Tuesday, June 26, 2012

..Alhamdulillah..aku dan dia berbeza..

Bismillahirrahmianirrahim..
Allahummasolli'ala muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam.. 


"Cinta adalah milik dua hati yang memahami perbezaan..
bukan sekadar mengetahui persamaan"

Allah..
Terpana
hati tiba2 terdetik mahu melawat laman iramawarna.akhyar
terjumpa ini..
credit to him..

kenapa terpana?
Alhamdulillah
Allah bagi jawapan
lagi..
terpana sebab terkena
walau tak tepat pada hati
tapi insyaAllah
memang dah kena kat urat mane2..

jauh di sudut hati
ada kebenaran di situ

rupa-rupanya
perbezaan itu dibutakan
persamaan selalu dipertikai
tanpa sedar, hati kufur!

pada hamparan ujian syukur
Allah sentiasa datangkan aku jawapan

=.=
benar-benar ingin lulus ujian ni..
sama-sama kita semua
mencari syukur dalam hati
kembali..

bukan hanya pada lafaz hamdalah
yang tiada penghayatan bersama..

"Ya Allah Ya Tuhan kami..jadikanlah kami antara hamba-hambaMu 
yang bersyukur dan bersabar dengan setiap nikmat dan ujian yang Kau berikan.."
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

#petang~ hati terdetik nak cari pendrive untuk buat correction thesis, cari dalam 
  beg, terjumpa ic, lesen n cimb card bank..tercicir agaknya dari purse..
# malam~ sewa kereta, terdetik utk minta sticker P.
# roadblock secara besar-besaran oleh JPJ.
# on the way balik rumah, JPJ minta lesen..
# Ya ALLAH..Alhamdulillah..T_T..
# Hari ini Dia menolongmu, esok, Dia pasti akan menolongmu..
# T_T..hamdalah...
# Oh God, forgive me when I whine..

Wednesday, June 20, 2012

..cinta itu tidak mati di sini..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'alsayyidina muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..

''Cinta itu tidak mati di sini..cinta itu tetap ada..
bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam.."
~Allah..~

Alhamdulillah..Allah izin utk kata2 ini sentiasa berlegar2 
dalam fikiranku sejak kebelakangan ni..
kenapa?
..subhanallah..kerana terlalu banyaknya yang Allah datangkan 
dalam hidupku lately..
..Allah..aku sangat3 bersyukur..T_T..

..mungkin sahaja kerana seorang demi seorang insan 
kesayangan melangkah pergi dari pandangan..
memasuki alam hidup mereka yang sebenar..
Alhamdulillah..Allah izinkan aku menyaksikan kepergian mereka..
insyaAllah..sampai masa..aku juga akan pergi..
dan aku redha..aku yang terakhir mengatur langkah tanpa lambaian 
mereka yang setia di sisi selama 3 tahun di bumi ungu ini..
Alhamdulillah..akhirnya..aku akan kembali ke pangkuan wanita syurgaku..
..mungkin sahaja tidak kembali lagi di tanah ini..
biarlah hanya Allah yang menentukannya..

Tanggal 16hb June 2012

''..Assalam ma, afa keluar gi asrama ni..nak gi makan n tolong kawan afa kemas 
barang dia..dia naik bas malam ni..ma, afa drive kereta malam ni gi hantar kawan 
afa gi MBKT ye ma.. Kak Diana teman afa..doakan afa ye ma..'' 
pantas Azfa menaip mesej untuk ibunya tercinta sebelum keluar rumah..

"Ya insyaAllah" balas ma, ringkas tapi cukup menenangkan hati seorang anak
bernama Azfa..menerima mesej dari ibunya cukup membuatkan hatinya 
berbunga-bunga seperti mendapat mesej dari kekasih walau dalam hatinya 
masih banyak galau yang mengacau..

Alhamdulillah..petang itu, Azfa keluar rumah dengan gembira..dengan redha ibunya..
walau masih ada sesuatu yang bermain dalam hatinya..tapi dia sendiri tidak tahu apakah ia..

berjanji dengan sahabatnya, Kak Atiya untuk membantu mengangkut barang sekaligus
 menghantar beliau malam itu, Azfa laluinya dengan senyuman..sempat mereka makan 
bersama pada petang itu dalam riang walau Azfa tahu malamnya dia bakal melepaskan 
insan kesayangan yang selalu menjadi pendengar setia tatkala mereka bertemu..

