akak, saya ada ulser, sakit.." terang Dahlia menolak untuk bertemu pipi apabila
bersalaman dengan insan kesayangannya itu.

Mereka gelak-gelak kecil di luar kereta sambil Azfa memasukkan beg Dahlia ke
dalam boot kereta.

Dari dalam kereta, kelihatan Kak Zaidah masih belum tahu bahawa insan yang dijemput
Azfa itu ialah Dahlia, dia bereaksi seperti baru bertemu dengan orang yang baru
dikenalinya setelah Dahlia masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang. Seketika
Kak Zaidah menoleh ke belakang dan melemparkan kembali pandangannya ke arah
Azfa di tempat duduk pemandu. Wajahnya ada riak terkejut tapi tidak ketara.

"Eh, ni Dahlia kan?" tanya Kak Zaidah meminta kepastian walau dia tahu jawapannya.

"Kak Zai, kenalkan..Dahlia. Dahlia, Kak Zai..". jawab Azfa selamba sambil senyuman
sinis terukir di bibirnya. Dalam hati dia tahu dia sudah berjaya mengenakan Kak Zaidah
kesayangannya. Itulah Azfa kalau dengan Kak Zaidah, dia sangat suka mengusik dan
menyakat Kak Zaidah. Hatinya puas tapi dia tahu, ukhwah mereka akan lebih erat
dengan begitu.

Seperti biasa, Kak Zaidah menyambung leterannya sepanjang perjalanan pulang ke
Baitul Sakinah lantaran pemanduan Azfa yang masih kurang selamat. Azfa akur,
tapi jauh di sudut hatinya, dia tidak terlalu menumpukan perhatiaannya pada Kak Zaidah
sebaliknya menahan resahnya bila memikirkan Dahlia yang senyap di tempat duduk
belakang.

Sesampai mereka di Baitul Sakinah, penghuni rumah kelihatan terkejut melihat Dahlia
yang sudah berada di pintu rumah. Mereka semua bersalaman dan berpelukan tanda
rindu yang sudah lama tersimpan rapi dalam hati masing-masing. Seketika, suasana
Baitul Sakinah agak riuh menerima insan-insan yang lama tidak bersua berikutan cuti
semester selama sebulan.

Pada malam itu, semua hati di Baitul Sakinah gembira atas pertemuan sebentar tadi tetapi
tidak bagi Azfa yang masih menyembunyikan rasa hatinya. Dia masih berlagak biasa
tatkala melihat Dahlia masih banyak diam.

Perutnya sudah mula bernyanyi. Azfa terus meluru ke dapur sambil menyakat
insan-insan terpilih sepanjang perjalanannya ke dapur. Dia tidak mahu terlalu
memikirkan hatinya yang resah. Dahlia. Nama itu masih bermain di fikirannya.

*****
Dari dalam bilik, Azfa mendengar satu suara yang dirinduinya.

"Jom makan.." jerit Dahlia pada seisi rumah. Malangnya, semua penghuni Baitul Sakinah
sudah bersenang-lenang di sudut-sudut tertentu di dalam rumah. Ada yang menonton
movie, ada yang asyik bermain 'zombie vs plant', tak kurang juga yang menidurkan diri
sambil headphone di telinga.

Dahlia memasamkan wajahnya sebagai isyarat mahu merajuk dengan seisi rumah.

"Jom makan..." sahut Azfa. Lambat. Baginya, dia mahu meluangkan masa dengan
Dahlia walau perutnya sudah agak penuh.

Di dapur, suasana agak lengang. Azfa sedikit kekok. Dia tidak tahu hendak mula
dari mana.

"Dahlia, akak keluar kejap tau..ada hal sikit. kejap lagi akak balik ye.."
Azfa memulakan bicara.

"Kalau saya cakap tak boleh?" jawapan Dahlia menduga hati Azfa.

"Kejap je..insyaAllah akak balik..jangan risau.." dia tahu Dahlia sengaja mengujinya.
 Memang selalu Dahlia memberikan jawapan seperti itu bila Azfa seolah meminta izin
ingin keluar rumah.

