Sunday, October 10, 2010

Subhanallah..alhamdulillah..jawapan semakin hampir..

Hadith Ibn Umar r.a,"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu,adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu"

(At-Thirmidzhi 2507,Ibn Majah 4302)
Alhamdulillah..td g jalan2 ke alam maya..g ziarah teratak mereka..hehe..alhamdulillah..terjumpa 1 hadith kt atas ni..tersentap bila baca hadith ni..astaghfirullahal'azim..terasa sgt terkena pd diri..alhamdulillah dan terima kasih atas sahabat y post tentang hadith ni..mg dikau dipermudahkan urusan..amin..
Maafkanku teman..ada masa..aku tak bisa senyum di depanmu..tak ku hiraukan rasa hatimu..ape yg ku tau..hanya melayan rasa hati yg sedih ini..xku lebihkanmu dlm mghadapi rasa ini..kau lah yg terpaksa menerima ape adanya yg ku beri..walau saat itu kau harapkan senyuman dariku..bukan itu balasku..hanya wajah suram yg ku beri..
''senyumlah''..katamu..hambar..sukarnya utk ku lakukan pintamu..mgkin krna bukan kebiasaanku..
''senyumlah dgn senyuman yg manis..''..pintamu lagi..sekali lagi..tawar..hanya itu bahasa senyumku..subhanallah..maaf sayang..masihku belajar utk senyum..maaf krna xpernah menyelami rasa hatimu sahabat..mgkin kerana senyuman yg lebih banyak kau pamerkan..
Sahabat..walau antara kita masih ada penghalang..aku masih menanti..masih menanti satu saat..saat aku bisa senyum kpdmu..tanpa sebarang rasa sinis..saat hanya sayang jawapannya..tanpa peduli sejarah lampau..subhanallah..di sini..aku masih mengharap..mengharap di wajahmu itu..ada senyuman..senyuman yg terukir utk ku..kerana hanya sayang juga jawapannya..mg segalanya hanya kerana Allah..dalam pada masa itu..aku masih belajar..belajar utk memperbaiki diri..memperbaiki hubungan dgn-Nya yg utama dlm hidupku..subhanallah..terima kasih atas kasih sayang itu..walau kdg2 tak terluah dlm kata atau tingkah..tapi aku yakin di hatimu sahabat..ada sayang utkku..
Pernah satu masa..aku berjalan ke pantai..hati terdetik..selama masa kesakitan yg ku rasa..apa yg akan ku bawa ke akhirat kelak??..hati berbisik lagi..selama kesakitan yg dirasa..xmemberi sebarang erti melainkan hanya REDHA dgn ketentuan Allah..mg ianya membantumu diakhirat kelak..sekadar prkongsian kpd semua insan bergelar sahabat..alhamdulillah..terima kasih kerana hadir dlm hidupku..wallahu'alam..

8 comments:

  1. "Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

    Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

    Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

    Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

    Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

    "Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

    "Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

    Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

    "Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

    " Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

    " Masin!"

    Lelaki tua itu tersenyum lagi.

    "Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

    Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

    "Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

    "Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

    "Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

    "Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

    "Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

    "Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

    Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.



    sumber :www.iluvislam.com

    ReplyDelete
  2. "Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

    "Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

    "Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

    ReplyDelete
  3. terima kasih ibu..saya masih bertatih dlm sekolah kehidupan..alhamdulillah..Allah xpernah tinggalkan saya..setiap saat y dtg bagaikan ada pelajaran baru y datang..terima kasih byk2 ibu..

    ReplyDelete
  4. Anakku,

    kita semua masih belajar, sentiasa belajar..tidak kira belajar dari pengalaman diri sendiri mahupun dengan sahabat2 lain..

    No turning back!!! just beyond for future life..kesakitan yang kita rasa biarlah Allah yang membalasnya..

    Ubat dengan JIwa taqarrub pdNYA pastinya hati kita dibelai bayangkan..cuba anakku pejamkan mata..dengan penuh air sejuk..Dia menatang hati kita..betulkan pagar disekeliling hati kita yang penuh dengan semak nafsu yang tebal..Dia tidak meracunkannya tapi hanya memendekkan sedikit keinginan nafsu itu, hijaukan ia dengan alunan ayat ayat cintaNYA..

    kemudian di siram kan lagi air sejuk pada hati kita..cuba teka apakah air sejuk itu.. apakah pula pagar itu bagaimana pula warna hijau..renung sejenak..

    panjang amal berkat ilmu...wassalam..

    ReplyDelete
  5. ibu..mendalam sungguh ayat ibu..tapi saya masih berfikir,,subhanallah..kdg2 bila terlalu byk benda y dtg..minda jd 'stuck' u berfikir..trima kasih ibu..gmbiranya kl saya dpt kenal ibu...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Anakku..

    Teruskan berfikir..ibu tidak pernah meletakkan duedate untuk memberi jawapan perumpaan di atas..sudah terang lagi bersuluh bahawa anakku masih samar2 dalam kehidupan, kurang keyakinan kepada Dia, sentiasa diburu dengan rasa ketakutan yang tidak semena-mena muncul..

    Anakku..

    Kita sudahpun berkenalan...jodoh kita Allah pertemukan di sini..Ibu sangat mengharap bahawa anakku sangat yakin Dia sentiasa memeluk anakku tak kira dimana berada, sedang berbuat apa, membelai anakku mencubit manja anakku..
    dan kadangkala menarik telinga anakku seandainya anakku lambat berjumpa denganNYA...

    teruskan berfikir...jawapannya ada dalam hatimu anakku..

    ReplyDelete
  7. subhanallah..trima kasih ibu..xpernah terlintas d minda kata2 y ibu akan berikan kpd saya..ib..doakan sya...

    ReplyDelete