Alhamdulillah..malam itu, Kak Diana dan Sofea turut bersamanya menghantar Kak Atiya 
ke stesen bas..kalau empat orang ni berjumpa, memang riuhlah kereta jawabnya..
kebetulan, semua yang ada dalam kereta pada malam itu, Azfa, Kak Diana, Kak Atiya dan 
Sofea masing2 bakal menamatkan pengajian pada semester ini..tunggu untuk
menyelesaikanprojek tahun akhir masing2 sahaja sebelum masing berangkat pulang..

Jam menunjukkan lebih dari pukul 9.30 malam..selesai meletakkan semua barang di 
perut bas..hati masing2 bermonolog sayu..semuanya diterjemah dalam pelukan..sukar 
juga berpisah dalam senyuman ni..insyaAllah..happy ending bak kata Sofea..tiada
tangisan pada perpisahan..sebelum berpisah, Azfa sempat bersalaman dan 
berpelukan dengan Kak Atiya..lebih dari sekali..sukar untuk melepaskan barangkali..
terasa tidak mahu melepaskan pelukannya..Alhamdulillah..dalam senyuman, 
dia terasa ukhwah lillah di situ..

Azfa..punya sesuatu yang belum dapat di rungkai di hatinya pada malam itu..

Tanggal 20hb June 2012

Sejak semalam lagi Azfa menghabiskan masa dengan Kak Diana, seorang lagi insan 
kesayangannya yang juga ingin menurut jejak langkah Kak Atiya pada keesokkan harinya..
hatinya tidak mahu melepaskan peluang saat2 terakhir bersama..

Alhamdulillah..sepanjang hari..mereka gembira meluangkan masa bersama..seolah tidak 
mahu berpisah..bergurau senda seperti hari2 biasa..tapi mungkin lebih luarbiasa dari 
hari2 lain..

makin mendekati malam..makin lain macam hati Azfa..hatinya tahu sebentar lagi
keluarga Kak Diana sampai dan Kak Diana akan pulang..dia juga buntu rasa 
apakah itu..hanya rasa mahu berada di tepi Kak Diana hingga Kak Diana pulang..

Sampai masanya, Azfa tak melepaskan peluang untuk menolong Kak Diana mengangkat 
barang ke luar rumah..subhanallah..aneh..rasa tidak mahu berenggang dengan
Kak Diana..disamping dia juga turut merasa kesedihan seseorang yang jauh di mata 
tapi dekat di hati atas kepulangan Kak Diana yang agak awal..

Sama seperti Kak Atiya, Azfa menghantar Kak Diana dengan pelukan kasih sayang dan 
rindu sebagai sahabat dan adik..dia redha Kak Diana pergi..dan..bak kata Sofea lagi..
happy ending..dan bak kata Kak Diana sendiri..tidak boleh ada penumpahan air mata 
pada malam ini..ya..Azfa melepaskan Kak Diana dengan senyuman..dan tenang dalam 
hatinya..sama seperti hari yang lalu..

"..Allah..cinta itu tidak mati di sini..cinta tetap ada..bahkan kini rasanya jauh lebih 
mendalam.."bisik hati Azfa kepada Dia Yang Maha Mendengar..

******
Ya, alhamdulillah..bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam rasa cinta itu kepada 
semua insan kesayangan hatiku!..walau kita berpisah jasad..

~Azfa tahu..Azfa sedar..semuanya dia rasa tenang dan senang kerana 
ada doa ibunya mengiringi..~

..cinta itu Allah redha untuk tetap ada..kerana ada doa ibu..
perpisahan yang tenang itu masih wujud kerana Allah masih mengizinkan hati 
seorang anak sedar bahawa redha ibu itu adalah redha Allah..
bahkan cinta itu kini rasanya jauh lebih mendalam kerana 
insyaAllah kerana ada redha ibu yang senantiasa memeluk anaknya yang jauh..
mudah-mudahan Ya Allah..

di balik tabir malam..Azfa sempat mendengar lagu..untuk ma..=')

hanya rindu dan doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu


menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunan
azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam


di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yang terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
pilihan terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku..
..ma..


rupa-rupanya ini jawapan dari Allah..(di tag gambar ni pd suatu petang di FB)

#besar bukan pengaruh redha ibu dalam kehidupan seharian seorang anak??
kerana bersamanya ada redha Allah..
..Allah..T_T..

