Tuesday, January 24, 2012

..sedetik lebih..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma salli'alamuhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam..

setiap nafas yang dihembus..
setiap degupan jantung..
aku selalu memikirkan-Mu..

dalam sedar dibuai angan..
dalam tidur dan khayalan..
aku selalu memikirkan-Mu..

ternyata ku perlukan cinta..
dari diri-Mu sayang..
barulah terasa ku bernyawa..

Kasihku..ku amat mencintai Kamu..
kerna Kau beri erti hidup..
ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya..

di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan..
ku bersyukur adanya Kamu (sentiasa disisiku..tak pernah meninggalkanku)..

biarlah kehilangan semua yang dimiliki didunia..
asal masih adanya Kamu (dan cukuplah penjaga bagiku adalah Allah)..


#Selangkah kau telah menapak ke depan masa..dan kau yakin dengan redha-Nya..
  Jangan pernah menyesal..
  Biar ianya telah merubah hidupmu keseluruhannya..
  Dan dalam saat lemahmu,kau tertanya sendiri.."untuk apakah semua ini?"

  Tersenyumlah dan berbisik kepada hatimu yang rindukanNya..

  "Aku tidak menyesal apa yang telah berlaku..aku redha dengan ketentuan-Mu Ya Allah..
   ..tanda aku mencintai-Mu..walau aku tau terlalu sedikit bukti cintaku pada-Mu..
   ..terima kasih Ya Allah..Kau sampaikan aku ke tahap ini..aku bersyukur..
   ..moga diakhir rasa nanti..aku akan merasa nikmatnya dan manisnya perasaan
   mengharap..redha-Mu.."

~aku..masih menuju ke situ..~

.: alhamdulillah..akhirnya..apabila perkataan 'penting'..tidak lagi penting.. :.

.semoga dalam redha Allah.

Sunday, January 22, 2012

..dengarkanlah..

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W..
ahlinya dan para sahabat..

Hari ini..ku kuatkan juga hati utk menulis coretan ini buatmu..
coretan yang xseberapa cuma..


''demi kebahagiaannya disana..akanku diamkan semua..''
''demi kebahagiaan semua..aku diamkan segala yang tersirat..''
''dan sampai ke saat perpisahan itu..insyaAllah masihku diamkan segala..
..sehingga takdir-Nya berbicara.."
"moga bertemu di sana dalam keadaan yang baik2..=]"

..mgkin yang tinggal antara kita hanya bayangan dosa semalam..
..namun xku sesali apa yang terjadi..kerana masing2 punya jalan cerita yg telah
  Dia tetapkan..
..aku redha..alhamdulillah..mungkin juga tanpa aku sedar..
  kebahagiaan mula hadir pada sisa2 luka..
..xmengapa..mogaku jadi hambaNya yg bersyukur..

Malam baru2 ni..aku hantar insan2 yg telah Allah takdirkan hadir dalam hidupku
utk pulang ke kampung masing2..
Alhamdulillah..takdir Allah..aku bertemu dgn sahabat lama di matrik dahulu..
kami bersalaman dan berpelukan..
Ya..aku masih ingat namanya..tapi nampaknya sahabatku itu kurang ingat namaku..
alhamdulillah kat jaket course ni ada namaku..hehe..kl x..
hmm..xtau nak sambung ape..hehe..

Asyik kami bersembang..tiba2 sahabatku ini bertanya.."enti masih di jalan dakwah?"..
Gulp!
tersentak hati dengan soalan itu. Dengan tersenyum..ku menjawab..
"insyaAllah..masih di jalan dakwah.."
walau jawapanku terasa kepahitannya..aku cuba telan sedaya hati..

Ya..masihku ingat jalan dakwah di matrik..kami punya jalan berbeza..
tapi matlamat yg sama..namun,seingat aku kami sentiasa terbuka jika bercakap
tentang Islam..dan tidak fokus pada jalan yg berbeza itu..

Tapi saat yang aku lalui kini sudah sgt berbeza dgn kehidupan di matrik dulu..
Entah kenapa hati jadi pilu bila teringat soalan sahabatku tadi dan beberapa perkara lain..