"Hehe..gurau je la kak..pergilah.." Dahlia berterus terang. Dia tidak mahu membuat
kakaknya itu serba salah.

"Emm..Dahlia..kita cakap-cakap esok ye.." balas Azfa jujur. Dia tahu memang itu yang
sedang bermain di fikiran mereka berdua. Masih, dia menantikan penjelasan dari Dahlia
akan apa yang telah terjadi. Dahlia memilih diam sebagai jawapan. Raut wajahnya
sedikit berubah.

*****

Pagi itu suasana di dalam Baitul Sakinah kembali riuh. Gelak dan senda tawa silih
berganti. Ada yang sudah bersemangat mahu ke kampus untuk mendaftar di fakulti
masing-masing dan mengambil slip keputusan peperiksaan semester lepas. Di bahagian
depan, kelihatan seseorang masih lagi kaku tidak bergerak. Azfa memang berniat untuk
tidak melangkah ke kampus lagi pada hari itu. Ada banyak benda yang dia perlu
selesaikan di rumah.

"Dahlia..cepat la cerita..akak tunggu ni.." pinta Azfa dalam nada sedikit manja untuk
meraih perhatian Dahlia. Azfa setia menunggu sambil tangannya melipat baju yang
telah kering dan earphone yang setia di telinga membisikkan 'lagu tema'nya sejak
beberapa hari yang lalu, lagu 'perpisahan ini' dendangan 1st Edition featuring Aizat.

"Emm..tak de pape lah kak.." jawab dahlia, seolah malas untuk menjawab soalan Azfa.

"Cerita la Dahlia..hari tu Dahlia cakap nak bagi tahu akak satu-satu..apa yang terjadi
sebenarnya?" soal Azfa. Kali ini lebih berani. Dia tekad untuk mencungkil sesuatu yang
terbuku di hati Dahlia.

Lama juga adegan ini berterusan. Dahlia masih tetap berdalih untuk menjawab soalan
Azfa yang agak bertubi-tubi. Tambahan pula, Fazliana kerap datang duduk-duduk
dengan mereka. Kejap pergi, kemudian datang balik. Azfa cuba bersabar walau agak
geram dengan keletah Fazliana, tapi Azfa tahu Fazliana tidak bersalah kerana dia tidak
tahu apa-apa. Dahlia yang memang berdalih dari menjawab soalan Azfa sejak tadi
bertambah mati ayat dengan gelagat Fazliana.

Azfa memandang kiri, kanan dan menjenguk-jenguk ke ruang tengah Baitul Sakinah
mencari kelibat Fazliana. Tiada. Hatinya lega. Dia teruskan dengan niat hatinya yang
tekad.

"Cakap la Dahlia..akak tunggu ni..." Azfa terus merayu.

"Emmm..dari mana saya nak mula ye.." balas Dahlia mula memberi jawapan positif.
Azfa mula memasang telinga. Diam, tidak mahu menyampuk, bimbang Dahlia
membatalkan niatnya untuk memberi penjelasan.

"Kak..sebenarnyakan..emmm..saya main-main je..saya nak uji akak.." mata Dahlia
terkebil-kebil memandang Azfa takut Azfa marah. Dahlia tahu dia bersalah
mempermainkan hati Azfa.

"Hah?..emmm.." Azfa terkedu. Tiada kata yang mampu dia ungkap. Dia masih berdoa
apa yang didengarinya itu benar-benar terjadi.

"Awak dapat pointer berapa?" sambung Azfa cuba berlagak biasa. Dalam hatinya,
hanya Allah yang Maha Tahu apa yang sebenarnya sedang bergolak.

"Alhamdulillah..ok je kak..tapi semester 3 ni memang susah sikit kan?" jawab Dahlia
cuba membuka topik baru.

"Akak marah ke?" sambung Dahlia masih mencari jawapan sebenar di sebalik riak
wajah Azfa yang seperti tidak berperasaan itu.