Tuesday, June 12, 2012

..moga aku sempat..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'alasayyidinamuhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..

Alhamdulillah yang teramat kepada Sang Pencipta cinta untuk petang tadi..
ditemukan cinta yang layak dan berhak..
pada kelupaan yang panjang..
moga Allah ampunkan aku..T_T..
Cinta Allah dan Rasul..
Ibuku..
Ayahku..
kakak2ku dan abgku..
adik2ku..

berjalan2 di blog sahabat maya...ku temui ini..

Epilog: 

Umar bin Abdul 'Aziz. 

'Umar pernah jatuh cinta pada seorang gadis. Hanya Fathimah binti 'Abdul Malik, 
sang isteri bidadari hati yang belum mengizinkan 'Umar menikahi gadis itu.

Namun cinta itu tetap ada.

Kemudian hari itu datang menghampiri. Di puncak pengorbanan yang harus 
diberikan Umar. Untuk diri, rakyat, dan negerinya.

Walau dirinya sendiri tanpa rehat. Tanpa ruang sedikit walau untuk sekadar tertawa.

Saat Umar bertanya.

"Bagaimana keadaan kaum muslimin hari ini?"

Muzahim, si Perdana Menteri tersenyum.

"Semua kaum muslimin dalam keadaan sangat baik wahai Amirul Mukminin. 
Kecuali saya, anda, dan baghal anda ini.."

Ditumpukan segalanya hanya untuk perjuangan.

Fathimah amat merindukan senyum sang suami. Lalu dibawanya sang 
gadis yang dicintai 'Umar untuk dinikahi.

Gadis yang amat dicintainya, begitu juga sebaliknya pada sang gadis.

Nyala cinta itu kembali. Meronakan harapan. Mewarnakan hati yang sebelumnya lelah.

Namun, di sinilah cinta semasa dan cita besar perubahan bertemu dan bertarung. 
Di perlantaran hati sang khalifah.

Ajaib, 'Umar menikahkan gadis tersebut dengan pemuda lain.

Kata Ustaz Anis Matta. Tak ada cinta yang mati di sini.

Sebelum meninggalkan kediaman 'Umar, gadis itu bertanya sendu. 

" 'Umar, dulu kau pernah sangat mncintaiku. Tapi kemanakah cinta itu sekarang?"

'Umar bergetar haru. Ada sesak di dadanya.

"Cinta itu tetap ada.."

"Bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam..."


(Dipetik dari buku Agar bidadari cemburu padamu- Salim A. Fillah)
****


~aku pun masih tak mengerti..tapi moga aku makin memahami erti cinta sebenar..
cinta pada yang layak..cinta yang berhak..Allah..Rasul..ma..abah..cinta yang berhak..
aku mesti kembali kepada dasar!
Allah..terima kasih..untuk sampai ke tanah ini..aku terheret..kerna aku hamba hina..
aku ingin cinta kepada-Mu..T_T..~

~so, i have to know this also the answer from Allah to me..
He really loves me..Allah..i know..i'm not ready yet..
whereas i'm seeking something more precious without i realize it..~

#Alhamdulillah#

Thursday, June 7, 2012

..saat pudar cinta-Nya dihatiku..T_T..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'ala sayyidina muhammad wa'ala aalii wasohbihi wasallam..


-tersentak bila terbaca kata2 Saidina Umar ni, 
lutut dan urat saraf kembali lemah dan xupaya untuk bangun-

''Azfa..Azfa..bangun..jom solat asar..''

Azfa menoleh ke atas saat dia terbaring lesu..melihat kelibat putih..
Kak Diana lengkap dalam telekung solat..

dalam urat saraf yang masih melemah..dia kuatkan diri bangun utk 
mengadap Dia Yang Maha Tahu punca lemahnya petang itu..