"mereka sudah sibuk mencari cinta Tuhannya..sedang aku masih di medan ukhwah.."
"mereka sibuk memperjuangkan Islam di jalan dakwah..tapi aku masih di medan ukhwah.."

cukuplah persoalan itu yg ku coret yg terlintas d hati..

Ya..seingat aku..terasa sangat lama aku di medan ukhwah ini..
hingga terkadang rs sgt keletihan..
Sehingga mungkin aku makin 'heartless' dgn apa yang hadir sekarang..
'heartless pada wajah mungkin..tp bukan pd hati yang merasa..andai kau ingin tahu..
ini jawapanku..

Maafkan aku andai diamku banyak mengecewakanmu..
Andai kataku yang berselang seli dgn soalan itu banyak melukakanmu..
Sedang mungkin tika itu..kau mahu aku jawab semua persoalan
yg ku tinggalkan difikiranmu..
Maaf..mungkin aku mampu menjawabnya disini..
Kerna kdg2 aku rasa lidahku sudah sgt kelu bila kita bicara tentang ini..

Ya..tidak pernah aku terlintas utk merasa utk kedua kalinya..
Walau pada mulanya aku sudah mula agak pada pertemuaan kita di awal dulu..

Lamaku fikir..apa jawapan yg terbaik harus ku beri padamu..
Dan aku masih mencari jawapannya utk kita..

Janganlah kau rasa terluka dengan apa yg terjadi..
Tidak perlu pula utk merasa terhina sekiranya aku seolah tidak sudi menjawab
semua yg terbuku..

Aku juga manusia..sentiasa melakukan dosa..pada manusia..apatah lagi padaNya..
Andai kau tahu..jawapan yg kau inginkan itu bukan hanya jawapan..
Tapi satu jawapan sudah cukup utk merubah segala..
Tidak mengapa kalau dari buruk kearah yg baik..
Tapi bagaimana kiranya yg sudah baik2 bertukar menjadi buruk??
Sanggupkah kau terluka lagi??..
Maaf..aku tidak sanggup..

Maafkan aku sekali lagi..
Andai bicaraku seolah mencantas tunas rasamu yang baru bercambah..
Pada hematku..ada kalanya diamku itu baik utk kita..
Biar sakit sekarang..jangan tersiksa dikemudan hari..
Kerana aku tidak mahu kita menjadi musuh di akhirat kelak..

Cukuplah pada kerinduaan itu kita pasakkan dlm hati kita..kita ingin berjumpa disana..
Biar biasa2 di dunia..kita tidak tahu rahsia Allah utk kita di sana kelak..

InsyaAllah..aku tetap disisimu..akan terus memegangmu semampuku..
Moga ianya hanya kerana Dia..
InsyaAllah..pasti ada jalan utk kita baiki semua tanpa aku buka cerita semalam..
InsyaAllah..pasti ada jalannya utk kita terus berjalan bersama dlm kesederhanaan rasa
tanpa diimbau kembali apa yg pernah terjadi dlm hidupku dulu..
InsyaAllah..aku yakin..pasti ada jalannya..

Aku selalu doakan kau kuat..redha hadapi apa2 sahaja yang mendatang..
dan aku juga begitu..insyaAllah..

~terkadang aku takut..apakah Dia kan terima perjuanganku di medan ukhwah ini..
sedangkan yang lain telah jauh meninggalkanku dan berjuang di medan dakwah..
ampuni aku Ya Allah..~

#sekali lagi maafkan aku andai luka itu masih berdarah..
moga kita sentiasa kembali kepadaNya..=]

Tuesday, December 27, 2011

..hukum dalam mencintai..

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam ke atas junjungan baginda S.A.W,
ahlinya dan para sahabat..

Mana ada cinta jika tidak ada pengorbanan. Segala bentuk cinta pasti ada pengorbanan
bagi orang atau sesuatu yang dicintainya. Ali bin Abi Talib mengatakan ''Cinta adalah
penderitaan tetapi penderitaan yang membawa kebahagiaan.'' Seseorang tidak akan
bangun malam untuk meletakkan dahinya ke lantai (solat) jika bukan kerana cinta dan
para ibu tidak akan sanggup melahirkan anaknya jika bukan kerana cinta. Solat tahajjud
dan melahirkan anak adalah penderitaan yang membawa kebahagiaan.

