Wednesday, August 21, 2013

..kembali..

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dah ahlinya.

Assalam semua.
(walau xlah ramai yang baca blog usang ni)

setelah lama menyepi.
Alhamdulillah nukilan putih kembali tercoret.
buntu mahu berkongsi apa.

insyaAllah.
kita cuba.
Bismillah.

episod 1:
buku log coretan sebulan di USM, Penang telah Allah izinkan
untuk hilang seketika dan masih belum ketemu.

Hati: merancang untuk pulang ke Kedah utk cari sendiri di rumah. 
Mungkin misplaced somewhere?

Situasi sebenar yang Allah izin: adik abang ipar (kak wan sukainah wan omar)
berada dalam agak kritikal di hospital. Mereka terpaksa bergegas ke sana.

Mode: siapkan poster utk conference. (tolong skit2)
tak dapat ikut menziarahi.

Kesimpulan awal: tak dapat pulang ke Kedah utk mencari buku log tersebut.

Usaha: minta tolong ma cari dan pos. Kalau xde, nanti nak ke USM balik,
aku cari balik.

Keputusan awal: ma tak jumpa. Ma minta aku cari lagi di sini. tp ternyata tiada lagi.

Monolog: Ya Allah, kat mana buku tu..?

TANGGGGG!!!
(frying pan entah dari mana terbang lempang kepala aku laju2: ilusi)

Kenyataan sebenar: AKU LUPA BERDOA KEPADA ALLAH.

terdiam.

...

Ya Allah..

hanya itu yang keluar.

aku..

tangguhkan doa itu.

bukan sombong tidak mahu berdoa.

tapi teringat dosa menggunung.

BODOHH!!!

masa kau bermaksiat lalai lupa kepadaNya, ada kau ingat Dia ada bersama?
(hatiku menyumpah)

bila benda dunia hilang dan urusan hidup tergendala walau sedikit,

baru terkedek2 mahu meminta doa ditemukan buku tu!

kau hanya berdoa utk jumpa balik buku tu,

bukan bersungguh2 pun nak berdoa.

tiada keinsafan!

Aku: Ya Allah, aku banyak dosa, aku tidak ikhlas dalam berdoa. aku tidak bersungguh
untuk bertaubat. Aku lupa mati. Aku lupa akhirat.

macam mana aku nak betol2 berdoa dan bertawakkal moga dipertemukan dgn buku tu balik?
Ya Allah..

berdoa dgn rasa tawakkal..
yakin akan sengajanya Engkau menghilangkan buku itu
kerana Kau ingin aku kembali kepadaMu.
ianya hanya buku hijau.

namun mungkin kebutuhan aku kepadanya
hanyalah duniawi semata sekalipun ianya ilmu.

T___T

Hikmah: Allah Maha Teliti. Tak kan diizinkan sesuatu terjadi tanpa hikmah.
beruntunglah mereka yang berfikir dan kembali kepadaNya dalam keadaan
taat atau lalai.

Allah Maha Pengampun. Terlalu dan Maha Penyayang.
Astaghfirullahal'azim..

''Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas kepada diri sendiri. 
Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun,
Maha Penyayang.'' [Az-Zumar: 53]

Nota: maaf, tulisan yang mengalir dari rasa, ambil yang baik,
buang yang tak baik. Mari kembali kepadaNya.

Mohon doakan Wan Sukainah Wan Omar moga diberi kekuatan dan kesembuhan.
InsyaAllah. Sebarkan doa, kerana kita tidak tahu doa siapa yang diterima Allah.

Wallahu'alam.

Wahai Tuhan kami, tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau redha.



Wednesday, February 27, 2013

..Bulan di siang hari..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala muhammad wa aalii..

maaf.
ini hanya coretan.
bukan luahan.
tapi mungkin lebih berbentuk memoir.

ia hanya mimpi.
ya.
mimpi.
memoir mimpi bulan di siang hari..

mirip suasana itu, aku di bahagian bawah bukit mungkin..
Suasana tika itu..
seolah satu pencarian

pencarian bilakan menjelma bulan itu

bulan itu separa purnama

aku mencari bulan itu

lalu ku jumpa di dada langit

di tengahari

ya.

ianya bulan, bukan matahari.

suasana tika itu

tidaklah begitu menggembirakan

tapi tidak juga sepenuhnya sedih

tetapi mungkin juga suatu kerisauan yg mula melimpah

satu kekeliruan juga mungkin

kerisauan- validkah amal2 ku selama ini

di sisi-Nya?

kekeliruan  antara putus asa dan pengharapan kepada-Nya..

mencari bulan sebagai tanda masuknya waktu

Maha Suci Allah yang mengizinkan mimpi ini

masihku ingat ianya adalah bulan.

yang bercahaya di siang hari

Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Apa-apa pun ianya adalah mimpi

yang mungkin terkandung hikmah dan boleh di ambil pelajaran.

wallahu'alam..