#Ibu bapa selalu menginginkan kejayaan dari anak2 mereka..
tapi tidak lain tidak bukan untuk anak2 mereka sendiri bukan untuk diri mereka..tapi..kebanyakannya..anak2 tetap meneruskan perjalanan 
mengejar kejayaan itu hanya kerana Tuhannya dan harapan ibu bapanya..
banyaknya,bukan lagi kerana diri mereka sendiri..#
~lintasan hati azfa ketika membonceng motor bersama sahabatnya lewat petang itu..~

Malam itu, dia memikirkan kembali kata2 tadi..masih teringat petang tadi, 
terpecah juga empangan apabila bercakap dengan ibunya yang tercinta di telefon..

saat ini juga hatinya masih sayu memikirkan..hala tuju hidupnya selepas ini..

"Aku masih di sini, hanya kerana kekuatan yang Allah bagi..hanya kerana harapan ma..''
hati masih sebak sambil terkenang projek tahun akhirnya..dia baru sahaja menghantar 
tesis beberapa hari yang lalu..kenapa sebaknya..
biarlah hanya Allah yang benar2 maha Tahu cerita sebenar..

"tanpa aku sedar, aku telah putus asa dalam diam..subhanallah..
kenapa dengan aku ni Ya Allah..'' 
azfa masih cuba mencari titik sedar kenapa semangatnya begitu menjunam 
sejak selepas hantar tesis pagi itu..

dia menaip di sini pun..masih lagi memikirkan hikmah semua ujian yang dia tempuhi 
sepanjang menyiapkan tesis..jauh disudut hati..sangat perit untuk ditelan..
apatah lagi bila teringat wajah insan kesayangan ma..

sehingga lah dia melewati laman facebook petang itu..azfa terbaca kata2 Saidina Umar..
menyentap ke segenap urat saraf yang ada dibadan..lemah..hatinya berbisik..''inikah aku?''

''sebanyak mana pun rasa bersalah aku takkan dapat mengubah masa lalu..
sebanyak mana pun kebimbanganku takkan dapat mengubah masa depan ku..''

~sebenarnya aku lupa..aku lupa untuk benar2 yakin pada Allah..lupa Dialah yang 
sengaja memberi aku semua ujian lewat FYPku..Dialah yang menjadikan semua 
serba tak kena..aku terlalu risau..akan masa depan ku yang masih belum tercorak..
demi utk membahagiakan sekeping hati seorang ibu..aku terlalu dihantui rasa bersalah 
lantaran sikap2ku yang tidak melambangkan kesungguhanku utk bagi yang terbaik
utk ma...sehingga aku..tak dapat terima mungkin..aku telah lalui semua ini dengan
keadaan yang terburuk..rupa2nya aku belum redha dan tawakkal semuanya
pada Allah..bukankah aku sendiri yang cakap..Allah lah supervisorku..
masih terasa rasa itu saat aku buntu menulis tesis..menganalisis data..
Dia lah yang menenangkan aku..memberi aku ilham untuk terus menulis..
bukankan Dia juga yang memberi yakin aku bahawa aku akan 
berjaya menyiapkan tesis dan menghantarnya???..tapi..apa yang aku buat selepas 
hantar tesis hanyalah berputus asa..sedangkan Rasulullah s.a.w ada bersabda dalam
 riwayat Tirmidzi:


''Azfa..bersyukurlah..Allah mengizinkan kau hantar tesis..
Allah bagi kau ilham untuk menulis..Allah bagi kau keyakinan untuk teruskan 
walau Dia tahu kau sudah tak berdaya..Allah Maha Tahu remuknya hati kau sekarang..
dan jangan lupa..Dia juga Maha Tahu akan rezekimu..masa depanmu..salah dan silapmu 
juga tak terlepas dari pandangan Dia..jadi..mengapa kau tidak meletakkan redha 
dan tawakkal mu pada-Nya..jangan azfa..jangan begitu..jangan terus menjunam ke 
bawah..seolah kau sudah tidak tahu untuk nersyukur..jangan..jangan bahayakan 
aqidahmu..serahkanlah masa depanmu kepada Allah..serahkan urusan FYPmu pada 
Dia..bukankah Dia supervisormu??..ingat..tanda datangnya semua sakit dan susah 
yang kau rasa hanya kerana kasih sayangNya..jangan pernah kau lupa..
Allah Maha Tahu hati mu..jangan kau larikan diri dariNya seolah 
Dia tidak mengenalimu sedangkan Dialah yang mencipta 
engkau..aku adalah suara hatimu yang juga 
sayangkanmu kerana Dia..aku juga ingin 
kita sama2 kembali kepadaNya..
aku rindu pada Dia..aku ingin 
bercakap denganNya..
kau kembalilah..
Dia ada 
untuk
mu..''