Seorang kekasih tidak akan berlengah membiarkan dirinya asyik mencipta sajak-sajak
cinta yang akan dipersembahkan pada buah hatinya, jika tidak dilamun cinta. Mencipta
puisi-puisi indah adalah penderitaan tetapi penderitaan yang membawa kebahagiaan.

**
Merupakan satu kesalahan jika kita mencintai seseorang, misalnya anak dan isteri tetapi
cinta itu boleh melemahkan cinta kita pada Allah. Cinta kita tidak menambah ketaatan.
Tetapi sebaliknya, cinta itu malah semakin menjadikan kita melupakanNya atau malah
kita menyekutukan Allah.

Sewaktu masih kecil, Husain,cucu kesayangan Rasulullah bertanya pada ayahnya,
"adakah kamu mencintai Allah?" Ali r.a menjawab, "Ya."
Lalu, Husain bertanya lagi, " Adakah kamu mencintai datuk dari ibu?"
Ali r.a kembali menjawab, "Ya."
Husain bertanya lagi, " Adakah kamu mencintai ibuku?"
Lagi Ali menjawab, "Ya."
Husain bertanya lagi, "Adakah kamu mencintaiku?"
Ali menjawab, "Ya."
Terakhir, Husain yang masih budak itu bertanya, "Ayahku, bagaimana kamu menyatukan
begitu banyak cinta di hatimu?"
Ali menjelaskan, "Anakku, pertanyaanmu hebat! Cintaku pada datuk dari ibumu
(Nabi s.a.w), ibumu (Fatimah r.a) dan pada kamu sendiri adalah kerana cinta kepada
Allah. Sebabnya, semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta pada Allah S.W.T."
Setelah mendengar jawapan dari ayahnya, Husain tersenyum memahami.

Dari keterangan ringkas di atas, kita dapat ambil suatu kesimpulan bahawa ada dua
hukum dalam mencintai :
cinta harus disertai pengorbanan yang tulus dan cinta tidak boleh dikongsi.

~Petikan dari buku Ya Allah! aku tidak layak untuk ke syurga-Mu,
namun aku juga takut azab neraka-Mu~

Alhamdulillah..

Akhirnya terluah juga semuanya semalam. Terkedu juga bila aku fikirkan kembali
semua yang berlaku semalam.
Yang pasti semuanya telah tercatat dalam takdirMu Ya Allah..
Dan pasti juga semuanya adalah dariMu Ya Allah.
Tiada dari hambaMu yang hina dan lemah ini.
Aku juga dapat sesuatu. Alhamdulillah. Biarkan ianya berbicara jauh dalam sudut hati. =]
Aku pernah berkata dengan diri sendiri, insyaAllah aku tidak mahu ianya berulang lagi.
tidak kusangka Ya Allah, Kau datangkan yang serupa tapi mungkin tak sama.
Moga apa yang aku lepaskan semua semalam membantunya. amin.
Moga 'separation dalam column kehidupanku terus bergerak ke bawah untuk
mengeluarkan compound hikmah yang berharga dan menjadikan aku hamba yang
bersyukur Ya Allah. amin Ya Allah.


Yang penting juga, masa lalu tak kan pernah kembali. 
dan jangan biarkan ianya berulang lagi.
Andai benar cinta Allah yang di cari.

#kredit to pemilik danbo yang sudi membenarkan cik danbo amik gambar dgn 
jam s**a..hehe..

Fullstop.

Thursday, December 8, 2011

..winter in autumn..

Bismillahirahmanirrahim..selawat dan salam ke atas Nabi s.a.w,ahlinya,dan para sahabat..

Subhanallah..entah knape hati bagai berlagu riang..alhamdulillah..bila difikir kembali, rupanya teringat pada bunga2 kecil yang jatuh menyapa sebuah ukhwah yang telah lama ku rindu..alhamdulillah..