Monday, February 11, 2013

Have you achieve the pure love?

Bismillah..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi s.a.w..

there were a bright day in their sight..

but it seems there were a nigth in my sight..
Alhamdulillah..i knew..theres still a moon accompanying me..

Alhamdulillah..still..it was a calm night for me..
the one that He gives me to breath..

that's the way He taught us about tis love as time goes by..
to have a faith in Him..no matter what happens..

how alone we have been..

how blur it becomes..

even it being seen to be something that left behind the times..

Allah never fails to teach us how pure the love for the sake of Allah..
sad, hurt, cry and dissapointed..
there's still no way to throw away what
He has gives to us..
If we did, so it still not the love for the sake of Allah..

He said, He always be with those who patience..
so, we have to firm our heart..
be strong to stand still..
and..
strong enough to not let off those hands..

 InsyaAllah..there still light for us..
there still a hope for these hearts..

yup..insyaAllah..because we love each other juz for the sake of Allah..

the door still open..

jom?

Ya Rasulullah..
kau telah buktikan betapa sucinya cinta kerana Allah..
kerana kau tak pernah lepaskan pegangan tanganmu 
daripada kami walau byknya di antara kami umatmu yg menolakmu..
T__T

InsyaAllah..moga aku terus kuat mengayuh..
menuju-Mu..
moga bercambah bunga2 cinta-Mu..
dalam perahu pelayaran kami..
ke destinasi abadi..

wallahu'alam..



Tuesday, December 25, 2012

..mohon dengan sangat..

Bismillah..

Ya Allah
Aku ini insan yang kalah..
Balutlah hatiku yang terbelah..
Juga terpisah-pisah..

Ya Allah
Hanya pada Mu aku meminta..
Dan hanya pada Mu ku memohon..
Mohon dengan sangat..

Ya Tuhanku..
Apa lagi yang salah dariku..
(tunjukkanlah salahku Ya Allah)
Bersujudku mohon kepada Mu..
Ampuni dosaku..

Ya Tuhanku..
Hanya engkau yang dapat mengerti..
Kesepian yang merobek diri..
Ku tak tahan lagi..

Ya Allah..
Jangan biarkan aku terpisah..
Terjerat dalam pusara rindu..
Rahasia kasih Mu..

Ya Allah..
Kepada Mu aku menyeru..
Ku mohon jangan pisahkan aku..
Mohon dengan sangat..

atau sebenarnya aku lah yang selalu menjauhkan diri dari-Nya..
seolah2 aku tidak mencintai-Nya..T_T
''berfikirlah bila waktu yang awak rasa Allah jaga sangat awak,
insyaAllah, kalau awak berfikir, awak akan tahu..kita tak kan sedar
Allah jaga kita kalau kita tak berfikir..penjagaan Dia melebihi dari 
penjagaan seorang ayah.."
-Good Things-

Wallahu`alam..

Friday, December 21, 2012

..InsyaAllah, mungkin..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli`ala sayyidina muhammad wa `ala aalihi wasohbihi wasallam..


Bismillah..mungkin dia benar sahabat kita..

ya..dia..
dia yang bukanlah teman rapat kita yg di sisi..
yang mungkin kita tak pernah terfikir utk kenal dia..
yang pada pandangan manusia kita dan dia hanya sahabat biasa2..
yang mungkin juga..
sahabat yang kita selalu K.I.V kan..
yang kita selalu perhati dari jauh..
walau kadang2 dgn heartless..

tapi mungkin dia lah sahabat fillah kita yang Allah redha..
kerana hati kita selalu terkesan..tertusuk..
dengan tulisan2nya..dengan kata2 peringatannya..
dalam hati yang ego, kita terpaksa akui..
Allah izinkan kata2 dari dia yang menyentuh hati ni..
untuk kembali kepadaNya..
tidak bercakap, tidak berhubung, tapi hati kian terkesan..
dengan kata2nya, rasa ingin kembali kepadaNya, kian berputik..

aneh bukan?..Ya, kuasa Allah semua tu..Allahuakbar~

~alhamdulillah, awak, jazakillahukhairan kathira..
mungkin awak antara orangnya..
kerna hati bicara, kerna Allah izinkan..
Allah menyampaikan, hati, bukalah untukNya.
wallahu`alam..='l

ApE yAnG nAk DiHiGhLiGhTkAn DiSiNi adalah :

Allah sentiasa bagi kita jalan pulang..
salah satu cara, dari sahabat yang mungkin selama ni jauh..
insyaAllah, moga dekat di hati..
tapi kata2nya dapat sentuh hati kita,
sebab Allah izin..
jadi, jom agungkan Allah dalam semua hal..

Allah yang bagi, sebab Dia sayang kita..
kita pulak, salu lari dari Dia..
T__T
hati,
ego!
jangan sampai menyesal nanti..

Allah..
bantu aku untuk kembali kepadaMu..Ya Allah..

T____________T

Allah..tolong aku Ya Allah..