"Ha?..kenapa nak marah pulak?" dalih Azfa. Dia tidak mahu Dahlia tahu apa yang dia
rasa tika itu.

"Akak..saya minta maaf tau..saya saje je nak uji akak..mak saya tau.." Azfa tersentak
mendengar penjelasan Dahlia.

Azfa diam. Dia menfokuskan dirinya untuk melipat baju walau gerak tangannya makin
perlahan. Lagu 'perpisahan ini' terus berbisik ke telinganya. Satu persatu kisah malam itu
datang menerjah di benaknya. Azfa terus memandang baju yang dilipatnya. Tanpa sedar,
hatinya tiba-tiba sebak. Dia cuba menahan mutiara jernih jatuh dari kelopak matanya.
Kebetulan Fazliana sedang mengemas barangnya di sebelah Azfa. Dahlia hanya mampu
diam sambil membaca majalah di depannya. Mungkin sahaja dia sedang membaca
majalah itu, boleh jadi hatinya tidak di situ kerana bimbangkan Azfa akan marah.

Tersedar empangan sudah mula penuh, Azfa terus bangun meninggalkan Dahlia
berseorang di situ. Ke mana lagi dia mampu pergi kalau tidak ke Tandas Orkid. Hanya
itu satu-satunya 'bilik kosong' yang tak punya penghuni di dalamnya. Di dalam tandas,
Azfa melepaskan segala yang terbuku dihati dengan linangan air mata dan doa
kepada-Nya.

"Ya Allah..terima kasih Ya Allah..kau masih izinkan dia  disisiku..terima kasih Ya Allah.."
rintih syukur Azfa tanpa bibirnya berbicara. Hanya linangan. Hanya itu yang mampu
terluah.

Azfa masih berlagak biasa setelah keluar dari 'bilik orkid' sebentar tadi. Kelihatan ruang
depan tempat dia melipat baju tadi lengang. Dahlia tiada di situ. Pantas matanya tertumpu
pada pintu bilik dahlia yang tertutup rapat.

"Takut aku marah agaknya.." getus hati Azfa sendiri.

Azfa duduk di depan komputer riba kesayangannya. Masih cuba menenangkan hatinya
yang belum stabil sepenuhnya. Antara percaya atau tidak. Dia masih berharap ianya
benar-benar gurauan. Biarlah dia diuji oleh Dahlia, asalkan Dahlia tetap disisinya. Dia
mungkin terluka, tapi luka yang berbunga.

Dia mengenakan headphone ke telinganya, masih melayan lagu yang sama. Azfa
membuka wall facebooknya yang pernah punya coretan dan perkongsian lagu yang
ditujukan untuk Dahlia tanpa orang lain tahu.

Tiba-tiba hatinya kembali sebak. Kali ini lebih teruk, teresak-esak. Azfa segera
menutupkepalanya dengan tuala kecil, risau tangisannya disedari oleh Fazliana yang
sedang asyik membaca buku. Fazliana sampai ke ruang depan setelah beberapa saat
Azfa menghadap laptop.

"Azfa..Azfa..nangis ke?eh..kenapa ni?" tanya Fazliana bertubi-tubi setelah menyedari
Azfa tiba-tiba menangis.

"Tak de pape la Faz.." Azfa menjawab dengan jelingan sesaat ke arah Fazliana yang
kelihatan runsing. Azfa benar-benar tidak mahu menjelaskan apa-apa kepada Fazliana.
Untung dia rajin untuk menoleh ke arah Fazliana yang sibuk bertanya. Bukan apa, dia
tidak mahu Fazliana kecil hati andai dia tidak memberi sebarang respon.

Azfa masih menatap skrin laptopnya yang tertulis 'Dahlia Suriani Adam'. Dia tergerak
untuk melawat wall facebook Dahlia. Azfa sendiri tidak tahu mengapa. Hanya ingin
mengimbau sesuatu. Sedih dan sayu masih terasa. Merasa matanya yang mula sembab
kerana menangis, Azfa cuba tenangkan kembali hatinya. Hakikatnya, dia sendiri tidak
tahu apa yang sebenar bermain di hatinya.