Berjalan menghantar dia ke kelas, terserempak pula dengan si gadis ayu..huhu..istiqomah dengan gelak tawanya bila bertemu..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..pertemukan aku dengan mereka yang membahagiakan hati..subhanallah..malu atas dosa2 yang aku lakukan..tp nikmatMu  tak pernah berhenti..

Ya Allah..hatiku merindu..rindukan mereka..terlalu rindu..pd ukhwah yg telah lama terjalin..Ya Allah..jadikanlah rindu ini membawa hati kami dekat denganMu Ya Allah..jadikan lah rindu ini hanya keranaMu Ya Allah..Allahumma Amin..

                                        tiba2 terngiang lagu ni semasa menulis..winter in autumn..
                                        p/s : abaikan gambar dlm video ni ea..^^

**hati pada segembira2..utk ukhwah pada kali ini..hati pada sesedih2 dari ukhwah ini jua..kerana masih belum memberi dan menjadi yang terbaik..bak kata Ust.Ismail, ''Orang yang memberi itu akan merasa gembira..jadi dlm kelas ni ust la yang paling gembira kerana ust memberi..''..tersenyum aku teringat senyuman gembira ust..subhanallah..ape yg ust bgtau tu dr hadis nabi s.a.w..''tangan yang memberi lebih gembira dari tangan yang menerima..''..kl salah tlg comment ea..huhu..**

rindu utk duduk2 lg di bawah pokok menggugurkan bunga2 kecil..


p/s :   - ucu     : cu..ada lg ke bunga kecil itu di tudung mu?..^^..
                             terlekat lagi ckit di beg ack td..^^
         - adik 1 : pergi kelas elok2 ye dik..^^
         - adik 2 : rindu itu sentiasa mengalir dalam salur darah..bukan hanya
                              dalam mesej..moga Allah redha rindu itu..^^
         - adik 3 : 3 minggu masih x g klinik??moga kau cepat sembuh dik..
                              (jgn takut g klinik..hehe)

~Oh bunga  kecil..mahukah kau gugur lagi pada ukhwah ini dan menceriakan kami lagi?~

..Allah memberi ilham..aku menulis..moga Allah redha..amin..

Tuesday, November 29, 2011

..r.A.n.C.a.K..

Bismillahirrahmanirrahim..selawat serta salam ke atas Nabi junjungan mulia Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat..amin..

Alhamdulillah..jejak juga ke sini setelah lama buntu utk berkongsi ape..

tetibe post pasal rancak..ape tu rancak??huhu..

Alhamdulillah..ilham semuanya dari Allah dan dgn izinNya jugalah jari jemari melompat-lompat atas key board utk mencoret sesuatu..moga bererti..

Tadi petang..sedang buat sesuatu urusan..terlintas di fikiran..manusia sekarang makin rancak..sambil tersenyum sendiri..

Manusia sekarang makin rancak dakwahnya..rancaknya dalam menyeru..
Manusia sekarang makin rancak diuji..rancaknya pada pertarungan hati..
Manusia sekarang makin rancak menyayangi..rancaknya pada meraih redha Ilahi..
Manusia sekarang makin rancak berhijrah..rancaknya pada keinsafan diri..
Manusia sekarang makin rancak memberi..rancaknya pada usaha menggembirakan hati..mengharap kasih Ilahi..

Manusia yang rancak pada menyeru..hatinya itu berbunga bila dapat memberi utk Islam..
Manusia yang rancak  pada pertarungan bila diuji..hatinya itu degil dan enggan kalah pada nafsu jahat..walau kerap jua tersungkur..
Manusia yang rancak pada jalan menuju Allah..hatinya itu sedang belajar menyayangi,bersyukur dan menghargai perhatian Allah yang selama ini disepikan..
Manusia yang rancak pada keinsafan diri..hatinya tekad untuk berangkat ke daerah ini..