Alhamdulillah..Azfa meluah untuk mencari hikmah yang masih belum terjelmakan..
masih dia teringat nasihatnya kepada seorang sahabat yang juga menghadapi tekanan FYP..
"kalau perasan, fyp..matrik..semuanya benda dunia..tapi tarbiyah Allah ada didalamnya.."
Terkena, kata2nya Allah uji pada diri dia..sehinggan dia lupa tarbiyah Allah dalam ujian dunia ini...

Allah..aku menulis..kerna masih mencari ilham hikmah ujianya yang Kau datangkan..
ku juga berharap agar mereka yang membaca tambah dekat denganMu..T_T..
wassalam..mg Allah redha..=')

Monday, June 4, 2012

..Me and Allah..

Bismillahrrahmanirrahim..
Allahummasolli'alamuhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..


..T_T..

..I juz want put my trust thoroughly juz to Allah..

In watever coming in my life..I'm juz bagging to Allah for not giving up from His Mercy

But, when I'm really speechless what goes around..
Ireally hope Allah calm me up and He always did..=']

If stomach always digest food, I'm trying and still on this..

And everytime He gives me the trials..I try to remember this..
so that I can be strong..even a bit more..T_T

Those coming makes me think..fighting deep inside..
for Husnudzon to Allah in every bad thing that I've done, 
for all the things that I cant make it..
juz hope tat I never Su'udzon to Allah..na'udzubillah..T_T..

Conclusion, when I want to feel the blissful in life
juz struggle to Pray On Time, Read n Tadabbur Al-Quran 
and Figthing Inside to do the Sunnah including Solah, Sunnah of Prophet S.A.W..
Never forget to Sollu 'alanNabi..and always ask for His Love..
-appreciate your family,especially your Mom..T_T-

#Ya Allah..Kau Maha..Maha Mendengar..tiap kata yang hamba lontarkan tiap doa yang hamba pohonkan..Ya Allah..Engkau Maha Pemberi..segala kurniaan dan rezeki..#

-I'm not the best..may be the worst..but I still have Allah-

Tuesday, May 8, 2012

..kini..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli'alaamuhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..

lama rupanya xupdate blog..
even sekarang pun masih berkira-kira apakah yang ingin aku taip..

blog..tempat berkongsi cerita..bukan hanya meluah rasa..
kerana meluah itu biarlah hanya pada Allah yang pertama..
jadi, bila tempat utk berkongsi cerita dan rasa..
ku harap ada yang dapat di ambil pengajaran..
moga masihku sedar, blog ini hanya makhluk..
moga dapat mnfaatkannya dengan sebaik mungkin..

aku kini..ingin berkongsi sedikit walau mungkin aku sendiri
belum hadam benar dengan apa yg ku perolehi dari semua yg berlaku dalam hidup..

benarlah..hidayah Allah..bisa merubah segala..
walau ada ygn malu utkku coret di sini..tapi, ku ingin kongsikan juga..

>> Benar..andai kita kehilangan, Allah lah tempat kita mengadu..mengadu akan barang
yang hilang..tapi di sini aku belajar, bila kita hilang sesuatu..kita dekat dengan Allah..kita
benar2 merasa cukuplah kita dengan Allah..tak perlu dia atau mereka utk berjalan
bersama..kerana kita sedar manusia itu sifatnya lemah..

Tapi, bila kita lihat mereka bahagia dalam kasih sayang Tuhan dan manusia..
kaki kita terhenti..lalu timbul lah persoalan di hati..''Ya Allah, kenapa mereka boleh
merasa kedua2nya??cinta-Mu dan kasih manusia sedang aku tidak??''

lalu di situ, terduduk lah aku, tahulah aku dimana sebenarnya ikhlas aku semasa mula
mencintai-Nya..T_T..rupa2nya aku benar2 tertipu dengan diri sendiri..tertipu dengan
ketabahanku yg ku sangka itulah yg membuatkan ku kuat..ya, ketabahan tentu sekali
datang daripada-Nya, tapi rasa berTuhan itu masih samar2 rupanya..