"Eh, baju aku.." azfa bingkas bangun setelah dia teringat baju-bajunya yang belum siap
dibilas di dalam mesin basuh.

Berdebar. Bahasa hatinya ketika itu. Manakan tidak, mesin basuh sememangnya terletak
dalam bilik Dahlia. Berbanding bilik lain, bilik Dahlia dan dua lagi sahabat sememangnya
agak luas dan mempunyai tandas sendiri, Tandas Mawar. Mereka memang sengaja
menamakan tandas di dalam rumah itu supaya semua penghuni rumah lebih
bersemangat untuk menjaga kebersihan tandas.

"Masuk je la..". ngomel azfa di dalam hati. Tiba-tiba dia merasa kekok untuk berdepan
dengan Dahlia setelah tahu cerita sebenar.

Azfa terus masuk ke bilik Dahlia dengan bersahaja untuk menyiapkan urusannya pagi itu.

"Akak masih marahkan saya?" tanya Dahlia tiba-tiba.

"Eh, tak la..mana ada marah..tahniah la boleh uji orang.." jawab Azfa sambil
menguntumkan senyuman, cuba untuk meleraikan kekekokan yang masih menebal di
dalam hatinya.

"Yeay!!!..akak saya minta maaf tau.." Dahlia gembira dengan respon Azfa walau
masih tersemat rasa bersalah di hatinya tapi ingin lekas dilupakan.

Azfa terus melayan 'kerenah' baju-bajunya sambil hatinya berbisik.

"Ya Allah..alhamdulillah..terima kasih kerana pilih aku untuk merasa semua ini.."
hatinya tersenyum, dia seolah mula nampak hikmah dari yang terjadi. Walau tak banyak,
dia masih memikirkan hikmah sebenar.

"Dahlia, terima kasih untuk pengalaman ini.." Azfa menyapa Dahlia tiba-tiba yang
sedang khusyuk berfacebook. Hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Bersyukur dan
masih ingin bersyukur dengan apa yang baru sahaja dilaluinya. Hatinya berbunga.

"hanya doa yang menjadi ingatan..
hanya lagu menjadi kenangan..
seandainya masa itu kembali semula..
inginku syukuri lebih dari itu.."

Bait-bait lagu 'perpisahan ini' yang diubahsuai itu terngiang-ngiang di telinga Azfa.

"Seandainya masa itu kembali semula..inginku syukuri lebih dari itu.." Azfa mengulang
bait lagu itu, masih cuba untuk memahami sesuatu.

"Ya Allah..tiba-tiba aku rasa masa itu telah kembali semula..kuatkahku untuk
mensyukuri lebih dari itu?" Azfa berbicara dengan Kekasih Hatinya. Dia masih mentafsir
hikmah. Tanpa sedar, dia seakan merasa masa-masa yang dilalui bersama Dahlia dulu
seolah kembali semula. Hatinya terkedu bercampur bimbang. Bimbang dia gagal
mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Biarlah pengalaman itu bukan apa-apa bagi
Dahlia. Tapi ianya sangat bermakna bagi Azfa. Dia tidak mahu melupakan detik itu
dalam diari hidupnya.

Selesai membasuh baju, Azfa merehatkan diri di ruang depan, tempat biasa dia dan
Dahlia lepak. Tiba-tiba hatinya terdetik.

"Ya Allah..izinkan aku mengabadikan pengalaman ini di dalam tulisan.." pinta Azfa
dalam doa. Dia yakin Allah Maha Mendengar. Hanya redha Allah yang dia harapkan
mengiringi penulisannya.

Azfa bingkas bangun dan mencapai laptop. Tangannya mula menari-nari di atas
keyboard. Azfa tersenyum sendirian. Dia harap dapat memberi sesuatu. insyaAllah..

~Susu Coklat, 12.06 PM, 22 Februari 2012~

..syukuri,sayangi, dan hargai setiap saat bersama insan tersayang, ketika itu hati dapat 
                                 merasa..dia..punya tempat istimewa dihati..

~alhamdulillah..~