Manusia itu ingin rancak pada memberi..kerana damba dan harapkan kegembiraan hati pada jalan yang Allah redhai..
rancak pada memberi..kerana hati itu rindukan ikhlas berputik dan berbunga di dalam hati..
rancak dalam bersabar..kerana hati itu rindu utk bersama dengan TuhanNya yang mengurniakan ilham..
rancak untuk tidak membenci walau di sakiti..kerana hati itu akur akan banyaknya luka pernah dihadiahkan pada mereka..
subhanallah..makin belajar tidak membenci..makin hati itu merindu pada dia-dia yang pernah mustahil..
Alhamdulillah..hati yang itu Allah izinkan jua pada bertatih utk tiada hasad dan sangka buruk pada saudara semuslimnya..
moga hati itu makin rancak jua menuju sebuah kematangan dihujung jalan...yang sudah lama setia menanti..
matang itu ialah ukuran imannya memandang sesuatu dengan pandangan Allah bukan?

InsyaAllah..InsyaAllah..InsyaAllah..amin..amin..amin..Ya Rabbal 'Alamin..Ya Arhamarrahimin...=)

Moga semuanya baik2 belaka..dan tidak pernah lupa pada hati yang rindu dan mengharapkan keampunan Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..timbul lah padamu hati khauf pada murkaNya..terbang lah sejauh2nya ujub.ria',takabbur dan sum'ah yang mendiam di hati..amin..amin..amin..Ya Ghafur Ya Rahim..Astaghfirullahal'azim..

#hanya kata hati yang moga dapat dikongsi seizin Nya..InsyaAllah..

..manusia itu semakin rancak ke arah sana..tanda pengakhiran sudah hampir tiba...astaghfirullahal'azim..

..pada hati..jangan pernah berasa lega..kerana masih banyak dosa dibalik tabir itu..=.=..

Wallahu'alam..

**post yang mungkin berbelit2..maaf kepada matanya yang tertacap pada tulisan ini..yang baik diambil..yang buruk tinggalkan sebagai tulisan..moga angin hidayah bertiup kepada dia yang menulis dan membaca..amin..

Wednesday, October 12, 2011

..hijrah..

bismillahirrahmanirrahim..selawat serta salam buat Rasulullah S.A.W. dan keluarga serta para sahabat..

malam ni tbe2 rasa nk menaip walau banyak lagi kerja yang kena buat..entah nape
nak taip jugak malam ni..

>pada zaman dahulu..ade sekor anak panda..dia jalan2 kt hutan yg dy baru masuk..dia tersesat..xjumpe family dy..anak panda ni suka sgt bunga warna putih..satu hari dy nampak ade sekor rama2 hinggap kt taman bunga yang dy salu main..mula2 dy xsuka kt rame2 tu..sbb rama2 tu mcm nk kacau bunga2 yg dy suka..sekali rama2 tu salu dtg main2 kt anak panda tu..salu men2 hinggap kt hidung anak panda tu la..lame2 anak panda gembira sgt dgn kehadiran rama2 kt taman bunga tu..at least dy ade kawan..yang peliknya..rame2 tu setia je kt taman bunga putih yg anak panda suka tu..anak panda mmg x g mane2 da..sbb dy suka tggal kt taman bunga tu..tp tu la..ada masa hujan, ribut or angin kencang..berserabai jugak taman bunga tu..huhu..tp..yg penting anak panda tu salu tercari2 rama2 tu..risau takut dibawa angin kencang..tp alhamdulillah..rama2 tu ade je..mesti anak panda tu pelik kan nape rama2 tu pn salu sorg2...tu la..rama2 tu mengembara cari taman bunga yang paling dy sesuai dgn dy..sekali alhamdulillah..jumpa taman bunga putih tu..huhu..gembira je hidup anak panda dan rama2 tu..walau mcm biase hujan n angin kencang tu kan fitrah alam..kena pandai2 survive la kan..

Musim berganti musim, pelbagai yang mendatang dalam taman bunga putih tu..kdg2 ms tgh main2 anak panda cedera..tp rama2 outstation kejap..haha..kdg2 rama2 kena tiup angin masa nk hisap madu (ke?)..sayap plak terkoyak..tp anak panda plak hilang, jatuh bukit..aisshh..macam2 lagi la..tp tu la..kdg2 sbb terlalu selesa dok dlm taman bunga tu..anak panda salu je malas nk cabut lalang2 yang tumbuh celah2 bunga2 tu..kan da xnampak mane rama2 menyorok..xpe2..rama2 ok je..hehe..