..ku tinggalkan ini untuk kita sama2 muhasabah..seterusnya..

>> Aku benar2 harap tulisan ini di ambil pengajaran..insyaAllah..
Allah jualah pemilik ilham ini..pernahkah kalian merasa susah utk merasa berdosa
dengan sebenar-benarnya??. Rasa berdosa, tapi tak dapat merasakan apakah dosa
itu dan sebanyak mana ia..subhanallah..rahsia Allah semua itu..
Tapi apa yg inginku kongsikan di sini..marilah kita meminta kepada Allah agar
ditunjukkan dosa2 yang pernah kita lakukan..moga dibentangkan dosa2 itu supaya
kita bertaubat akannya kepada Allah..ahh...entah bagaimana harus aku ungkapkan
rasa itu..mg kau juga dapat merasa..

~aku pernah terfikir,andai dosa diibaratkan seperti gunung dan ia dizahirkan,
nescaya matilah aku kerana terhempap oleh gunung dosa ku itu..T_T..~

>> Nabi pernah bersabda :
''Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata
yang baik atau diam'' (HR. Bukhari Muslim)

Sekali lagi, aku malu utk bercakap tentang ini, kerana sangat sedikit aku beramal dan
beringat dengannya. Tapi, tentang 'bercakap' vs 'diam', aku belajar sesuatu. maka aku
 ingin kongsi dengan kalian. moga aku berubah. Aku memang suka or selalu bercakap.
Teman2ku dan sahabat2 ku kenal aku memang begitu. Tidak berniat utk membuka
pekung di dada tapi ingin sama2 beringat. Lately, aku banyak bercakap, bila bercakap
aku rasa gembira. Astaghfirullahal'azim. entah kenapa aku gembira. Alhamdulillah,
Allah Maha Menyayangiku, hambaNya yang hina ini, semakin aku bercakap, semakin
 aku mengenal diri, semakin banyak bercakap, semakin banyak aku lihat salahku.
 Benarlah sabda Rasulullah s.a.w, berkata baik atau diam. Kerana diam atau melihat
orang lain diam boleh buat kita berfikir tentang apakah diri kita ini. Makin mengenal diri
siapa kita di pandangan Allah..T_T
~moga aku dan kamu kuat untuk berubah, berubah kerana Allah..~

>> Lagi tentang luka, buntu sebentar sedang tangan masih menaip..Luka, aku belajar
sesuatu darinya. Aku pernah membuat luka, pada hati sendiri apatah lagi pada mereka.
 Mungkin sahaja hati aku juga pernah terluka. Ianya berkisar tentang keihlasan diri
sebenarnya, sikap berlapang dada, dan bersangka baik kepada apa yang telah Allah
tentukan dalam hidup kita. Biasanya, kita akan melebihkan diri sendiri apabila kita
terluka. Kebanyakan doa yang kita pohon dari Allah mungkin banyak berpihak
pada kita. Mungkin juga tanpa sedar kita selalu 'menyalahkan' pihak yang membuat
hati kita terluka. Suka utk aku katakan di sini, tak semua pihak bertanggungjawab
atas luka di hati kita walau memang benar kerana mereka kita terluka. 

Aku pernah melukai, lalu ku insafi..namun, bila hatiku terasa ada luka..aku kembali
tegar utk melukakan..
Lalu di mana aku dalam belajar utk ikhlas kepada-Nya? 

Aku mula buntu mahu menulis apa, namun di sini aku ingin mengajak kamu dan
mereka..berhentilah melebihkan diri sendiri..mana kau tahu dia yang melukaimu tak
 pernah terluka...mungkin sahaja lukanya lebih dalam dari yang kau alami..
biarlah terluka, mengadu kepada Allah semata, jujur pada diri dan kuatkan hati utk
tidak melebihkan hati yg dilukai,mungkin sahaja kau pernah melukai org lain lebih lagi..

~di situ sebenarnya jalan menuju ikhlas..insyaAllah..~

>> Senyuman..
Senyuman memang pengubat luka..luka hati atau luka mereka..insyaAllah aku juga
belajar sesuatu..moga2..

Senyuman, ada dua: senyuman kegembiraan dan senyuman menggembirakan..tapi,
banyaknya senyuman yang kedua ini lah yang lebih banyak mengubati..senyuman
menggembirakan..kerana sifatnya memberi..

..aku sukar utk menghargai dulu, walau kepada insan2 yang sayangkan aku..
alhamdulillah..sehinggalah satu masa, aku membuat luka lagi pada mereka..
Allah datangkan lagi insan yang menyayangiku tanpaku sedar..Alhamdulillah..

Di situ, aku sedar..aku bukan sesiapa mahu menolak ape2 yang datang dalam
hidupku..cukup2 lah mendramakan semua yang hadir dalam hidup..bersyukurlah
atas semua yang Allah bagi..benar, bersyukurlah dengan sebenar-benarnya!

Allah temukan aku dengan dia, dia yang menyayangi dalam diam..aku redha dengan
kasih sayang yang mengalir..lalu aku belajar untuk menyayangi kembali..bukan hanya
 kepada dia yang baru hadir..tapi juga kepada dia yang aku pernah lukai..
sesiapa sahaja..hanya bersyukur dengan rasa yang Allah bagi..andai rasa ini tak
sehebat mereka, maka bersyukur lah dan jangan pernah hasad dengki..
ini yang terbaik utk mu..andai hanya ini yang termampu kau beri, janganlah memilih
utk melukai sebaliknya senyumlah..jaga lah hati mereka, jagalah air muka mereka
kerana kasihkan mereka moga hanya kerana Allah..

>> Akhir mungkin, sekali lagi malu utk aku katakan tapi sahabat, marilah kita
berusaha utk menutup aib saudara kita, tentang ini, aku banyak belajar dari diriku
sendiri dan juga mereka..rupa2nya kita semua ini ISLAM. Jadi, kita semua
bersaudara..SUBHANALLAH..hebatnya akhlak Rasulullah s..a.w yang sedang
aku telusuri ini..memang tiada cela..akhlak Rasulullah s.a.w, akhlak Al-Quran..

Andai di sakiti, tersenyum lah..andai ada yang tidak baik tentang sahabat, jangan
di buka2 sebaliknya carilah ikhtiar utk membantunya..

~MasyaAllah..tentang ini..aku benar2 masih belajar..kerana mungkin banyak luka
dan melebihkan diri sendiri, lalu aib org senangnya dibuka..T_T..
bagaikan diri sempurna..~

#alangkah indah, bila terluka, aku hanya tersenyum hanya kerana Dia..T_T..

**Kesimpulan, semua yang aku coretkan di atas berkisar tentang ikhlas
kita kepada Allah..**

..tentang IKHLAS, aku hanya mempu gambarkannya sebagai..

''Ikhlas itu apabila kita menjadi diri kita sendiri dan Allah menjadi Pengarahnya
tanpa mendramakan sesuatu.."

..maafkan semua salah silap saya pada awk..

#mungkin saya baru belajar semua ni sedangkan yang lain dah ke depan..tapi saya suka utk
berkongsi..mg bagi manfaat bersama..^^

Wallahu'alam..

Saturday, April 7, 2012

..at last..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

Alhamdulillah..Allah masih beriku nyawa utk bernafas..

sejak hari itu..hingga ke hari ini..rupa2nya sudah dua minggu aku
menjauh..(rasa macam lama..tp alhamdulillah baru dua minggu..hehe)

saat ini, bila aku fikir2 balik..apa lah punca ku jadi begini..atau jadi sebegini rupa..
aku diam berfikir sejenak..
masih buntu mungkin..sudah lupa barangkali..kenapakah semua ini terjadi..
tapi aku masih yakin ada sebabnya..

Alhamdulillah..dua minggu juga rupanya aku melalui hidup dalam suasana menjauh..
subhanallah..tak mudah juga rupanya ye..huhu..

Tapi..alhamdulillah..dan alhamdulillah lagi dan lagi..banyak rupanya yg Allah ajar
dalam masa dua minggu ni..
alhamdulillah..untuk satu ukhwah yg terpaut erat insyaAllah dengan si dia yang
mungkin tak pernah terlintas di hati..^^..siap dapat khidmat nasihat free lagi..hehe..
Belajar mengenai sahabat vs 'family'..sungguh aku tidak terfikir..
bersahabat dengan seseorg..dan meletakkannya sebagai 'my own flesh blood'
masih terkesan di hatiku utk merungkai maksud itu yang sebenar..