Sekali ada satu hari tu..taufan datang..habis taman bunga jd kacau bilau..anak panda sedih sgt..taman bunga yang dy sayang tu da musnah..lg dy sedih..dy xjumpe cari rama2 yg dy syg tu..kawan dy..emm..dgn hati yg sedih..anak panda terpaksa keluar dari taman bunga tu sambil cuba redha dgn ape yg da jd kt taman bunga tu..walau masih xjumpe mane rama2 pergi..

Anak panda terpaksa..terpaksa keluar dari taman bunga tu utk kehidupan yg lebih baik..insyaAllah bukan utk slame2nya..taman bunga tu akan tumbuh balik..tp mkn masa ckit je..huhu..sekali dari jauh, anak panda ternampak rama2..anak panda gembira sgt rama2 x apa2...^^..tp tepi rama2 tu ade rama2 lain..rama2 biru..
emm..anak panda takut nk g kt rama2 tu..takut rama2 tu da xkenal dy..tp anak panda cube jugak utk panggil rama2 dari jauh walaupun sgt jauh..rama2 tu dgr..rama2 tu senyum kt anak panda tu..tbe2 anak panda tu pelik dgn senyuman yg dilemparkan rama2 tu..pelik..emm..

nape rama2 senyum mcm tu??getus hati anak panda..nape rama2 xdatang kt anak panda ni..emm..rama2 da lupakan anak panda ea..tp rama2 xde la g mane2 pn..ade je dkat2 dgn taman bunga tu..rama2 tinggal dgn rama2 biru..tp rama2 salu je tgk anak panda dr jauh..anak panda pn same..^^..

anak panda pergi pn xjauh..masa lepas taufan tu..anak panda jalan2 mencari arah..tbe2 anak panda jumpe satu kawasan yang sgt banyak dgn buluh hijau..kt tgh2 kawasan buluh tu..ade satu sungai jernih mengalir..sejak taufan hari tu..kawasan buluh ni je la tempat tinggal anak panda..walau xbiase dgn suasana baru..anak panda duduk jugak kt situ..dan dari tempat ni lah anak panda nampak rama2 dari jauh..^^..anak panda pelik..nape anak panda da xleh hidup mcm dulu kt taman bunga dgn rama2??..lame btol anak panda diamkan diri berfikir tentang tu..rupe2nye baru la anak panda faham..yang taman bunga tu tempat tinggal yg sesuai utk rama2..anak panda pulak ok je hidup kt kawasan buluh..tp xsalah pun kl rama2 nk datang kt kawasan buluh n ok je kl anak panda nk g kt taman bunga tu balik..hehe..ye la..anak panda pn nk kawan jugak dgn rama2 biru..kan?..^^..

emm..sebenarnya anak panda faham benda tu bila dy nk g minum air kt sungai kt kawasan buluh tu..dy sgt terkejut tgk bayang2 dy..rupe2..anak panda da besar..huhu..patut la rama2 td semyum semacam je kt anak panda kan??..hehe..sebenarnya taman bunga tu sebelah je dgn kawasan buluh tu..hehe..tu la..anak panda tu da xleh main2 mcm dulu lg..anak panda kena percaya kasih sayang antara anak panda n rama2 selalu ade..sebab..taman bunga itu pasti dan pasti akan berbunga lagi..hehehe..insyaAllah..

>ape2 pun kena sabar je..baru ade tenang..hehe..insyaAllah..<

p/s:maaf sbb cite ni berbelit2..ni je yg kuar..huhu..

                                            

Monday, September 26, 2011

..step by..

kinda lonely by now..
juz want that feeling back..

can i juz be strong n move forward focusing on that which could make my mom smile n cry..
and..left all the things that i really missing of and pretending that nothing playing around my mind?..
or can i juz take it both..but yet..i didnt found the best way..=.=..subhanallah..

insyaAllah..i try my best..even the future is out of my imagination..
even that imagination happening right now..