Ujian dengan si dia yg di sana pada malam tersebut ketika membeli belah di Mydin..
ditakdirkan Allah tersadai di situ sampai dini hari..hanya utk mengajar aku..
apa itu ukhwah..apa itu cintakan dunia..yang paling terkesan..
bagaimana sifat seorang sahabat yang baik..(subhanallah..masih tak tercapai..=.=..)

Ujian dengan dia yang seorang..masih dan masih juga rupanya..tapi..alhamdulillah
aku belajar something tentang ukhwah kami..mg ku tetap kuat utk selamatkan
ukhwah ini..

selama bersendirian dan menjauh..Allah ajar aku..Dia bisikkan kepadaku..
sejauh mana aku mengertikan 'HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL'..
masyaAllah..kuatkan aku Ya Allah..aku hanya cukup dengan-Mu sebenarnya..
tapi aku manusia hina..masih lemah utk meletakkanya benar2 pada hati..T_T..

Pada kegusaran hati bagaimana ingin kembali kepada-Nya, ku temui kunci
syurga,neraka,langit dan bumi sebagai penenang..iaitu..
kalimah 'LA ILAAHA ILLALLAH'..
marilah kita selalu menyebutnya..insyaAllah..moga hati kuat utk menundukkan nafsu..

Untuk kesekian kalinya..
mengapa dua minggu??
ada apa dengan dua minggu yg ku bicarakan sebentar tadi..

Ya..dua minggu untuk sebab entry ini di post..
dua minggu yang aku sengaja menjauh dari dia..
walau ku masih tak pasti betul atau salah tindakanku..
tapi aku harap dua minggu ini banyak mengajar sesuatu..
lagi2 kembali kepada-Nya..
kerana itulah tujuannya bukan?
untuk tidak kembali mengulang kisah lama..
untuk tidak hanyut pada rasa sayang dan rindu semata..
untuk merasa rasa sakit..
Ya..kerana aku juga merasakannya..
tapi mungkin bukan pada sebab sakit yang sama..
yang penting..aku dan dia..ada belajar sesuatu..
sesuatu yang sangat berharga..
InsyaAllah..

#Tapi..aku juga ingin memohon maaf padamu..insan bernama sahabat..
(my starfish years ago..)..andai ruang ini mungkin ada hati yang terluka kerna
tingkahku..Ya..aku hanya boleh meneka..tapi hanya Allah Yang Maha Tahu..
moga kau tetap kuat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..amin..

Buat dia yang mengajarku sahabat vs 'family'..masih inginku mengertikan maksudmu..
apa sebenar yang kau rasa tentang ini..pada pengalaman yang mungkin lebih kurang..
aku cuba untuk mengerti pemikiranmu..untukku kongsi rasa yang baik itu..
alhamdulillah..terima kasih..
kau tau..Alhamdulillah..sejenak ku terfikir tentang ini..Allah hadirkan rasa itu kembali..
kata2 yang pernah ku ungkap dulu tapi gagal melaksanakannya..
''ukhwah itu untuk dikongsi,bukan untuk dimiliki.."
seingat aku..selepas kata2 itu ku ungkap..masyaAllah..bertalu ujian berkaitannya
ku dpt..Alhamdulillah..sahabat..terima kasih..

kalau ku ingat setiap hari dalam dua minggu ni..banyak yg ku ingin kongsi di sini..
tapi..biarlah sekadar ini dahulu..insyaAllah lain masa akan ku sambung..

Buat awak peneman ukhwah kita di bumi Khusus..insyaAllah masih saya ingat
saat ukhwah mengutuh tanpa sedar..pada bukit yang kita redah bersama selepas
subuh..pada jalan ke C5 yang mengundang tawa..dan insyaAllah..masih awak ingat
bukan, pada tangki air yang pernah kita tawan?..Alhamdulillah..semuanya kembali
segar dalam ingatan saya dalam dua minggu ini juga..

akhir kalam..berjalan2 di blog sahabat blogger akh akhyar..ku pinjam kata2 ini..

"The reason people find it so hard to be happy is that they always see the past better
than it was and the present better then it is."
~mode..subahanallah..makan dalam bai..hehe..~

..boleh kita mula balik?wahai hati?..^^